FOLLOWERS

Sunday, February 27, 2011

X-PDC RAWATAN ISLAM DI KELANTAN : 13-15 MAC 2011

Pengembaraan Insan diteruskan dengan menjalankan usaha dakwah pengubatan di negeri Kelantan yang dikenali sebagai negeri Serambi Mekah pada musim cuti sekolah dalam tempoh dua minggu lagi. Sambil berjalan-jalan bersama keluarga namun khidmat kepada mereka yang memerlukan akan sedaya upaya dipenuhi pada kadar kemampuan.

Thursday, February 24, 2011

JADUAL KLINIK DI PAHANG : 26-27 FEB.2011

X-PDC khidmat rawatan Islam akan berada di Pahang pada hujung minggu ini. Berikut dilampirkan jadual khidmat rawatan untuk maklumat anda.

Friday, February 18, 2011

WAD SAKIT MENTAL HOSPITAL MELAKA : Terusik jiwa.....

Pengalaman dapat bersama-sama merawat antara pesakit di dalam wad pesakit mental di Hospital Melaka selama tiga hari baru-baru ini amat mengujakan. Pelbagai ragam dan karenah yang ditunjukkan oleh mereka menggambarkan betapa kehidupan mereka yang tidak mempunyai arah tujuan atas sebab penyakit yang dialami yang adakalanya juga bercampur dengan gangguan makhluk halus.

Monday, February 7, 2011

MERAWAT DENGAN KAEDAH MENURUN DIRESAPI JIN : Benar atau Salah? Fenomena Biasa Dalam Masyarakat Melayu

SOALAN:

Sehingga sekarang, saya masih keliru dan tidak yakin untuk membezakan amalan kebatinan Melayu yang bercanggah dengan ajaran Islam dan sesuai dengan ajaran Islam. Sebagai contoh, di taman tempat saya tinggal ada seorang lelaki pertengahan umur mengubat dengan cara menurun. Mula-mula bakar kemenyan, kemudian pakai kain selubung hitam, kemudian membaca jampi mentera dengan memberi salam dan bismillah, dan lain-lain ayat yang tidak kedengaran jelas. Dia juga ada menyebut kalimah syahadah sebelum menurun kemudian baru memulakan ubatan.
 
Ianya cukup popular. Berduyun-duyun orang datang, terutamanya pada malam Jumaat, termasuk pak-pak haji. Banyak orang yang sakit sembuh setelah menemuinya.
 
Kalau amalan ini didakwa bertentangan dengan ajaran Islam. Amalan yang mana yang dikatakan bersalahan dengan Islam? - Insah Resah, Lenggong

Monday, January 31, 2011

"X-PDC RAWATAN ISLAM SINGAPURA" Pada 3 & 4 Februari 2011

KEMBARA BERMULA........moga Allah permudahkan segala urusan. 

X-pdc khidmat rawatan Islam sekali lagi mengelilingi pulau Singapura atas permintaan di sana. Berkebetulan  cuti umum raya cina yang sedikit panjang maka usaha ini akan laksanakan mengikut jadual di bawah ini :-

Program      : X-pdc Khidmat Rawatan Islam di Singapura
Tarikh       : 3 & 4 Februari 2011
Tempat       : Singapura / JB

Tuesday, January 18, 2011

JAMPI ATAU MENTERA PENGASIH : Amalan yang perlu dijauhi....


Soalan : Assalamualaikum ustaz,saya sebagai hamba Allah amat musykil dengan adanya amalan, yang tidak diketahui di bolehkan atau tidak sehingga takut menjejaskan iman saya sebagai orang muslim (SYIRIK). Oleh yang demikian saya ada pertanyaan mengenai Ilmu Pengasih. Contohnya:


Bismillahhirrohmanirrohim
Mandiku mandi air Nur amanjani
Siraman sekali mudalah kulitku
Siram kedua datang kasih sayang sekalian yang memandang
Siraman ketiga bur memancar cahyaku
karena aku memakai pemikat bidadari dari syurga
mustajab diaku
kabul berkat izin Allah
Nurun ala nurin

Man Ana ???

My photo
Melaka, Malaysia
Pengembaraan Insan Tiada Noktah Tanpa Syarat Meniti Kebahagiaan. Email : iq_insan@yahoo.com

Popular Posts