FOLLOWERS

Thursday, April 29, 2010

AS-SYIFA' : JENIS PENYAKIT : MIGRAIN


JENIS PENYAKIT : MIGRAIN (As-Syifa' Iq Insan Melaka)

Migrain ialah sakit pada sebahagian kepala yang mungkin boleh pulih selepas beberapa jam atau berlarutan selama beberapa hari. Sesetengah pesakit mungkin mengalaminya setiap minggu dan mungkin beberapa kali sahaja dalam setahun. Migrain selalunya dihidapi pada peringkat umur empat puluhan dan ahli pemikir(student @perkerja bank/akauntan dsb(75% pesakit pula dikalangan Wanita).

Anda dapat mengetahui yang anda akan diserang migrain sebelum sakit kepala itu bermula. Tanda-tanda amaran serangan migrain ialah rasa mual, muntah dan kepekaan terhadap cahaya, bunyi bising atau bau-bauan. Migrain jenis klasik bermula dengan tanda amaran seperti kilauan cahaya atau warna. Anda mungkin terasa yang anda seperti sedang melihat ke dalam terowong. Sebahagian kepala anda mungkin akan terasa seperti dicucuk, panas atau lemah. Tanda-tanda amaran ini akan berlarutan selama 15 hingga 30 minit dan diikuti oleh sakit pada bahagian kepala.Kadang-kala fungsi mata terganggu@lumpuh seketika.

Migrain jenis biasa tidak mempunyai sebarang tanda-tanda amaran. Bagaimanapun, anda mungkin akan berasa letih, murung, tidak selesa atau akan menjadi lebih banyak bercakap 2 hingga 3 hari sebelum sakit kepala itu bermula dan ia menganggu sistem saraf utama menyebabkan pesakit berasa sangat lemah sehinggakan dapat melihat mahluk halus disekeliling , emosi pesakit sukar dikawal dan dapat menyebabkan gangguan sistem jantung.

Antara penyebab migrain adalah :- Tekanan dan gangguan emosi,Kedatangan haid (mengalami PMS),Pemakanan yang tidak teratur,Pengambilan minuman yang mengandungi tahap kafeina yang tinggi (seperti minuman kola),Makanan (seperti keju, coklat, ais krim, makanan bergoreng, daging dalam tin, hot dog, yogurt, pemanis tiruan, kacang, jeruk dan kismis)Kurang tidur,Perubahan cuaca dan faktor keturunan

KAEDAH RAWATAN :-

Berusahalah berjumpa dengan doctor kesihatan, usaha dengan memakan ubat ubatan yang dinasihatkan oleh doktor mengikut rawatan secara klinik. Namun dalam kaedah pengubatan Islam ialah dengan berikhtiar dengan berbagai cara iaitu :-

DOA YANG DIBACA

1. Al-Fatihah
2. Selawat Syifa’
3. Al-Hasyr : 21-24
4. Al-Mukminuun : 115-118
5. Tiga Qul
6. Al-Waqiah : 19
7. Doa pilihan

BAHAN-BAHAN RAWATAN

1. Air Zam-Zam atau Air Mineral

2. 3 helai kain putih lebar dua inci sepanjang 3 kaki (boleh ikat kepala)

KAEDAH RAWATAN
Amalan ini elok dijalankan selepas solat Zuhur. Adalah lebih mujarab sekiranya air yang digunakan ialah air zam zam tetapi sekiranya tiada bolehlah digunakan air biasa.

Pegang kepala dengan dua belah tangan dan setiap kali (daripada tujuh kali ) selesai membacanya, picitlah kepala dan apabila tiba kali ketujuh picitlah secara isyarat seolah olah membuang penyakit itu daripada kepala.
Air yang di doakan tadi hendaklah diminum dan disapukan di kepala hingga basah kuyup. Ambil selembar kain putih dan dibasahkan dengan air doa tadi kemudian diikat pada kepala dan berbaringlah dengan selesa hingga kering air di kepala dan sepanjang berbaring itu banyaklah berzikir kepada Allah sebaik baik zikir ialah tasbih Nabi Yunus semasa berada di dalam perut ikan

Hendaklah dibuat tiga hari berturut-turut menggunakan kesemua kain. Jika perlu ulangan maka bawalah bahan yang sama di atas untuk didoakan semula.

As-Syifa’ Iq Insan Melaka
013-2006363

Wednesday, April 28, 2010

AS-SYIFA' : JENIS PENYAKIT : BARAH (CANCER)

MERAWAT BARAH (CANCER) As-Syifa' Iq Insan Melaka

TANDA-TANDA AWAL KANSER

(1) Kanser pangkal rahim - sebarang lelehan atau pendarahan yg luarbiasa, sakit selepas bersenggama dan turun berat badan.

(2) Kanser payudara - bengkak atau gumpalan di buah dada, keluar cairan berdarah dari puting, pembesaran kelenjar di ketiak, kedutan pada kulit di buah dada.

(3) Kanser usus besar - perubahan tabiat membuang air, hilang berat badan, sakit dalam perut dan usus, berlaku pendarahan semasa membuang air.

(4) Kanser paru-paru - batuk kuat berterusan, batuk berdarah, nafas termengah-mengah, sakit dada dan hilang berat badan.

(5) Kanser perut - hilang berat badan, muntah berdarah, sistem pencernaan yg tidak teratur, cepat kenyang walaupun makan sedikit.

(6) Kanser limpa - sakit di bahagian abdomen, hilang selera makan, turun berat badan, kulit dan mata menjadi kuning dan bahagian abdomen membengkak.

