FOLLOWERS

Thursday, April 26, 2012

JADUAL KLINIK RAWATAN ISLAM TERKINI : PAHANG

Tarikh  :  5 hb Mei  2012 (Sabtu) 
Masa    :  Jam 10.00 pagi
Lokasi  :  Felda Chini 4. Pekan, Pahang


Tarikh  :  5 hb Mei 2012 (Sabtu)
Masa    :  9.00 mlm - 11.00 mlm
Lokasi  :  Kuantan Pahang. (Balok)

Tarikh  :  6 hb Mei 2012 (Ahad)
Masa    :  10.00 pagi
Lokasi  :  Felda Pancing Timur, Kuantan, Pahang

Semua temujanji sila hubungi saya ditalian : 013-2006363



Tarikh  :  12 hb Mei  2012 (Sabtu) 
Masa    :  Jam 9.00 pg - 9.00 mlm
Lokasi  :  Felda Gugusan Jengka, Pahang


Tarikh  :  13 hb Mei 2012 (Ahad)
Masa    :  10.00 pagi
Lokasi  :  Temerloh. Masjid Kg.Pangsenam, Pahang.

Monday, April 2, 2012

PERIHAL RUPA BENTUK DAN NAMA SYAITAN DAN IBLIS.


Menyebut tentang syaitan, perlu rasanya dirujuk tulisan Raji al-Asmar dalam bukunya: Asy-Syayatin: Haqiqatuha, yang menyebut bahawa perkataan “iblis” disebut dalam al-Quran sebanyak 11 kali, manakala kalimah ‘syaitan’ itu disebut sebanyak 88 kali. Dalam buku ini diperturunkan ayat-ayat berkaitan yang menyebut nama-nama tersebut.
Keterangan ini membuktikan, mempercayai tentang kewujudan syaitan juga iblis itu adalah suatu yang termaktub dalam kalamullah. Ia bukan dongeng atau rekaan.

Monday, March 12, 2012

HUKUM JAMPI, MANTERA DAN SERAPAH? PENJELASAN TIGA PERKARA


SOALAN 

Ada bomoh di tempat saya mengubati pesakit atau yang berhajat sesuatu, ditolongi dengan jampi mantera menggunakan bahasa Jawa. Saya orang Jawa asli yang tinggal di Parit Jawa, tetapi saya sendiri tidak faham apa dibaca dukun tersebut. Apakah pengubatan secara ini boleh diterima pakai dan tidak mendatangkan sesuatu yang berlawanan dengan syarak?

JAWAPAN

Monday, February 27, 2012

KISAH UST.AZHAR IDRUS MERAWAT SATU KELUARGA AKIBAT TERKENA SIHIR BOMOH SIAM

KUALA LUMPUR, 28 Feb: Meskpun sentiasa sibuk dengan aktiviti dakwah, pendakwah selebriti terkenal yang juga ikon anak muda, Ustaz Azhar Idrus (gambar) suatu ketika terpaksa bertarung dengan jin untuk membantu sebuah keluarga yang mengalami penderitaan akibat sihir.


Pertarungan tersebut terpaksa dihadapi ketika beliau berusaha membantu keluarga terbabit yang mengalami penderitaan sehingga 16 tahun dipercayai disihir jiran dengan menggunakan khidmat bomoh Siam.


Menurut Ustaz Azhar, punca tindakan sihir itu hanya disebabkan keengganan keluarga itu menjualkan tanah kepada jirannya.

Monday, January 30, 2012

SAKA ; MEMBONGKAR MISTERI DAN 10 FORMULA KESEMBUHAN

(CADANGAN BAB 3) 

(Responden 1). 

Tidak pernah terfikir dalam sanubarinya bahawa suatu hari nanti dia akan mewarisi “Saka Harimau”. Sementelahan dia juga masih gadis yang sedang menuntut di IPTA maka pastilah tidak tertanggung dengan masalah gangguan jin yang berasal dari keturunaan sebelah atas tanpa dia sendiri sedari sejak lama dulu. Razilah (bukan nama sebenar) yang berasal dari Perak berazam untuk menghindarkan gangguan jin akibat saka di atas. Patutlah selama ini Razilah akan merasa kesukaran untuk melelapkan mata, bahu menjadi tersangat letih dan berat, badan menjadi bisa dan selalu mengalami sakit kepala yang amat bersangatan.

Wednesday, January 18, 2012

RAWATAN ISLAM DI JOHOR DAN SINGAPURA PADA 22-24 JAN. 2012

X-PDC Khidmat  Rawatan Islam As-Syifa' Melaka akan berada di negeri Johor dan Singapura sempena cuti Tahun Baru Cina ini. Beberapa temujanji telah disusun, maka seseiapa yang berhajat walk-in sila hubungi saya terlebih dahulu untuk pengesahan awal.

Maklumat x-pdc rawatan Islam seperti berikut :-

Tarikh   :  22-24 Januari 2011  ( Ahad - Selasa )

Lokasi   : Johor dan Singapura

Hubungi : 013-2006363

Berikhtiar mencari kesembuhan moga Allah s.w.t. memberkati usaha yang  baik.

Man Ana ???

My photo
Melaka, Malaysia
Pengembaraan Insan Tiada Noktah Tanpa Syarat Meniti Kebahagiaan. Email : iq_insan@yahoo.com

Popular Posts