Salam Ukhuwwah. Baru sahaja pulang dari Hospital Melaka setelah menziarah seorang pesakit yang terlantar tanpa sedar selama berpuluh hari. Semoga pesakit akan sedar dan sembuh seperti sebelumnya dan kepada Allah jualah milik kesembuhan setiap manusia.
Sekarang ini, Hospital Melaka seolah menjadi tempat kunjungan biasa penulis oleh kerana permintaan keluarga pesakit untuk mendoakan ahli keluarga mereka yang ditimpa musibah sehingga terlantar di wad-wad hospital. Untuk pengetahuan, Hospital Melaka sebenarnya terletak berhadapan sahaja dengan lokasi rumah penulis, moga Allah akan mempermudahkan penulis bagi membantu dan berikhtiar serta mendoakan kepada pesakit-pesakit yang berada di Hospital Melaka. Sebelum ini pergi Hospital Muar dan segala ikhtiar yang dilakukan moga diberkati Allah jua.
Kepada ahli keluarga pesakit, banyakkanlah berdoa untuk kesembuhan ahli keluarga yang tersayang. Melihat ahli keluarga yang tidur di kaki lima hospital berselimut toto dan beralaskan tikar di atas simen mengundang rasa terharu dan simpati kepada mereka,besarnya ujian buat pesakit dan ahli keluarga semua, doaku bersabarlah dengan ujian ini kerana setiap manusia yang hidup pasti melalui saat manis dan duka, senang dan susah, haru dan hiba, gembira dan sedih, nikmat dan sengsara..........Moga yang sakit disembuhkan Allah dan yang sihat jagalah kesihatan sebaik mungkin.
robbi yassir wala tu'assir
ReplyDeleteSyukran 'ala do'a ika..........
ReplyDelete