(7) Kanser ovari - haid tidak teratur, tumbuhan keras di bahagian abdomen, sakit semasa bersenggama, ketumbuhan bulu rambut yg melampau, suara menjadi lebih mendalam.

(8) Kanser otak - sakit kepala, muntah-muntah, gangguan penglihatan, lemah atau lumpuh, pening/pitam, pelupa, perubahan personaliti.

(9) Kanser prostat - sukar dan sakit semasa kencing yang berpanjangan.

(10) Kanser darah (leukimia) -letih, pucat, mudah lebam dan mudah mendapat jangkitan (infection).

(11) Kanser tekak - suara garau/serak, ada ketumbuhan di tekak, sukar menelan dan kelenjar membengkak di leher.

DOA YANG DIBACA : dikenali sebagai Asas 10

1. Al-Fatihah
2. Disiplin 2 Asas 10
3. Disiplin 3 Asas 10
4. Selawat Syifa’
5. Selawat Tafrijiyyah
6. Selawat Syifa’
7. Ayatul-Kursi : Al-Baqarah : 225-226
8. Al-Hasyr : 21-24
9. Al-Mukminuun : 115-118
10. Tiga Qul (Al-Ikhlas,Al-Falaq dan An-Nas)
11. Al-Baqarah : 60 (sila lihat sakit BARAH)
12. Al-Qalam : 1-2
13. Al-Imran : 26-27
14. As-Shaffaat : 1-10
15. Doa Mengecilkan Bengkak
16. Doa pilihan untuk sembuhkan barah/cencer


BAHAN-BAHAN RAWATAN

1. Air
2. Kangkung Liar (dalam secekak)
3. Kunyit Putih
4. Tambahan (minyak zaiton jika diperlukan)


KAEDAH RAWATAN

Dibacakan Asas 10 dan surah serta doa yang tertentu pada semua bahan di atas. Kangkung liar hendaklah ditumbuk halus dengan dicampur air doa, kemudian hendaklah ditampal dibahagian luar sakit barah. Manakala kunyit putih pula hendaklah direbus sehingga kering separuh air dari bekas, dibuat minum pagi dan malam.


DIET UNTUK MENCEGAH BENJOLAN PADA PAYUDARA

(1) Hindari makanan berlemak dan bergoreng

(2) Hindari makanan ringan yang masam

(3) Kurangkan minum kopi dan minuman bergas

(4) Berhati-hati semasa mengambil ubat selsema ataupun aspirin

(5) Ambil makanan mengandungi vitamin E, B-6, dan evening primrose oil


Suntingan : As-Syifa’ Iq Insan Melaka
013-2006363


Tajuk: TANDA-TANDA AWAL KANSER b(ihsan.halaqah.blogspot)Dikirim oleh: NurWahidaFauzi on 28 May, 2007, 07:50:12 PM

AS-SYIFA' : JENIS PENYAKIT : BATU KARANG (As-Syifa' Iq Insan Melaka)

MERAWAT BATU KARANG

Setiap penyakit ada ubatnya. Berpandukan ilmu yang diturunkan oleh Tok Guru dan sedikit pengalaman merawat beberapa pesakit yang mengidap batu karang maka dicatatkan disini kaedah merawat batu karang ikhtiar As-Syifa’ Iq Insan Melaka. Sesungguhnya masih banyak usaha dan ikhtiar sama ada bersamaan atau berbeza kaedah dan cara rawatannya maka, kesemuanya adalah usaha dan pengharapan setiap yang berhajat untuk sembuh dari penderitaan penyakit yang dilalui.

DOA YANG DIBACA : dikenali sebagai Asas 10

1. Al-Fatihah
2. Disiplin 2 Asas 10
3. Disiplin 3 Asas 10
4. Selawat Syifa’
5. Selawat Tafrijiyyah
6. Selawat Syifa’
7. Ayatul-Kursi : Al-Baqarah : 225-226
8. Al-Hasyr : 21-24
9. Al-Mukminuun : 115-118
10. Doa Menghidar Syaitan
11. Doa pilihan untuk sembuhkan batu karang
12. Al-Baqarah : Ayat 60


Al-Baqarah : 60 : Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air untuk kaumnya, maka Kami berfirman: "Pukullah batu itu dengan tongkatmu", (ia pun memukulnya), lalu terpancutlah dari batu itu dua belas mata air sesungguhnya tiap-tiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing-masing. (Dan Kami berfirman): "Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi".

BAHAN-BAHAN RAWATAN

1. Air
2. Lobak Putih : 3 biji
3. Gula Batu

KAEDAH RAWATAN

Dibacakan Asas 10 dan surah serta doa yang tertentu pada semua bahan di atas. Lobak putih akan dibuat jus serta dicampurkan gula batu. Cara menyediakan dengan membersih lobak dan memotong halus dan dimasukkan dalam blender bersama gula batu dikisar sehingga lumat. Campuran perlu ditapis dan dimasukkan dalam 3 botol untuk tiga biji lobak yang dikisar itu dan diletakkan dalam peti ais. Perlu diminum oleh pesakit selama 3 hari berturut-turut setiap pagi. Maknanya sebiji setiap hari sehingga habis.

Manusia wajib berusaha dan berikhtiar untuk kesembuhan penyakit yang dialami namun kesembuhan milik Allah jua. InsyaAllah akan menolong kepada sesiapa yang berhajat walau ilmu yang ada hanya sedikit tapi tak salah untuk kita sama-sama berikhtiar dan berniat untuk tujuan kebaikan dan yang penting keikhlasan semua perbuatan yang kita lakukan.

