FOLLOWERS

Wednesday, September 19, 2012

KONGRES PENGUBATAN ISLAM NUSANTARA KALI PERTAMA



PENDAFTARAN PESERTA (KOPI-01)
Tarikh:
1 -2 Disember 2012
Anjuran:
Persatuan kebajikan dan Pengubatan Islam Malaysia (PKPI_Darussyifa’))
Gabungan Pengamal Pengubatan Islam Malaysia (GAPPIMA)
Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Akademi Pengajian Islam, UM (APIUM)
Tempat: 
Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

Sunday, September 9, 2012

JOHOR : AMBIL IKTIBAR... JANGAN GADAI AKIDAH, MARUAH DAN HARTA KERANA BOMOH PALSU


JOHOR BAHRU: Tertipu dengan dakyah karut bomoh yang kononnya boleh meramal kematian dan menebus dosa, seorang lelaki dan keluarganya membuat pinjaman bank untuk membayar wang pengeras sebanyak RM12,000.

Lebih mengaibkan, mangsa yang mahu dikenali sebagai Jamil, 25, berkata, ibarat dipukau, dia dan ibu bapa turut membenarkan adik perempuannya tinggal bersama bomoh itu selama seminggu.

Tuesday, September 4, 2012

KLINIK RAWATAN ISLAM DI PONTIAN JOHOR PADA 1-2 SEPTEMBER 2012


Alhamdulillah berjaya melaksanakan sesi rawatan Islam kali ke-4 di Masjid Kg.Pulai Sebatang Daerah Pontian Johor. Gambar pada 2 September 2012 (Ahad) di bawah ialah suasana diwaktu pagi pada sesi pertama rawatan bermula jam 8.30 pagi. Sesi rawatan tamat menjelang 6.00 petang setelah selesai 3 sesi rawatan. Bersyukur kepada Allah SWT kerana memberikan kekuatan untuk menunaikan hajat lebih kurang 60 orang pesakit pada hari Ahad tersebut. Dipanjangkan umur berjumpa pada sesi rawatan bulan depan pada 7 Oktober 2012. 6 Oktober 2012 ialah temujanji rawatan di rumah pesakit sahaja.





Thursday, August 16, 2012

SELAMAT HARI RAYA : SUNNAH DAN ADAB MENYAMBUT HARI RAYA...


Eid al-Fitri atau Hari Raya Fitrah adalah hari yang disyariatkan umat Islam menyambutnya sebagai hari bergembira dan bersyukur di atas nikmat yang Allah SWT anugerahkan kepada hamba-Nya yang berjaya melakukan ibadat pada bulan Ramadan.

Oleh itu untuk mendapatkan kesempurnaan sambutan ini, hendaklah mengikut panduan sunnah Rasulullah SAW menyambut Hari Raya, antaranya ialah;

1. Mandi sebelum keluar menunaikan solat Hari Raya.

Imam Malik meriwayatkan: “Sesungguhnya Abdullah bin Umar akan mandi pada pagi hari Raya al-Fitri sebelum beliau keluar ke tempat solat hari raya.” 
Al-Imam al-Nawawi menyebut para ulama‟ telah bersepakat atas sunatnya mandi untuk solat hari raya.


2. Makan sebelum keluar untuk menunaikan solat hari raya ‘Eid al-Fitri dan untuk ‘Eid al-Adha makan selepas solat.

Wednesday, August 8, 2012

KHIDMAT RAWATAN ISLAM DI PAHANG AKAN DIADAKAN PADA 10-12 OGOS 2012

Klinik Rawatan Islam As-Syifa Melaka akan diadakan di tiga daerah Negeri Pahang bermula hari Jumaat ini sehingga Ahad. 

Maklumat lanjut seperti butiran berikut :-

Tarikh  :  10 Ogos 2012 ( Jumaat )
Masa    :  2.30 petang hingga selesai
Lokasi  :  No.107 Felda Chini 4, Pekan Pahang



Tarikh  :  11 Ogos 2012 ( Sabtu )
Masa    :  10.00 pagi sehingga selesai
Lokasi  :  Felda Gugusan Jengka/Bandar Tun Razak, Maran Pahang

Tarikh  :  12 Ogos 2012 ( Ahad )
Masa    :  10.00 pg - 2.00 ptg 
Lokasi  :  Masjid Kg.Pangsenam Jln. Triang Temerloh Pahang


MAKLUMAT LANJUT BERKAITAN RAWATAN SILA HUBUNGI 
SAYA DITALIAN : 013-2006363

"Berikhtiarlah Mencari Kesembuhan"

Thursday, August 2, 2012

KHIDMAT RAWATAN ISLAM KALI KE-2 AKAN DIADAKAN DI PONTIAN JOHOR PADA 4 dan 5 OGOS 2012.


SABTU (4.8.2012) UNTUK TEMUJANJI RAWATAN KE RUMAH SAHAJA DAN AHAD (5.8.2012) RAWATAN TERBUKA DI MASJID KG.PULAI SEBATANG PONTIAN JOHOR dari jam 8.30 pagi hingga 6.00 petang.

Untuk temujanji sila hubungi saya ditalian 013-2006363


Man Ana ???

My photo
Melaka, Malaysia
Pengembaraan Insan Tiada Noktah Tanpa Syarat Meniti Kebahagiaan. Email : iq_insan@yahoo.com

Popular Posts