FOLLOWERS

Friday, September 21, 2012

BEDAH BATIN? PENDIRIAN KHUSUS LIQA' ASATIZAH....MOGA MERUNGKAI KEKABURAN....


Selepas meneliti unsur-unsur yang terdapat 
dalam pembedahan batin yang diamalkan 
sesetengah perawat seperti membedah 
tubuh badan dengan tangan kosong 
atau tanpa peralatan moden, membetulkan 
tulang tanpa sentuhan fizikal, menggunakan 
peralatan ghaib, pengubatan jarak 
jauh dan seumpamanya, dapat disimpulkan 
seperti berikut :

1) Pembedahan batin adalah suatu hakikat yang kabur kerana 
tidak boleh dibuktikan dengan naql, aql dan sains. 

2) Pembedahan batin tidak mempunyai sandaran hukum daripada 
Kitab dan Sunnah Nabi SAW mahupun amalan salafussoleh. 

3) Hujah mengaitkan pembedahan batin dgn pembelahan dada Nabi SAW 
sebelum diangkat menjadi nabi dan Isra' adalah batil kerana perkara 
tersebut adalah irhas/mu'jizat yg tidak boleh dikiaskan kepada bukan
 nabi.


4) Pembedahan batin telah diamalkan dalam agama lain dengan begitu 
berleluasa seperti Kristian atas nama spiritual healing, psychic surgery @ 
operation, jirahah gharbiyyah atau jirahah ruhaniyyah. Ini menunjukkan,
 Islam, iman dan taqwa bukanlah syarat utama pembedahan batin 
boleh dilakukan seperti dakwaan sesetengah pihak.

5) Tokoh-tokoh awal perubatan alopati Islam seperti Ibn Sina, 
al-Zahrawi, Ibn al-Haytham, al-Razi, Ibn Rusyd dll menunjukkan
 perubatan moden adalah sebahagian daripada perubatan Islam
 (bukan sahaja al-tibb al-nabawi) sekaligus menafikan jenis-jenis 
perubatan yang mencarik adat.

6) Pembedahan batin diyakini menggunakan khidmat jin @ qarin 
yang dikhuatiri boleh membawa kepada syirik berdasarkan 
nas-nas al-Qur'an dalam surah al-Jin ayat 6 dan surah al-Zukhruf ayat 36.

7) Pembedahan batin termasuk perkara mencarik adat yang mampu 
dipelajari dan boleh dilakukan secara berterusan, ini menunjukkan
 ia bukan karamah atau ma'unah sebaliknya lebih dekat kepada 
unsur-unsur sihir dan sya'wazah.

8) Masyarakat Islam dinasihatkan meninggalkan rawatan 
syubhah seperti pembedahan batin dan kembali kepada al-tibb 
al-nabawi spt menggunakan ayat-ayat syifa', doa ma'thur dll atau
 kembali kepada perubatan alopati (moden) yang tidak bercanggah
 dengan hukum syara'.


21 Julai 2011

Ahli liqa':

Ustaz Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri ( Mursyid Liqa’)
Ustaz Dr. Zaharuddin Abd Rahman (Pengerusi/ Moderator)
Ustaz Dr Abdul Basit Abdul Rahman,
Ustaz Dr Zahazan Muhammad,
Ustaz Hj Mohammad Nidzam Abdul Kadir,
Ustaz Hj Aizam Mas’ud,
Ustaz Hj Hasrizal Abdul Jamil,
Ustaz Dr. Khairuddin Aman Razali,
Ustaz Imam Muda Asyraf Mohd Ridzuan, (Tidak Hadir)
Ustaz Ramadhan Fitri Elias, (Tidak hadir)
Ustaz Dr. Maszlee Malik,
Ustaz Dr.Ahmad Wifaq Mokhtar,
Ustaz Syed Mohd Norhisyam
Ustaz Zamri Zainuldin 'Mantop'
Ustaz Abdullah Bukhari Al-hafiz
Ustaz Ahmad Husni Abd Rahman
Ustaz Shauqi Othman

Disahkan dalam liqa' pada 18 Ramadhan 1432

3 comments:

  1. saya berketurunan/salasilah ulama besar tanah melayu ini. apa yg saya tahu dari atuk2 saya, hakikat pembedahan ghaib wujud dalm kitab2 muktabar. jgn lah hanya kerana tuan2 tak tahu tuan2 berlangcang mulut mensyirikkan pd perkara yg tuan2 tidak benar2 mengerti. di antara ulama tersohor yg merawat cara ghaib ini ialah syeikh abd Qadir jailani, syeikh shah waliullah dahlawi.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih di atas perkongsian ilmu.

    ReplyDelete
  3. Pdgn yg diberikan berdasarkan nas dan dalil.. Bukan berdasarkan agak2.. Jika benar ada kitab yg mengatakan bahawa bedah batin wujud dan benar drp pdgn syarak, bolehlah disebut nama kitab berkenaan.. Mdhn2 ada manfaat perkongsian berkenaan..ameen

    ReplyDelete

Man Ana ???

My photo
Melaka, Malaysia
Pengembaraan Insan Tiada Noktah Tanpa Syarat Meniti Kebahagiaan. Email : iq_insan@yahoo.com

Popular Posts