As-Syifa’ Iq Insan Melaka
013-2006363

Tuesday, April 27, 2010

HISTERIA : GANGGUAN JIN ATAU MASALAH PSIKOLOGI? Datuk Dr.Amran Kasimin

AS-SYIFA' IQ INSAN MELAKA
Pengalaman bersama rakan dalam usaha memulihkan HISTERIA di SMK Tg.Lumpur Kuantan Pahang dan SMK Paya Pulai Temerloh Pahang amat mengujakan. Bukan menceritakan secara terperinci kronologi rawatan di dua sekolah tersebut, tetapi apa yang didapati kejadian HISTERIA tersebut dapat disimpulkan dengan jawapan yang baik oleh Datuk Dr Amran Kasimin dalam artikel yang disuntingkan ini. Moga mendapat kebaikan pada ilmu melalui artikel ini.

“Histeria berlaku kerana makhluk halus atau jin marah atau berdendam terhadap manusia selepas ia diganggu. Jin memang boleh meresapi manusia dan ada hadis menyokong kenyataan ini,” kata bekas pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang juga pengkaji kebudayaan Islam, Datuk Dr Amran Kasimin.Ikuti ulasan lanjut mereka berhubung fenomena ini yang kini mencemaskan masyarakat, terutama ibu bapa pelajar yang menjadi mangsa, kerana proses pembelajaran anak mereka terjejas berikutan sekolah terbabit terpaksa ditutup sementara waktu untuk menenangkan keadaan.DATUK DR AMRAN KASIMIN
Soalan (S): Bagaimana histeria berlaku dan mengapa?
Jawapan (J): Histeria boleh berlaku atas dua faktor iaitu disebabkan tekanan dan gangguan. Apabila tertekan sama ada di sekolah, tempat kerja, cinta atau pergaduhan, diri hilang pertimbangan dan kerana itu makhluk halus atau jin mudah menguasai diri.Manakala gangguan pula membabitkan kes seperti salah menuntut ilmu persilatan, tarian tradisional, menurun atau orang biasa. Ini gangguan syaitan dan iblis kerana mereka pernah berjanji untuk menyesatkan manusia walau apa cara sekalipun.
S: Kebelakangan ini banyak kes histeria berlaku di sekolah, apa puncanya?
J: Satu sebab jin mengganggu manusia ialah kerana marah atau berdendam selepas ‘kediamannya’ dirampas manusia, contohnya kawasan itu dijadikan sekolah atau bangunan. Sebab itu sekolah baru buka kerap berlaku histeria.Selain itu, mungkin ada pelajar ‘mengganggu’ tempat jin itu seperti membuang air kecil di tempat tidur atau tempat tinggalnya. Ia mungkin dilakukan di kawasan hutan berhampiran sekolah atau belukar yang menjadi kediaman jin. Itu juga boleh menyebabkan kemarahan jin.Boleh jadi juga sebab mereka (jin) diganggu bunyi bising disebabkan ‘kenakalan’ pelajar terbabit sehingga menimbulkan kemarahan. Jika lama terpendam, ia bertukar menjadi dendam dan tiba masanya, jin itu ‘menyerang’ (berlakunya histeria).Namun histeria sebenarnya boleh berlaku kepada sesiapa saja dan tidak kira di mana. Jika jin diganggu, mereka membalas semula. Kes yang banyak berlaku di sekolah sekarang mungkin hanya kebetulan.
S: Bagaimana jin memasuki tubuh manusia dan ke mana tujunya?
J: Jin boleh masuk ke tubuh melalui pelbagai cara, sama ada hidung, mulut, telinga, ibu jari kaki dan tangan. Ia makhluk halus, tidak berjasad dan mudah berbuat demikian.Selepas masuk, ia terus menyerang dan mengawal otak manusia, sekali gus menyebabkan perilaku tidak normal, mengubah personaliti seseorang mengikut jenis jin yang memasuki tubuhnya.Ada yang dirasuk boleh bercakap dalam bahasa Thailand atau Indonesia kerana ia pelbagai jenis dan bangsa, sama seperti manusia.Misalnya, jika jin tua masuk ke badan, mangsa berkelakuan seperti orang tua, bongkok. Perlu diingat, jin ini tidak mati sehingga hari kiamat.
S: Mengikut fahaman Datuk, bagaimana serangan jin boleh menyebabkan histeria ini?
J: Jin menyerang manusia dalam keadaan tak sedar dan sukar dikawal. Serangan memang dahsyat kerana dia memperalatkan tubuh manusia. Ada berlaku, pelajar menggigit jari sampai berdarah kemudian menghirup darah sendiri. Sebenarnya yang menghirup darah itu jin, bukan pelajar. Jin cuma mempergunakan tubuh pelajar tadi.Ada juga mangsa yang boleh berkelakuan luar biasa seperti menumbuk dengan kuat, sedangkan yang dirasuk jin itu adalah wanita.
S: Mengapa apabila berlaku serangan histeria, ia mudah berjangkit kepada orang lain?
J: Memang jin boleh berjangkit selepas menyerang manusia. Ia pantas, malah boleh diibaratkan sama seperti cahaya. Dalam sekelip mata, ia boleh menyerang ramai orang.
S: Bolehkah histeria mendatangkan kemudaratan atau bahaya kepada mangsa, terutama pelajar?
