FOLLOWERS

Saturday, April 3, 2010

AS-SYIFA' MELAKA...ikhtiar kesembuhan penyakit insan

Melaka nama terukir membawa wadah pengembaran insan membina jaringan ikhtiar kesembuhan dalam pengubatan Islam, begitulah gamitan cita dan visiku semasa melangkah kaki masuk ke negeri yang bersejarah ini. Umpama suatu taqdir , perjalanan hidup ini yang masuk ke sempadan pertengahannya dengan menjejak hati dan jiwa ke bumi tempat kelahiranku.
Pernah bersekolah di SRK Dato Hj Baginda Umbai dan mengakhiri sesi persekolahan di Kota Tinggi Johor. Setelah merantau membawa diri menyelesaikan tugasan melunaskan cita-cita ilmu di UM sehinggalah menetap dan membina jaringan pekerjaan di Kuala Lumpur selama 20 tahun, akhirnya terpelanting jua ke bumi tempat insan dilahirkan dahulu di sebuah negeri yang bernama Melaka.

Semoga usaha dakwah dalam pengubatan Islamku ini akan terus memancar umpama sinar yang terang menyinara terowong ikhtiar bagi setiap insan. Walau hanya hampir sebulan menghuni di IPGKPM Durian Daun Melaka yang hanya 3 km dari bandaraya, namun hampir satu Melaka telah dijelajahi demi tuntutan kehendak yang terlahir dalam segala hajat manusia yang bernama insan.
Ya Allah permudahkanlah segala urusanku di bumi Melaka ini. Telah kujumpa sahabat dan teman lama, juga rakan seperjuangan dalam usaha dakwah pengubatan Islam ini terutamanya rakan-rakan Darussyifa' yang membuka pusat rawatan di Solok Gaung dan Serkam Darat, moga diri ini mampu menjadi insan berguna sekadar membantu dicelahan usaha kalian.

Moga dengan kecekalan hati dan keazaman yang terbukti, akan terbina ikatan ukhuwwah pengubatan Islam di bumi bersejarah ini. Lokasi terbaik sedang dijelajahi, sahabat taulan telah dijejaki, agar tercipta sejarah ulung dengan sinaran berlian di bumi sejarah ini akhirnya.

Buat masa ini hanya talian hayat menyambung usaha dan ikhtiar, sekadar menghubungi ditalian 013-200 6363 insyaAllah tanpa rasa jemu segala hajat akan dipermudahkan jua.
...sekilas bicara 2

No comments:

Post a Comment

Man Ana ???

My photo
Melaka, Malaysia
Pengembaraan Insan Tiada Noktah Tanpa Syarat Meniti Kebahagiaan. Email : iq_insan@yahoo.com

Popular Posts

CAPAIAN BLOG