BERNAMA - 13 DISEMBER 2010
Ini bermaksud :
1. MAJLIS PERUBATAN TRADISIONAL adalah persatuan induk bagi empat badan pengamal perubatan iaitu :-
i. Persatuan Perubatan Tradisional Islam
ii. Persatuan Perubatan Melayu Tradisional (URUT)
iii. Persatuan Akupuntur
iv. Persatuan Ayurveda
Kebaikan :-
1. Pengiktirafan kerajaan kepada semua pengamal berkelayakan dari empat persatuan di atas
2. Membendung masalah pengamalan yang tidak berlandaskan hukum syarak dan menyeleweng
3. Menjadikan pengamal perubatan berdaftar secara rasmi sebagai ahli mengikut teras masing-masing
4. Dan lain-lain yang memberi kebaikan kepada semua pihak
Semua perawat Islam dan yang mengamalkan kaedah ruqyah Islam dan sebagainya dengan pelbagai nama adalah termasuk dalam Persatuan Perubatan Tradisional Islam. Mengikut pengalaman penulis yang terlibat sama dalam pertemuan awal bagi membentuk persatuan di atas beberapa tahun yang lalu di Kementerian Kesihatan Bahagian Perubatan Tradisional & Komplimentari yang diketuai oleh Dr.Abd.Ghani bersama semua rakan-rakan jawatankuasa yang tersenarai pada awalnya, maka bersiapsedialah untuk berlapang dada untuk bersatu dalam persatuan teras walau ada perbezaan dalam bidang pengamalan ilmu pengubatan Islam. Penulis berkeyakinan persatuan yang dicadangkan akan dipengerusikan oleh tokoh ulama' terkenal di Malaysia akan dapat menjadi payung kepada semua pengamal pengubatan Islam di masa akan datang.
Berikut petikan dalam Berita Harian bertarikh 13 Disember 2010.
KUALA LUMPUR, (Bernama) - Kementerian Kesihatan akan mewujudkan Majlis Perubatan Tradisonal bagi mengawal pertumbuhan serta aktiviti pengamal perubatan tradisional dan komplimentari.
Menterinya Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata Majlis itu akan berperanaan sebagaimana Majlis Perubatan Malaysia (MMC) dan Majlis Pergigian Malaysia (MDC), yang mengawal para doktor serta doktor gigi dalam negara.
Beliau berkata selain penubuhan badan itu, pengiktirafan terhadap pengamal perubatan tradisonal oleh kementerian hanya diberi kepada mereka yang mempunyai asas serta diiktiraf oleh persatuan perubatan tradisional masing-masing.
"Itu caranya kementerian beri pengiktirafan. Untuk itu, kementerian akan ada satu majlis seperti MMC yang mengawal doktor-doktor dan MDC yang mengawal semua doktor gigi," katanya ketika menjawab soalan tambahan Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh (BN-Kalabakan) pada persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini.
Abdul Ghapur dalam soalannya ingin tahu kaedah yang diguna pakai oleh Kementerian Kesihatan bagi mengelak kekeliruan pengguna terhadap ubatan rawatan tersebut, memberi pengiktirafan dan bagaimana untuk mentafsir jenis rawatan.
Liow berkata Persatuan Perubatan Tradisonal Islam, Persatuan Perubatan Melayu Tradisional (Urut), Persatuan Akupuntur dan Persatuan Ayurveda yang mengiktiraf pengamal-pengamal perubatan tradisonal itu juga terbukti mempunyai kepakaran tersendiri dalam bidang tersebut.
Beliau berkata untuk memastikan hanya pengamal perubatan yang berkelayakan dan mempunyai kepakaran sahaja beroperasi, kementerian sedang menggubal Rang Undang-Undang Perubatan Tradisional dan Komplimentari di mana melaluinya semua pengamal perlu berdaftar dengan Kementerian Kesihatan sebelum dibenar mengamal perubatan tradisional.
Mengenai kawalan terhadap pengamal asing yang beroperasi dalam negara Liow berkata, pihaknya bekerjasama rapat dengan Jabatan Imigresen bagi tujuan mengesan mereka, dan pengamal asing yang memohon visa untuk bekerja di Malaysia perlu mendapatkan surat sokongan dari Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari (BPTK) terlebih dahulu.
"BPTK akan menilai kesahihan kelayakan pengamal itu dan pengalaman mereka sebelum menyokong sebarang permohonan," katanya.
Sumber: Berita Harian : Kementerian Kesihatan : Bahagian Perubatan Tradisional & Komplimentari
No comments:
Post a Comment