J: Ya... kerana histeria ini menyerang otak dan fikiran manusia. Ia sama dengan simptom dialami orang gila iaitu hilang ingatan.Bezanya, histeria akan pulih jika jin dapat dikeluarkan dari tubuh badan. Tidak seperti penyakit gila yang mungkin berlanjutan jika kerosakan sel otak yang dialami pesakit tidak dapat dirawat.Namun jika histeria itu kerap menyerang seseorang, ia membahayakan diri mangsa, fikiran mungkin ‘dirosakkan’ makhluk berkenaan sehingga menyebabkan gila.
S: Apakah tanda seseorang itu diserang histeria?
J: Tangan menggeletar dan sejuk. Dia juga seperti dalam fantasi, mungkin terdengar bunyi air, desiran angin atau loceng yang sayup kedengaran.Ia boleh dirasai. Selepas jin ada pada tubuh, mangsanya melihat dunia ini gelap, kepalanya bergoyang dan tubuh menggeletar.
S: Adakah benar mangsa yang dirasuk boleh melihat makhluk halus?
J: Ya... tetapi ia berlaku sekali imbas saja dan ia tampil dalam pelbagai rupa dan bentuk menakutkan. Ada juga yang menyerupai objek seperti ular. Jika ada pengakuan menyatakan ia melihat makhluk aneh, ia bukan ilusi tapi memang benar kerana Allah SWT membuka sedikit ruang untuk melihatnya.
S: Mengapa wanita sering jadi sasaran atau mangsa histeria?
J: Wanita lebih sensitif dan dianggap lemah berbanding lelaki. Apatah lagi dalam keadaan tertentu, wanita memang lemah seperti ketika haid, mengandung atau berpantang. Begitupun lelaki juga tidak terkecuali, ada yang kena jika tidak kuat semangat.
S: Bagaimana cara atau kaedah untuk mengelak menjadi mangsa?
J: Berpegang teguh dengan ajaran Allah SWT adalah langkah terbaik. Jin sebenarnya boleh mengetahui kekuatan roh seseorang, sama ada memiliki cahaya (iman) atau tidak. Jika kuat dengan amal ibadat, dia tidak suka mendekati.Namun antara amalan yang boleh dilakukan ialah baca ayat Kursi selain doa. Rasulullah SAW pernah bersabda, “Barang siapa membaca ayat Kursi ketika di tempat pembaringan (tidur), Allah SWT menghantar dua malaikat untuk menjaganya hingga waktu subuh.”
S: Adakah wajar kita membuat perjanjian dengan jin untuk menghindarkan gangguan histeria ini sehingga perlu mematuhi syarat tertentu?
J: Itu tidak boleh. Jika letak syarat, ia menampakkan kita lemah, malah syirik. Memang ada ‘tawar-menawar’, tetapi jangan letak syarat. Dalam satu kes, jin pernah minta tempoh seminggu untuk berpindah dari situ tempat dan tidak salah membenarkan. Barangkali mungkin jin itu hendak berkemas sebelum beredar tetapi selepas seminggu, pastikan mereka tiada.Dalam tempoh itu jin tidak mengganggu lagi, jika adapun sekadar gangguan kecil seperti terdengar orang mandi, suara ganjil atau kelibat seseorang.
S: Benarkah makhluk halus ini boleh dipindahkan beramai-ramai menggunakan kenderaan?
J: Jin boleh diibaratkan pergerakannya sama seperti cahaya, pantas dan laju. Jika kita menggunakan kenderaan untuk memindahkan mereka ke tempat lain yang mengambil masa beberapa jam perjalanan, selepas tiba, mereka kembali semula ke tempat asal hanya dalam beberapa minit atau saat saja, jadi bagaimana? Bagi saya, ini tidak logik dan menyukarkan.
S: Ada pihak ‘memagar’ tempat tertentu seperti sekolah atau bangunan untuk menghalau gangguan makhluk halus, apa pandangan Datuk?
J: Pada saya tidak salah, namun wujud kebimbangan. Malah ada yang memagar dengan bantuan jin juga dan ini bahaya, tidak mustahil jin ini boleh mengganggu tempat itu. Sebaik-baiknya kembali kepada ajaran Islam, gunakan ayat al-Quran.
S: Bagaimana pula kes mereka yang diserang histeria dan selepas dirawat, diserang kembali?
J: Apabila seseorang itu diserang histeria, ‘laluannya’ sudah ada. Sebagai contoh, apabila masuk ke hutan, kita membuat lorong dan jika hendak masuk kali kedua, kita guna lorong sama. Begitu juga dengan jin, namun lorong itu perlu ditutup dengan cara memperbanyakkan amalan.
S: Apakah jenis-jenis jin?
J: Seperti manusia, jin ada pelbagai jenis dan taraf. Ada jantan dan betina; Islam atau kafir. Makanannya nasi, darah, malah ada yang tidak makan. Ada juga terbang di udara dan melata di bumi. Tempat kotor seperti kawasan penyembelihan paling disukai. Makhluk ini tidak mati sehingga hari kiamat dan mereka sudah berjanji untuk menyesatkan manusia walau dengan apa cara sekalipun.
(Diambil dari khazanah Harian Metro.)

