FOLLOWERS

Tuesday, February 26, 2013

SEMINAR RAWATAN ISLAM DI POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN PASIR GUDANG JOHOR Pada 24 Feb.2013

Alhamdulillah berjaya melaksanakan tugasan yang telah diamanahkan. Terima kasih kepada semua pihak terutamanya AJK Masjid Ibrahim Sultan, Penyelaras Masjid Pasir Gudang, pensyarah, mahasiswa dan para peserta dari luar kampus. 

Seminar telah diadakan di Dewan Utama yang bermula dari jam 8.30 pagi sehingga jam 5.30 ptg.mendapat kerjasama yang sangat baik daripada semua para peserta yang berminat untuk mendalami bidang pengubatan Islam yang berkaitan dengan alam jin yang selama ini mereka tidak ketahui.

Separuh daripada peserta membuat rawatan selepas seminar



(...gambar lain masih menunggu kiriman email daripada Su Masjid)

Sesi rawatan ulangan bolehlah membuat temujanji dengan Setiausaha Masjid untuk diselaraskan. Moga ilmu yang dikongsi dapat digunakan kearah kebaikan jua. Yang baik itu datang dari Allah SWT dan segala kekurangan menyampaikan ceramah adalah di atas kekurangan diri dan ilmu yang ada yang pastinya akan diikhtiarkan untuk diperbaiki. InsyaAllah.

Buat pihak luar yang berminat seperti institusi masjid, IPTA/S, persatuan untuk menganjurkan seminar rawatan Islam boleh menghubungi saya terus ditalian 013-2006363.

Wednesday, January 16, 2013

JADUAL KHIDMAT RAWATAN ISLAM DI JOHOR / PAHANG / KL / DLL ( JAN-FEB.2013 )


Jadual Khidmat Rawatan Islam adalah dilampirkan di sebelah kiri blog ini. Bagi tuan-puan yang berhajat , sila hubungi terus saya ditalian 013-2006363. Jika anda mengalami masalah ganguan jin/makhluk halus, saka,sihir, dan segala hajat yang lain maka berikhtiarlah. Moga Allah SWT akan mempermudahkan segala urusan anda semua.

Pada hari bekerja (Isnin-Khamis) selalunya saya menjalankan khidmat rawatan Islam di Melaka.


Tuesday, December 4, 2012

TAHNIAH AJK (KOPI-01)....MEMARTABATKAN AGENDA PENGUBATAN ISLAM


Pengakhiran Perjalanan Kongres, Permulaan Perjalanan Pengamal Pengubatan Islam



















Telah tamat Kongres Pengubatan Islam Nusantara kali pertama (KOPI-01) 
semalam. Kami AJK KOPI ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua 
pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan 
program ini. Juga tidak lupa juga kepada para peserta yang hadir memeriahkan 
suasana program ini. 

Diharapkan sidang-sidang pembentangan oleh ahli-ahli panel yang berwibawa 
memberi input dan manfaat yang cukup berguna kepada pengamal pengubatan 
Islam yang hadir.

Sunday, November 4, 2012

KLINIK RAWATAN ISLAM DI JOHOR SEMPENA CUTI SEKOLAH NOV. & DIS. 2012

Alhamdulillah,pihak kami akan menambah jadual Khidmat Rawatan Islam di Johor sempena cuti sekolah di bulan Nov. dan Dis. 2012. Menerima jemputan yang tidak putus menjadi sebab penambahan jadual ini. Kepada yang berhajat sila hubungi saya segera untuk membuat temujanji ( 013-2006363 ). Bagi yang tidak dapat ditunaikan hajat kerana keterbatasan masa dan kudrat, anda boleh berusaha mencari sahabat perawat Islam yang lain. Yang penting kita teruskan ikhtiar untuk mencari kesembuhan.

Suasana Rawatan di Pontian
Tarikh  : 17 - 18 November 2012
Lokasi : Kota Tinggi, JB dan Singapura

Tarikh  : 24 - 25 November 2012
Lokasi : Pontian dan JB

Tarikh  : 8 - 9 Disember 2012
Lokasi : Pontian & JB


Tarikh  : 22 - 25 Disember 2012
Lokasi : Pontian, JB dan Singapura

Man Ana ???

My photo
Melaka, Malaysia
Pengembaraan Insan Tiada Noktah Tanpa Syarat Meniti Kebahagiaan. Email : iq_insan@yahoo.com

Popular Posts