FENOMENA kesukaran membentuk akhlak anak-anak, terutama di peringkat awal remaja, bukanlah masalah baru dalam institusi kekeluar¬gaan hari ini.
Banyak faktor yang mendorong wujudnya imp¬likasi yang kronik ini. Antaranya berpunca daripa¬da pengaruh persekitaran seperti pergaulan serta menularnya pengaruh liar akibat kernasukan budaya Barat.
Justeru itu tidak hairanlah sekiranya kebe¬lakangan ini kita mendengar berlakunya kes-kes di mana wujudnya penentangan secara terbuka di kalangan anak-anak terhadap ibu bapa. Lebih membimbangkan lagi, jumlah tersebut meningkat pada kadar yang tinggi dan tahun ke tahun.
Dalam institusi kekeluargaan Islam, penekanan terhadap nilai hubungan yang murni dan kukuh dalam konteks disiplin dan penghormatan antara anak-anak dan ibu bapa arnat ditekankan. Ia dianggap sebagai landasan kepada pembentukan satu tamadun kekeluargaan yang utuh dan men¬jamin kepada kestabilan sosial.
Allah menganugerahkan kepada manusia apa yang dikenali sebagai 'qalbun' yang terjemahan¬nya bermaksud jantung. Tetapi dalam konteks membicarakan persepsi psikologi manusia ia lebih cenderung disebut sebagai hati.
Peranan penting
Dengan merujuk pada qalbun ini sebagai hati nurani manusia maka sudah tentu fokus manifes¬tasi kita terhadap persoalan ini ialah hal hal yang menyentuh secara meluas mengenai hati nurani atau budi bicara secara rohaniah.
Hati nurani ini juga yang memainkan peranan penting dalam rujukan kita untuk menganalisis sama ada dalam diri manusia wujud atau tidak sifat tunduk pada kekuasaan Allah.
Qalbun ini juga yang menentukan sama ada manusia itu keras hatinya ataupun tidak. Dalam persoalan ini sudah tentu menyentuh hubungan anak anak dengan ibu bapa mereka
Ini termasuk juga persepsi hati yang disentuh dalam Al-Quran yang antaranya ialah:
"Ada hati manusia yang keras seperti batu dan ada yang lebih keras daripadanva."
Ada juga hati yang terkunci yang dikenali seba¬gai khatan yang bermaksud 'tutup yang boleh dibuka,
Al-Quran menyebut segala macam penyakit hati manusia dengan pelbagai nama yang lain.
Masalah anak-anak masa kini yang kebanyakannya gemar memperlihatkan akan sikap degil dan menentang ibu bapa lebih diklasifikasikan sebagai 'keras hati' iaitu sukar untuk menerima teguran dan nasihat.
Banyak peristiwa sejarah yang boleh dijadikan teladan bagi umat Islam dalam usaha mengupas dan menganalisis masalah keras hati.
Ini termasuk sikap Ahu Jahal atau Abu Lahap yang memilih untuk terus mempertahankan kedegilan tanpa mahu tunduk pada seruan Nabi Muhammad yang juga merupakan anak saudara sendiri.
Malah kedua-dua mereka memilih untuk mati bersama kedegilan dan sikap keras hati masing ¬masing.
Bagaimanapun, dalam usaha mencari konklusi yang positif ke arah membina pembentukan akhlak anak-anak agar watak mereka sejajar den¬gan tuntutan akhlak Islam, adalah wajar bebera¬pa petikan peristiwa dalam sejarah Islam teruta¬ma yang bersangkutan dengan keislaman dan ketakwaan para sahabat Rasulullah diberikan perhatian yang serius.
Ada hati yang pada mulanya amat keras malah lebih keras daripada batu iaitu seperti hati yang dimiliki oleh Umar Al-Khattab, Khalid Al-Walid dan Hamzah Abdul Mutalib.
Ketiga-tiga perwira Islam ini amat keras hati sebelum menerima petunjuk Allah untuk akur pada seruan Islam yang dibawa oleh Rasulullah. Tetapi pada pertengahan zaman sejarah Islam pimpinan Rasulullah, ketiga-tiga perwira ini akhirnya menemui kelembutan qalbun mereka.
Kelembutan hati itulah akhirnya mendorong mereka menerima nur Islam dan tunduk pada Allah dengan mengucapkan kalimat syahadah di hadapan Rasulullah.
Umar yang ternyata memiliki hati yang cukup keras itu pada mulanya pernah mengambil tin¬dakan drastik untuk membunuh Rasulullah. Namun tiba-tiba hatinya menjadi lunak hingga sentiasa mengalirkan air mata keinsafan dalam setiap solat hajatnya setelah memeluk Islam.