TAZKIRAH 3 : As-Syifa' Iq Insan Melaka : 4 MACAM MANUSIA-KITA DARJAT MANA?

Khalil bin Ahmad menyatakan, bahawa darjat manusia terbahagi kepada empat macam, iaitu :

Manusia yang tahu (mengerti) dan dia tahu bahawa ia tahu. Yang demikian ialah manusia yang berilmu, yang boleh dijadikan pemimpin.
Manusia yang tahu, tapi dia tidak tahu bahawa dia tahu. Orang yang demikian sedang tertidur, dan perlu dibangunkan.
Manusia yang tidak tahu, dan dia tahu bahawa dia tidak tahu. Orang yang demikian perlu dibimbing supaya menjadi cerdas.
Manusia yang tidak tahu, dan tidak tahu bahawa dia tidak tahu. Orang yang demikian haruslah dijauhi.

Sunday, April 25, 2010

DOA PELEMBUT HATI : Dapatkan Buku 65 Amalan Pelembut Hati daripada As-Syifa Iq Insan Melaka (013-2006363)

Karangan: Ust.Hanif Hj.Ghazali (Mudir Madrasah Zubaidiyah Merbok Kedah)

Disertakan sebahagian doa pelembut hati terpilih :-

DOA PELEMBUT HATI

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ اصْبِرُواْ وَصَابِرُواْ وَرَابِطُواْ وَاتَّقُواْ اللّهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
Maksud ayat:-
Hai orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran kamu, dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah, supaya kamu berjaya. (Ayat 200 Surah Al Imran)

إِنَّهُ مِن سُلَيْمَانَ وَإِنَّهُ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِأَلَّا تَعْلُوا عَلَيَّ وَأْتُونِي مُسْلِمِينَ
Maksud Ayat :-Sesungguhnya surat itu, dari Sulaiman dan sesungguhnya (isi)nya : 'Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Bahawa janganlah kamu sekelian berlaku sombong terhadapku dan datanglah kepadaku sebagai orang-orang yang berserah diri".(Ayat 30-31 Surah AnNaml)

Ayatnya berbunyi : Alla hu latifum bi'ibadihi, yar zuqumay..ya sha... wahuwal qa wi yul aziz. Tafsirnya: “ِAllah maha lembut tadbirNya (serta melimpah-limpah kebaikan dan belas kasihanNya) kepada hamba-hambaNya; Ia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan yang telah ditetapkan), dan Dialah yang maha kuat, lagi maha kuasa.”

TIP AMALAN HARIAN YANG MUDAH DILAKSANAKAN :-

Amalkan membaca "Ya-Latiff" dan "Ya Wadud"sebanyak 1000 kali kemudian ditiup kepada kepala anak atau pada makanan atau minuman sambil berdoa dan niatkan hajat untuk melembutkan hati anak dan sesiapa jua. Atau untuk dijadikan amalan, setiap selesai doa solat-solat fardhu bacakan "Ya Latiff" dan " Ya Wadud" 100 kali kemudian niat dalam hati berdoa supaya Allah lembutkan hati sifolan bte sifolan.

Terdapat ayat-ayat Al-Quran terpilih, doa-doa terbaik pelembut hati serta cara dan amalan supaya segala usaha yang dibuatmengikut tertib dan moga dimakbulkan oleh Allah S.W.T. segala hajat yang dipohonkan.

Friday, April 23, 2010

DIPLOMA PENGUBATAN ISLAM : PANEL PEMBENTUKAN KURIKULUM DIPLOMA


Laporan bergambar Mesyuarat serta Bengkel anjuran Bahagian Perubatan Tradisional & Komplimentri Kementerian Kesihatan bersama Panel-Panel Pembentukan Kurikulum Diploma Pengubatan Islam. InsyaAllah pengambilan pelajar baru diploma akan dibuat tidak lama lagi. Mewakili Iq Insan yang dijemput bersama memberikan pengalaman ilmu terbaik berkumpul dan duduk bermuzakarah bersama-sama pengamal pengubatan Islam serta alim ulamak terkenal tanahair. Maklumat lanjut akan disertakan kemudian.


Butiran :
1. Mesyuarat Pembentukan beberapa kali di Kementerian Kesihatan Jalan Cenderasari Kuala Lumpur

2. Bengkel 1 di Hotel Empress Sepang Selango selama 3 hari 2 malam

3. Bengkel 2 di Selesa Hillhomes Resort Janda Baik Pahang selama 3 hari 2 malam

4. Mesyuarat Akhir di MQA Petaling Jaya Selangor



Thursday, April 22, 2010

Perbezaan 6 Perkara Mencarik Adat: Mu'jizat,Karamah,Istidraj,Irhas,Ma'unah dan Ihanah (...siri 2)


TG Dato Ismail Kamus
As-Syifa Iq Insan Melaka ...siri 2
Irhas pun bukan kerana mereka tidak akan menjadi Rasul dan Nabi-Nabi. Rasul sudah tidak ada lagi selepas kewafatan Rasulullah s.a.w. (Maksud Irhas iailah sesuatu yang pelik yang berlaku kepada seseorang yang bakal menjadi Rasul)

Ma’unah juga bukan, kerana ia terjadi sekali sekala dan tidak berulang-ulang dan hanya diberi kepada orang yang bertaqwa sahaja.

Ihanah juga bukan kerana ia tidak dipelajari dan boleh juga terjadi kepada seseorang yang fasiq dan kafir dan juga berlaku sekali-sekala sahaja.

Kesimpulannya bahawa apa yang berlaku sekarang terhadap sesetengah orang yang boleh menanggalkan mata, atau mengeluarkan mata seseorang kemudian dibersihkan seterusnya dimasukkan balik matanya semula tanpa dibius atau dibubuh pelali adalah sihir iaitu diistilahkan sebagai ‘istidraj’. Kerana sihir itu adalah sesuatu yang menyalahi adapt yang dipelajari dan berlaku pada tangan orang fasiq, boleh terjadi secara berulang-ulang dan tidak pernah gagal. Oleh itu dinasihatkan pada orang ramai apabila pergi berubat hendaklah berhati-hati supaya tidak terpesona dan terjebak dengan cara yang sedemikian agar supaya aqidah kita tidak terjejas. Apabila berubat dengan tukang sihir bermakna kita meredhai perbuatan mereka yang berdosa itu.

