FOLLOWERS

Wednesday, February 3, 2010

DIARI RAWATAN ISLAM : 013 - 200 6363

Rasulullah s.a.w. bersabda, "Setiap penyakit ada ubat penawarnya dan apabila suatu ubat itu sesuai dengan jenis penyakitnya, maka penyakit itu akan sembuh dengan izin Allah." - maksud hadis riwayat Muslim.

Berikut adalah pelbagai jenis penyakit yang biasa dirujuk kepada Ustaz untuk diikhtiarkan dan diselesaikan dengan izin Allah.

  • Gangguan Jin
  • Makhluk Halus
  • Sihir
  • Santau
  • Saka
  • Lambat Jodoh
  • Lambat Zuriat
  • Kanser
  • Sakit Kepala Lemah Semangat
  • Batuk berpanjangan
  • Pemutus susu
  • Masalah Haid
  • Jantung
  • Lelah
  • Nyanyuk
  • Kencing Malam
  • Migrain
  • Masuk Rumah Baru
  • Pelaris Perniagaan
  • Pelembut Hati
  • Penerang Hati
  • Darah Tinggi
  • Batu Karang
  • Kaunseling dll
  • SERTA MASALAH LAIN YANG TIDAK DISEBUTKAN

3 comments:

  1. Assalamualaikum ustaz,

    saya ingin bertanya: penyakit yang biasanya dirawat dengan kaedah perubatan biasa (doktor di hospital) seperti kanser, batu karang, darah tinggi dll... secara umumnya, bagaimanakah penyakit seperti ini dirawat dengan perubatan Islam? Adakah dengan minum air yang telah dibacakan doa sahaja atau ada cara lain?? adakah kaedah perubatan Islam dapat mengesan penyakit seperti kanser? ataupun ianya sebagai rawatan alternatif untuk mengubati kanser?

    Adik ipar saya pernah dibawa kepada seorang bomoh di kampung dan bomoh tersebut mengatakan adik ipar saya itu menghidap kanser. Saya tidak berapa pasti adakah bomoh tersebut membacakan ayat2 alQuran pada air mineral yang dibawa tapi air tersebut perlu diminum setiap hari dengan beberapa syarat tertentu yang saya sendiri merasa agak pelik (sebenarnya baru pertama kali tahu), iaitu adik ipar saya tidak boleh makan buah limau serta pisang (serta buah2 lain yg tertentu, saya x ingat), tidak boleh mendengar bunyi tumisan (masakan) dan hanya boleh makan beberapa jenis ikan yang biasanya dimakan oleh wanita yang berpantang selepas bersalin... apa pandangan ustaz??? setelah dirujuk di hospital, ternyata adik ipar saya tidak disahkan menghidap kanser tetapi perlu menjalani rawatan susulan dan sedikit pembedahan kecil (masalah kelenjar tiroid yang membengkak).

    Saya sebenarnya sangat kagum dengan orang-orang seperti ustaz yang belajar, mahir dan mengamalkan ilmu perubatan Islam terutama bagi penyakit yang di luar keterbatasan perubatan moden (sihir, rasukan, saka dll). Mungkin ustaz boleh memberi pandangan atau sedikit penjelasan bagi persoalan saya tadi.

    Terima kasih ustaz dan alhamdulillah saya menemui blog ini yang sedikit sebanyak memberi input baru dan berguna kepada saya dan keluarga..

    Wassalam..

    Mumtaz Hidayahtullah bt Yatau

    ReplyDelete
  2. Wslm. Terima kasih kerana sudi menjengah khabar dalam ruangan ini. Setiap penyakit pasti ada penawarnya kecuali mati. Berkenaan persoalan kaedah pengubatan Islam dalam ikhtiar menyembuhkan penyakit bolehlah saudari melihat lampiran kertas kerja yang ada dalam laman web ini yang akan dikemaskini untukmenjadi medan ilmu yang baik untuk semua pengunjung.

    Ustaz direct kepada persoalan masalah sakit yang dikatkan "kanser" terhadap adik ipar saudari. Berdasarkan pengalaman ustaz sendiri yang juga pernah merawati penyakit yang sama terhadap saudara ustaz sendiri, setelah beliau melakukan pemeriksaan pakar di hospital doktor mengesahkan ianya bukan kanser tetapi simptom yang ada semacam kanser.Hanya Allah yang maha mengetahuinya. Beliau berusaha dengan kaedah pengubatan tradisional seperti mengalin telor,berjumpa dengan ustaz dan sebagainya tetapi ketulan seperti kanser masih tetap ada. Akhirnya doktor menasihati beliau menjalani pembedahan membuang ketulan tersebut, Alhamdulillah telah selamat melepasi ujian pertama itu.

    Kes ini seperti sama dengan kes adik ipar saudari. Nasihat ustaz teruskanlah berubat dengan ustaz dikalangan perawat Islam. Bahan yang boleh digunakan seperti daun kangkung liar, kunyit putih, dan sebagainya. Kita teruskan ikhtiar moga Allah sembuhkan penyakit yang dialami.Pasal bomoh yang menyuruh berpantang itu dan ini,diluar pengetahuan ustaz.Apa pun selagi tidak melanggar hukum dan syariat,ikhtiarlah.

    Pesan juga kepada pesakit agar tabah, cekal dan sabar menghadapi ujian Allah ini. Kuatkan motivasi diri, tingkatkan amalan kerohanian, banyakkan zikir serta doa dan yang penting teruskan kehidupan dengan kebahagiaan dengan rasa taqwa yang hakiki.

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum ustaz.
    ustaz ada tak cara-cara hendak merawat penyakit goitre?
    syukran

    ReplyDelete

Man Ana ???

My photo
Melaka, Malaysia
Pengembaraan Insan Tiada Noktah Tanpa Syarat Meniti Kebahagiaan. Email : iq_insan@yahoo.com

Popular Posts