FOLLOWERS

Monday, November 4, 2013

AS-SYIFA' JOHOR KINI di SKUDAI BERMULA NOV.2013

Umtuk makluman semua pembaca blog saya dan juga buat semua patient yang berada di Melaka dan di mana jua anda berada, dengan ini saya ingin maklumkan secara resmi bahawa saya telah pun berpindah ke Skudai Johor Bahru.
 
Jika anda berhajat mendapatkan khidmat rawatan Islam bagi rawatan akibat gangguan jin atau makhluk halus, saka, sihir, pelaris, sawan, penerang hati, lambat jodoh, lambat zuriat, anak demam panas, sakit gatal seluruh badan dan sebagainya, bolehlah menghubungi saya terus ditalian ini, 013-2006363. InsyaAllah saya akan ikhtiarkan doa untuk mencari kesembuhan dengan izin Allah.
 
Alamat saya ialah di Jalan Harmoni  17, Taman Desa Skudai, Johor Bahru. Setiap khidmat rawatan adalah melalui temujanji terlebih dahulu kerana saya tidak mempunyai pusat rawatan Islam yang di sewa khas.
 
Sekian makluman saya. Berikhtiarlah mencari kesembuhan.

Monday, September 30, 2013

KHIDMAT RAWATAN ISLAM DI JOHOR : BULAN OKTOBER 2013

InsyaAllah saya akan berada di sekitar Johor Bahru untuk memenuhi beberapa jemputan untuk khidmat rawatan Islam di rumah pesakit. InsyaAllah.

Masih ada sedikit kekosongan bagi sesiapa yang berhajat. Anda boleh terus menghubungi saya ditalian ini : 013-2006363

Program : Khidmat Rawatan Islam 
Tarikh    : 1 - 31 Oktober 2013 2013
Tempat  : Taman Mutiara Rini Skudai, JB, Pontian, Kota Tinggi, P.Gudang, Mersing dan Endau Johor.

Moga Allah akan permudahkan segala urusan dan hajat yang baik. Amin.

Sunday, September 1, 2013

BERDIALOG DENGAN JIN SIAM (Pengalaman sebenar Perawat)

...Setelah itu saya segera merawat Puan Bee, sambil meletakkan tangan di atas kepalanya, tidak sampai beberapa saat kepala Puan Bee telah bergetar dan bergerak ke kiri dan kanan seolah-olah menanggung kesakitan yang amat sangat, tidak ada kedengaran suara dari Puan Bee sedangkan beliau mengalami kesakitan di bahagian kepala  seolah-olah ingin mengawal keadaan supaya saya tidak mengetahui adanya makhluk halus atau jin didalam tubuhnya.




Selang beberapa minit saya pun memicit kedua-dua bahu Puan Bee, maka akhirnya terkeluar suara Puan Bee menjerit dan berkata-kata dalam bahasa atau slanga dalam loghat Cina ”Sakitlah…..gua sakitlah…”. Untuk pengetahuan anda, Puan Bee menjadi tidak sedar pada masa ini dan yang bersuara ini adalah jin yang berada didalam badan Puan Bee yang telah menggunakan mulut Puan Bee untuk bersuara. “ Jika sakit keluarlah….kenapa duduk ini dalam tubuh wanita ini” sergah saya pada awalnya. Jin tadi menjawab, “Mana boleh, boss gua sudah kasi gua duduk sini…”. Soal saya lagi, “Engkau agama apa?” Jawab jin tadi, “Gua datang itu Sami dari Siam punya lor….”

Wednesday, July 17, 2013

KHIDMAT RAWATAN ISLAM DI JB, PONTIAN & K.TINGGI : 27-28 JULAI 2013

InsyaAllah saya akan berada di sekitar Johor Bahru untuk memenuhi beberapa jemputan untuk khidmat rawatan Islam di rumah pesakit. Jemputan yang lain akan ditunaikan semasa cuti hari raya nanti. InsyaAllah.

Masih ada sedikit kekosongan bagi sesiapa yang berhajat. Anda boleh terus menghubungi saya ditalian ini : 013-2006363

Program : Khidmat Rawatan Islam 
Tarikh    : 27-28 Julai 2013
Tempat  : JB, Pontian, Kota Tinggi dan P.Gudang

Moga Allah akan permudahkan segala urusan dan hajat yang baik. Amin.


Man Ana ???

My photo
Melaka, Malaysia
Pengembaraan Insan Tiada Noktah Tanpa Syarat Meniti Kebahagiaan. Email : iq_insan@yahoo.com

Popular Posts