Sabda Rasulullah s.a.w.: Maksudnya; Jauhilah dari tujuh perkara yang membinasakan, syirik kepada Allah dan sihir………

Melakukan perbuatan sihir atau menyokong perbuatan mereka itu samalah juga kita berubat dengan orang yang ‘menurun’ iaitu menggunakan khidmat jin yang memasuki ke dalam badan seseorang. Kemudian ia mengubati orang dengan cara bercakap dengan jin yang meresap ke dalam jasadnya dan mengaku sebagai wali dan sebagainya. Ini juga adalah suatu cara di mana jin cuba merosakkan aqidah seseorang itu.

(Petikan dari buku Jin : Hakikat & Pengubatannya)

Wednesday, April 21, 2010

Perbezaan 6 Perkara Mencarik Adat: Mu'jizat,Karamah,Istidraj,Irhas,Ma'unah dan Ihanah


Tuan GuruKu Dato' Ismail Kamus (siri 1) : As-Syifa' Iq Insan Melaka

Perkara-perkara yang mencarik adat ada enam perkara iaitu:-

1. Mu'jizat
2. Karamah
3. Istidraj
4. Irhas
5. Ma'unah
6. Ihanah

Huraian:-

1. Mu'jizat
Ia adalah sesuatu yang mencarik atau menyalahi adat yang disertai dengan cabaran yang dikurniakan Allah kepada para Rasul a.s dan Anbia (nabi-Nabi) sesuai dengan dakwahnya, bagi membuktikan kebenaran risalah Tauhid (agama Allah)

2. Karamah
Ia adalah sesuatu yang menyalahi adat yang dilahirkan oleh Allah kepada para wali.
3. Istidraj
Iaitu yang menyalahi adat yang lahir ditangan orang fasiq dan kafir yang biasanya berlaku pada tukang sihir. Terjadinya perkara yang menyalahi adat itu berulang-ulang dan ilmu itu dipelajari.

4. Irhas
Iaitu yang menyalahi adat yang lahir atau berlaku pada para Nabi yang belum diutus sebagai Rasul. Umpamanya Nabi kita Muhammad S.A.W. yang dilindungi oleh awan di Mekah dalam perjalanan, sebelum baginda diutus menjadi Rasul.

5. Ma'unah
Sesuatu yang menyalahi adat yang dilahirkan oleh Allah kepada seseorang atau orang ramai ketika menghadapi kesusahan, dan contohnya amat banyak diantaranya turun Malaikat semasa peperangan Badar untuk membantu kaum muslimin.
6. Ihanah
Sesuatu yang menyalahi adat yang berlaku pada tangan orang fasiq untuk menambahkan kefasiqan mereka sebagaimana yang berlaku pada Musailamah Al-Kazzab. Beliau meludah pada mata seseorang yang juling sehingga sembuh.

Didalam masyarakat kita, hari ini pun tidak terkecuali di mana terdapatnya mereka yang melakukan berbagai-bagai perkara yang menyalahi adat umpamanya boleh melakukan pembedahan perut dan pemindahan organ tanpa menggunakan ubat bius atau pelali, atau apa sahaja yang boleh dianggap luar biasa. Inilah yang dikatakan sihir. Dewasa ini tidak ada lagi mu'jizat kerana tidak wujud seorang Rasul ataupun Nabi. Karamah pun bukan kerana ia adalah anugerah Allah kepada para wali disebabkan mereka begitu hampir kepada Allah.

...bersambung ke siri 2

Tuesday, April 20, 2010

Bersahabat Dengan Jin Boleh Mengundang Syirik

AS-SYIFA' IQ INSAN MELAKA

“Dan bahawa sesungguhnya adalah (amat salah) perbuatan beberapa orang daripada manusia menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin, kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat.” (Al-Jinn: 6)

Bagi membicarakan tentang jin, iaitu sejenis makhluk ciptaan Allah, dan kaitannya dengan manusia, wartawan MOHD. RADZI MOHD. ZIN dan jurufoto HAYAT SUEET menemu bual bekas pensyarah Jabatan al-Quran dan Sunah, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Dr. Abdul Hayei Abdul Sukor.

Bolehkah anda jelaskan tentang kewujudan jin dalam alam ini. Adakah ia memang ada atau hanya mitos?
DR. HAYEI: Jin ini memang wujud. Cuma alam hidup mereka berbeza dengan alam manusia. Kita tidak boleh melihat mereka dengan mata kasar tetapi mereka boleh melihat kita. Sejarah kewujudan jin ini pernah berlaku sekembalinya Rasulullah s.a.w. dari Taif selepas hampa kerana kerja dakwahnya ditolak oleh penduduk Bani Thaqif di situ. Bukan itu sahaja, malah kanak-kanak di situ diupah supaya melontar batu ke arah Nabi Muhammad.
Dalam perjalanan pulang, baginda berhenti solat di satu tempat sambil membaca surah Jinn. Peristiwa itu kemudiannya membawa kepada pengislaman kumpulan jin berkenaan yang asyik mendengar Nabi membaca al-Quran. Sebab itu, sehingga kini ada Masjid Jin di Mekah sebagai mengenang peristiwa tersebut. Ini juga bererti terdapat jin Islam dan jin kafir.

