Rasulullah S.A.W. telah menerangkan doa adalah suatu rawatan berpandukan kepada hadisnya iaitu ;
" Saya mohon dari Allah yang Agung Tuhan Arash yang Agung agar disembuhkan penyakit ini". ( Sahih At-Tirmizi )
Rasulullah juga telah mendoakan Saad bin Abi Waqas ketika beliau ditimpa sakit dengan doanya :
" Ya Allah sembuhkanlah Saad ( 3 kali )" ( Sahih Al-Bukhari )
Aishah (r.a.) juga telah meriwayatkan hadis yang membuktikan bahawa Rasulullah S.A.W. telah mengubati ahli keluarganya yang sakit dengan meletakkan tangannya di tempat yang sakit dan seterusnya membacakan doa :
"Ya Allah Tuhan Manusia, sembuhkanlah sakit ini, kamu sahajalah ( ya Allah ) penyembuh, tidak ada kesembuhan melainkan kesembuhan dariMu, kesembuhan yang tidak meninggalkan keburukannya".
Begitulah secara ringkas betapa Rasulullah S.A.W. sendiri berdoa untuk kesembuhan penyakit yang dialami. Maka tidak salah bagi kita dalam masyarakat zaman ini untuk terus berdoa sebagai usaha menyembuhkan penyakit yang dialami. Doa adalah senjata mukmin, justeru itu lakukanlah doa setiap hari, bermunajatlah kepada Allah dan berserah diri dengan pengharapan doa pada setiap masa, nescaya penyakit kita akan disembuhkan dengan izinnya jua.
Pengalaman 1 :
Seorang pesakit wanita dari negeri Pantai Timur mengalami masalah pendarahan hidung dan juga gangguan makhluk halus sejak sekian lama. Mengikut panduan doktor pakar di salah sebuah hospitakl terkemuka beliau dinasihatkan untuk menjalani pembedahan di hidung untuk menyembuhkan penyakit yang beliau alami.