Melihat kepada peristiwa yang mengubah hati mereka yang keras sebelum memeluk Islam, maka pada kita ternyata ada jalan yang boleh diusa¬hakan untuk melembutkan hati mereka yang sela¬ma ini amat degil.
Peristiwa yang mengubah hati Umar ialah kerana pada saat-saat kemuncak amarahnya, beliau mendengar lima ayat daripada surah Thoha (ayat satu hingga lima) yang kebetulan berkumandang di telinganya sebanyak tiga kali.
Kali pertama Umar mendengarnya ialah sewak¬tu beliau memecahkan pintu masuk ke rumah adiknya. Fatimah kerana geram mendengarkan khabar wanita mulia itu sudah memeluk Islam.
Kali kedua pula beliau mendengar bacaan tersebut ialah sesudah berjaya memecahkan pintu rumah dan merampas tulisan ayat-ayat itu dari tangan adiknya. Umar membacanya sendiri. Akhirnya untuk kali ketiga, Fatimah membacakan sekali lagi ayat-ayat itu dengan suara yang nyaring.
Hati Umar tiba-tiba bertukar menjadi lembut dan lunak sekali serta-merta hilang marahnya.
Beliau segera berlari mendapatkan Rasulullah lalu memeluk Islam di hadapan baginda dengan melafazkan dua kalimah syahadat.
Melalui bahan-bahan bacaan dan pengalaman, saya sendiri telah menggunakan ayat-ayat tersebut menjadi ramuan untuk dibaca bagi tujuan melembutkan hati anak-anak yang keras.
Bacalah ayat-ayat itu ketika anak-anak sedang tidur dan kemudian hembuskan perlahan-lahan ke dalam hidung mereka sewaktu anak-anak menarik nafas dalam lenanya.
Sebaik-baiknya, ulang beberapa kali dan cubal¬ah pada beberapa malam yang termampu.
Dalam rujukan saya, ada juga ditemui kaedah untuk rawatan melembutkan hati anak-anak ini dengan menggunakan bacaan surah Al-Hasvr (avat 21 hingga ayat 24).
Setelah dibacakan ayat-ayat tersebut, tiupkan pada ubun-ubun anak-anak dan sertakan doa pada Allah agar dilembutkan hati mereka
Petikan dari: www.grenbarabravejournal.com :Bila hubungan dengan ibu bapa renggang Akhlak anak sukar dibentukOleh:PROF. DR. HARON DIN.Klinik Darussyifa, Bangi
FOLLOWERS
Showing posts with label AS-SYIFA' : DOA LEMBUTKAN ANAK DEGIL. Show all posts
Showing posts with label AS-SYIFA' : DOA LEMBUTKAN ANAK DEGIL. Show all posts
Thursday, July 22, 2010
Wednesday, July 21, 2010
AS-SYIFA' : KAEDAH MEMBENTUK AKHLAK ANAK MENJADI BAIK DAN LEMBUT HATI.
Susu ibu memainkan peranan yang penting untuk membentuk peribadi dan perilaku yang mulia terhadap anak anak, terutama agar ia taat dan menghormati orang tua.
Susu ibu juga mendidik anak anak untuk sentiasa menjaga hati kedua ibu bapa. Membiarkan anak anak tanpa disusukan oleh ibu sendiri serta menyerahkan tanggungjawab penjagaan sepenuhnya kepada orang gaji akan menghalang pengaliran nilai nilai budi yang luhur.
Ini satu budaya yang kurang baik dalam proses kita membentuk pengukuhan institusi kekeluargaan, terutama untuk membentuk arah hubungan yang mesra antara anak anak dengan ibu mereka.
Membiarkan anak anak dijaga sepenuhnya oleh orang gaji akan membuatkan mereka terabai daripada menikmati erti kasih dan sayang daripada ibu bapa mereka sendiri. Anak anak mungkin menjauhkan diri dari ibu bapa apabila mereka merasakan diri terabai dan kegersangan belaian.
Anak anak terbiar akan mudah memberontak dan melahirkan rasa tidak puas hati tanpa sebarang rasa hormat terhadap ibu bapa.
Kadang kadang ini menjadikan hubungan anak anak dengan ibu bapa umpama ‘ majikan dan pekerja” atau lebih buruk lagi umpama”hamba dan tuan”.
Pemberontakan akan lebih mudah berlaku dikalangan anak anak yang mendapat kemewahan dan harta tetapi ketandusan perhatian. Mereka mungkin bersikap biadap ke atas ibu bapa tanpa mengemukakan sebab yang jelas.