Bolehkah manusia menjalin hubungan dengan jin?
DR. HAYEI: Hubungan jin dan manusia ini kalau pun boleh ia adalah amat sukar kerana manusia dan jin tidak serasi. Manusia diciptakan daripada tanah sedangkan jin daripada api. Malah tabiat dan amalannya juga jauh berbeza. Walaupun ada jin Islam, ia mungkin Islam dari segi akidah tauhid tetapi dari segi tingkah laku, makan minum dan rupanya ia amat jauh berbeza dengan manusia. Jin ini walaupun Islam, tabiatnya adalah jahat. Makhluk ini tidak tahu budaya manusia dan perbuatan seperti memindahkan manusia dari rumah ke hutan, misalnya, adalah biasa dilakukan oleh jin dan ia tidak dianggap salah. Hubungan dengan jin boleh berlaku melalui beberapa amalan khurafat oleh golongan yang berkehendakkan bersahabat dengan jin. Antara amalan tersebut adalah menjamu pulut semangat, tepung tawar, puja pantai dan puja semangat padi. Satu lagi unsur penting yang terlibat dalam proses ini adalah pemujaan termasuk menyembelih binatang dengan bacaan mentera tertentu.
Golongan ini mempercayai jin boleh berbuat sesuatu yang mustahil, mengetahui segala perkara sedangkan apa yang mereka minta itu di luar keupayaan jin. Ini sebenarnya menambahkan lagi kesusahan kepada manusia selain menyesatkan daripada jalan yang benar dan terpesong daripada hidayat. Kalau kita boleh berinteraksi dengan jin pun, kita ragu entah betul atau tidak apa yang disampaikannya. Bahasa yang digunakan juga mungkin berbeza dengan percakapan harian kita.

Ada golongan yang memberi alasan membela jin ini sebagaimana hubungan Nabi Sulaiman dengan jin. Benarkah?
DR. HAYEI: Membela jin dengan menjadikannya sahabat atau teman rapat kerana ingin mendapatkan sesuatu daripadanya adalah salah dalam Islam. Apa yang berlaku pada zaman Nabi Sulaiman itu telah diwahyukan Allah kepadanya di mana dengan menggunakan khidmat jin, beliau memindahkan istana Puteri Balqis. Kita tidak boleh menerimanya kerana Nabi Sulaiman tidak meninggalkan syariatnya sebagaimana yang ditinggalkan oleh Nabi Muhammad.
Islam melarang bersahabat dengan jin walaupun untuk mendapat maklumat atau menggunakan khidmatnya untuk masyarakat. Perkara ini boleh berlaku tetapi ia masih memerlukan kepada aspek pemujaan sebagai penghubung untuk memanggil jin-jin. Jin pun ada nafsu yang mahu dirinya dipuja. Proses interaksi ini juga bukan semudah yang disangka dan kaedah pemujaan beginilah yang dibimbangi oleh membawa kepada syirik. Apabila kita memuja jin, mereka akan menjadi lebih sombong dengan kesesatannya lebih-lebih lagi apabila sampai ke tahap jin disembah sebagai Tuhan kerana manusia mencari perlindungan daripada mereka.
Kegiatan pawang, ahli nujum dan sesetengah bomoh jin yang mengubati pesakit melalui jin adalah sebahagian amalan yang menyusah dan menyesatkan hidup manusia sendiri. Malah perbuatan bertenung nasib itu adalah salah satu dosa besar dalam agama. Saya tidak nafikan ada juga bomoh yang betul tetapi jin selalunya akan berbohong terutama apabila gagal menunaikan permintaan manusia.

Bolehkah jin memperlihatkan dirinya kepada manusia?
DR. HAYEI: Kalau ada cubaan bertemu ia mungkin dibuat dalam bentuk jelmaan sama ada dalam badan manusia atau haiwan seperti kucing hitam, ular hitam dan anjing hitam. Tujuannya adalah untuk membolehkan interaksi dengan manusia yang memujanya. Namun, penjelmaan terutama dalam badan manusia ini jarang berlaku kerana bimbang ia menerima kesan-kesan atau bekas seperti manusia. Ini kerana kalau dipukul atau dibunuh makhluk ini juga akan mati. Sebab itu jika kita memukul ular di dalam rumah pastikan ular itu dipukul sehingga mati. Jika tidak ia mungkin mengganggu kita kerana dia sakit.

Bagaimana untuk mengelakkan diri daripada terperangkap dalam situasi menggunakan khidmat jin terutama dalam upacara perubatan tradisional?
DR. HAYEI: Memanglah, bagi pesakit, ikhtiar mereka itu bertujuan menyembuhkan penyakit. Kadangkala mereka tidak tahu pun soal perhubungan bomoh dengan jin atau sama ada proses perubatan itu boleh membawa kepada syirik dan sebagainya. Antara amalan yang sering dikaitkan dengan pemujaan jin adalah membakar kemenyan dan penggunaan asam limau.
Jin sangat suka orang membakar kemenyan kerana mereka juga dibuat daripada api. Tambahan pula jika kemenyan itu telah dijampi. Antara tanda-tanda wujudnya pemujaan adalah membakar kemenyan pada waktu Maghrib, pemujaan pada besi berpalang, penggunaan darah, warna hitam. Bagaimanapun, pembakaran kemenyan di sisi mayat dibolehkan kerana ia bertujuan menghindarkan bau busuk.

Adakah amalan tertentu dalam Islam yang boleh menghindarkan gangguan jin?
DR. HAYEI: Antara amalan paling utama adalah berdoa memohon perlindungan dan keselamatan Allah daripada gangguan jin dan makhluk halus yang lain. Selain itu, amalkan membaca ayat kursi secara istiqamah. Lokasi kesukaan jin adalah kawasan tandas, stor, bawah katil dan tempat-tempat yang agak bersepah.
Membaca surah Al-Baqarah juga boleh menghindarkan gangguan jin dan syaitan. Lebih-lebih lagi apabila kita memasuki rumah baru atau berpindah ke rumah yang lama ditinggalkan tanpa penghuni. Apabila membaca surah ini, jin akan berasa terganggu dan insya-Allah berpindah ke tempat lain.

