FOLLOWERS

Wednesday, October 6, 2010

DOA UNTUK MENGHILANGKAN SAKIT APABILA DIGIGIT BINATANG BISA.

Apabila anda atau sesiapa jua digigit binatang atau haiwan berbisa seperti kala jengking, lipan, ular dan sebagainya, maka boleh menggunakan ikhtiar berikut bagi menghilangkan sakit bisa daripada merebak ke dalam tubuh pesakit. Usaha dan berdoalah kerana pasti Allah akan memberikan kita kesembuhan.

KAEDAH RAWATAN

1. Al-Fatehah
2. Surah Al-Ikhlas
3. Surah Al-Falaq
4. Surah An-Nas
5. Bismillah 5

BAHAN RAWATAN

1. Garam Kasar
2. Air

















Dibacakan turutan ayat di atas dan kemudiannya dihembuskan kedalam air yang bercampur garam. Rendamkan kaki pesakit kedalam baldi yang ada campuran garam tersebut beberapa ketika. Boleh juga kemudian sekali menjirus air ke tempat yang sakit, insyaAllah bisa akan reda dan akan beransur hilang. Apapun silalah rujuk kepada pengamal perubatan yang mahir dalam bidang ini.


As-Syifa' Melaka : 013-2006363

3 comments:

  1. ada tak doa2 yg perlu diamalkan untuk mengubati penyakit gatal2 kulit...cara2 rawatannya...

    ReplyDelete
  2. Salam. Sila hubungi ustaz dengan menggunakan talian telefon 013-2006363 kerana perlu dijelaskan dengan tertib. Tq

    ReplyDelete
  3. bagaimana cara untuk membaca surah dan doa diatas sekiranya dalam keuzuran(datang bulan)

    ReplyDelete

Man Ana ???

My photo
Melaka, Malaysia
Pengembaraan Insan Tiada Noktah Tanpa Syarat Meniti Kebahagiaan. Email : iq_insan@yahoo.com

Popular Posts

CAPAIAN BLOG