Anehnya, hubungan yang renggang antara ibu bapa dan anak anak diterima sebagai prkara biasa dalam kehidupan sekarang walaupun mereka menyedari perkara tersebut amat merbahaya.
Anak anak yang mudah renggang hubungan dengan keluarga masing masing amat sukar untuk dibentul akhlaknya, apatah lagi apabila mereka sudah dewasa kerana pepatah ada menyebut ‘melentur buluh biar di waktu rebungnya”.
Apabila sudah berlarutan hingga dewasa, kemelut hubungan antara anak anak dan ibu bapa amat sukar untuk dipulihkan kecuali kedua dua pihak sanggup mencari jalan penyelesaiana.
Islam memberi panduan untuk menghadapi realiti kekeluargaan ini dengan mengajurkan kepada usaha mendidik anak anak supaya menjadi baik semula.
Proses ini dirujuk pada sejarah dimana banyak pejuang pejuang Islam yang terkenal di zaman Rasulullah lahir dari kalangan keluarga orang kafir.
Mereka mula mulanya memiliki sikap yang bengis, kasar dan sanggup membunuh sesiapa saja tetapi akhirnya menjadi mulia setelah beriman kepada Allah.
Mereka menerima perwatakan dan sikap yang luhur dan meninggalkan segala sikap yang cela dan menjadi contoh yang unggul dalam perwatakan bagi diteladani oleh umat Islam.
Oleh itu tidak mustahil kita boleh mendidk kembali anak anak supaya menjadi baik.Seperti kata pepatah ‘ belakang parang kalau diasah lagikan tajam” dan ibu bapa perlu berusaha dengan bertawakal kepada Allah.
Ibu bapa perlulah banyak berdoa kepada Allah dengan bertawajuh pada waktu dinihari sambil berdoa dengan memohon pertolongan dari-Nya supaya membantu mengubah perangai anak anak.
Setelah selesai dibaca, tiupkan betul betul di ubun ubun kepala anak anak.
Sekiranya tidak berkesan maka boleh amalkan bacaan lima ayat pertama surah Thoha. Selepas itu tiupkan bertentangan dengan hidungnya sewaktu anak sedang menarik nafas ketika tidur.
Lima ayat surah Thoha ini mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Dalam beberapa riwayat di mana seorang manusia yang keras hati, buruk tingkah laku dan pernah bersumpah untuk membunuh Rasulullah akhirnya berubah sikap.
Lima ayat surah Thoha ini mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Dalam beberapa riwayat di mana seorang manusia yang keras hati, buruk tingkah laku dan pernah bersumpah untuk membunuh Rasulullah akhirnya berubah sikap.
Didorong oleh hasrat untuk memunuh Rasulullah, beliau pergi ke rumah adiknya dan akhirnya setelah mendengar suara orang membacakan ayat ayat tersebut, beliau merempuh masuk kerumah itu lalu dirampas tulisan ayat itu dan dibacanya sendiri.
Tiba tiba hatinya menjadi lembut dan tanpa disangka sangka, akhirnya beliau berlari pergi bertemu Rasulullah lalu melafaskan dua kalimah syahadah d an beriman kepada Allah dan rasulnya.
Manusia tersebut ialah Umar bin al-Khattab.
Ikhtiar lain pula ialah dengan membawa anak anak degil berjumpa dengan orang orang yang salih agar didoakan kepada mereka dan ditiupkan ke kepala (otak), dada (hati), dan perut (citarasa) dengan doa doa mereka.
Amalan ini dilakukan sejak zaman Rasulullah di mana anak anak dibawa bertemu beliau untuk didoakan.
Disini bermula satu amalan dalam Islam yang disebutkan tahneek.(Rasulullah memamah buah tamar lalu disuapkan ke mulut bayi, didoakan kebaikan bayi lalu dicukur rambut, menyembelih kambing dan bersedekah kepada fakir miskin)
Istiadat ini kemudian dikenali di kalangan masyarakat Melayu sebagai “cukur jambul”, berakikah dan majlis keseyukuran.
Bagaimanapun dalam keadaan sekarang amalan ini lebih bersifat budaya yang hanya menekankan kepada kenduri, marhaban, hadiah bunga telur dan kalau pun ada “belah mulut” dan “cukur jambul”, amalan itu hanya sekadar ada saja.Ibu bapa tidak benar benar serius dalam mencari orang yang benar benar salih untk berdoa.
Sepatutnya ibu bapa mesti sanggup membawa orang yang benar benar salih walaupun jarak rumahnya jauh beratus batu kerana doanya memberi kebaikan kepada bayi.
Akikah juga amalan yang mulia dan ada kaitan dengan bayi hingga ulama menekankan kepada amalan tersebut agar dilaksanakan dengan sempurna.
Binatang untuk akikah mestilah dari jenis yang baik dan sihat seperti unta, lembu atau kambing.
Ikhtiar lain pula ialah dengan “menyerahkan” anak anak kepada orang yang salih agar diterima sebagai anak angkat, tanpa mengubah bin anak itu.
Kaedah ini tidak bercanggah dengan syarak dan amalan dilakukan dengan membawa bersama sama susu, sedikit gula, garam, beras, buah buahan segar seperti pisang serta ketupat pulut bersama rendang daging.
Makanan ini dimakan bersama sama antara keluarga anak anak dengan bapa angkat yang salih tadi sebagai tanda kesyukuran.
Sekiranya anak yang dibawa itu sudah besar maka bolehlah ia makan bersama sambil berkenalan dengan harapan perakuan anak angkat dengan bapa angkat itu akan menempiaskan berkat daripada bapa angkat yang salih itu.
Kemudian bapa angkat yang salih itu akan meminta ibu bapa supaya menjaga anak angkatnya dengan baik serta mendidiknya dengan ilmu agama yang sempurna.
Petikan dari: www.grenbarabravejournal.com :Bila hubungan dengan ibu bapa renggang Akhlak anak sukar dibentukOleh:PROF. DR. HARON DIN.Klinik Darussyifa, Bangi
Wednesday, May 19, 2010
AS-SYIFA' : DOA ANAK DEGIL
Anak degil atau keras hati atau tidak mendengar kata pastilah meruntun jiwa ibu yang mengandung serta melahirkannya. Tidak pasti di mana punca masalah ini berlaku tetapi kata pepatah kalau nak melentur buluh biarlah dari rebung jika dan besar patah jadinya. Namun begitu berdasarkan pengalaman masalah anak menjadi degil dan sebagainya kemungkinan disebabkan prosedur didikan yang diterima, pengaruh kawan dan sekitarnya, pertembungan alam remaja ke dewasa, kurang ilmu dan didikan agama, tidak melakukan amalan wajib seorang muslim, mengikut hawa nafsu muda dan ada juga disebabkan oleh gangguan jin dan syaitan.
BAHAN RAWATAN (1)
1. Air Mineral
1. Air Mineral
2. Sedikit garam
3. Sedikit beras
4. Sedikit gula
5. Makanan kering kesukaan anak
DOA RAWATAN (1)
1. Asas 10
1. Asas 10
2. Thoha : 1-5
3. Ali-Imran : 103-104
5. At-Taubah : 128-129
6. Al-A’raf : 43
KAEDAH RAWATAN 1
Dibacakan Asas 10 dan doa dengan ayat-ayat pelembut ke atas bahan-bahan di atas. Bahan-bahan tadi boleh dicampurkan ke dalam air minuman untuk seisi keluarga atau anak-anak, dicampurkan dalam periuk nasi ketika mula mamasak nasi. Garam, gula, beras pula dicampur didalam bekas di rumah untuk kegunaan seisi keluarga. Moga akan lembutlah hati anak-anak semua berkat usaha dan ikhtiar yang dilakukan. InsyaAllah.
As-Syifa’ Melaka : 013-2006363
Subscribe to:
Posts (Atom)
Man Ana ???
- Md Zaini Zainal
- Melaka, Malaysia
- Pengembaraan Insan Tiada Noktah Tanpa Syarat Meniti Kebahagiaan. Email : iq_insan@yahoo.com
Popular Posts
-
S oalan: Ustaz, saya ingin bertanya perihal yang berkaitan dengan bunian. Perkara ini timbul dalam keluarga say...
-
Masalah binatang yang bernama tikus yang kadangkala terlalu banyak menghuni di rumah kita menjadi satu masalah yang amat sukar dihadapi. Sel...
-
SOALAN: Saya sering menghadapi masalah tidur. Sekiranya baru balik dari berjalan jauh, deruan dan bunyi hon kenderaan akan datang menerjah ...
-
Abstrak : Saka adalah perkataan yang sangat ditakuti kini dalam masyarakat kita berbanding dengan perkataan pusaka. Saka lebih sinonim den...
-
Bagi pasangan suami isteri kebanyakan pernah merasai betapa susahnya menjaga anak yang mengalami demam panas. Saat suhu badan anak melepasi ...
-
MUSIBAH banjir yang melanda negeri di Pantai Timur Semenanjung tanah air pada ketika ini mengajak minda umat Islam untuk merenung akan kek...