Apakah boleh kita menyaksikan Pameran Misteri Jin, Hantu dan Keranda di Muzium Shah Alam?
DR. HAYEI: Menyaksikan pameran itu dibolehkan kerana apa yang dipamerkan adalah gambaran kepada alam jin dan tidak ada kaitan dengan jin. Lainlah jika kita membawa jin melalui aktiviti pemujaan. Pameran itu lebih kepada yang dikhayalkan sebagai jin, oleh itu tiada halangan untuk menontonnya

Penulis: Wartawan MOHD. RADZI MOHD. ZIN Penerbitan asal: Utusan Malaysia 18 Julai 2006 url artikel: http://grenbara.bravejournal.com/entry/19011

Monday, April 19, 2010

AS-SYIFA' IQ INSAN MELAKA : Ayat-Ayat Ruqyah Umum

Ayat-Ayat Ruqyah Umum


1.Surah Al-Fatihah ( ayat 1-7 )

2.Surah Al-Baqarah ( ayat 1-5 )

3.Surah Al-Baqarah ( ayat 102 )

4.Surah Al-Baqarah ( ayat 163-164 )

5.Surah Al-Baqarah ( ayat 255 )

6.Surah Al-Baqarah ( ayat 285-286 )

7.Surah Al-'Imran ( ayat 18-19 )

8.Surah Al-A'raf ( ayat 54-56 )

9.Surah Al-A'raf ( ayat 117-122 )

10.Surah Al-A'raf ( ayat 120 )

11.Surah Yunus ( ayat 81-82 )

12. Surah Thaha ( ayat 69 )

13. Surah Al-Mukminin ( ayat 115-118 )

14. Surah As-Shaffat ( ayat 1-10 )

15. Surah Al-Ahqaf ( ayat 29-32 )

16. Surah Ar-Rahman ( ayat 33-36 )

17. Surah Al-Hasyr ( ayat 21-24 )

18. Surah Al-Jin ( ayat 1-9 )

19. Surah A1-Ikhlas ( ayat 1-4 )

20. Surah Al-Falaq ( ayat 1-5 )

21. Surah An-Nas ( ayat 1-6 )

...dan banyak lagi ayat-ayat lain yang boleh dirujuki

Sunday, April 18, 2010

TAZKIRAH 2 (AS-SYIFA IQ INSAN MELAKA:013-2006363)

3 SOALAN.
Ada seorang pemuda yang lama sekolah di negeri Syam kembali ke tanah air. Sesampainya di rumah ia meminta kepada orang tuanya untuk mencari seorang Guru agama, siapapun yang boleh menjawab 3 pertanyaannya.
Akhirnya Orang tua pemuda itu mendapatkan orang tersebut.“Anda siapa? Dan apakah boleh anda menjawab pertanyaan-pertanyaan saya?” Pemuda bertanya. “Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan saudara.” Jawab Guru Agama. “Anda yakin? sedang Profesor dan banyak orang pintar saja tidak mampu menjawab pertanyaan saya.” Jawab Guru Agama “Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya”
Pemuda : “Saya punya 3 pertanyaan
1. Kalau memang Tuhan itu ada, tunjukan kewujudan Tuhan kepada saya
2. Apakah yang dinamakan takdir
3. Kalau syaitan diciptakan dari api kenapa dimasukan ke neraka yang dibuat dari api, tentu tidak menyakitkan buat syaitan, sebab mereka memiliki unsur yang sama.Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu?”
Tiba-tiba Guru Agama tersebut menampar pipi si Pemuda dengan keras. Sambil menahan kesakitan pemuda berkata “Kenapa anda marah kepada saya?” Jawab Guru Agama “Saya tidak marah… Tamparan itu adalah jawapan saya atas 3 pertanyaan yang anda ajukan kepada saya”.“Saya sungguh-sungguh tidak faham”, kata pemuda itu.
Guru Agama bertanya “Bagaimana rasanya tamparan saya?”. “Tentu saja saya merasakan sakit”, jawab beliau. Guru Agama bertanya ” Jadi anda percaya bahawa sakit itu ada?”. Pemuda itu mengangguk tanda percaya. Guru Agama bertanya lagi, “Tunjukan pada saya wujud sakit itu!” “ Tak boleh”, jawap pemuda. “Itulah jawapan pertanyaan pertama: kita semua merasakan kewujudan Tuhan tanpa mampu melihat wujudnya.” Terang Guru Agama.
Guru Agama bertanya lagi, “Apakah tadi malam anda bermimpi akan ditampar oleh saya?”. “Tidak” jawab pemuda. “Apakah pernah terfikir oleh anda akan menerima sebuah tamparan dari saya hari ini?” “Tidak” jawab pemuda. “Itulah yang dinamakan Takdir” Terang Guru Agama.
Guru Agama bertanya lagi, “Diperbuat dari apa tangan yang saya gunakan untuk menampar anda?”. “kulit”. Jawab pemuda. “Pipi anda diperbuat dari apa?” “ Kulit “ Jawab pemuda. “Bagaimana rasanya tamparan saya?”. “Sakit.” Jawab pemuda.“Walaupun Syaitan terbuat dari api dan Neraka terbuat dari api, jika Tuhan berkehendak maka Neraka akan menjadi tempat menyakitkan untuk syaitan.” Terang Guru Agama.
(Blog Ustaz Hanafi Rahman Fesfaanji)

Thursday, April 15, 2010

TAZKIRAH (As-Syifa' Iq Insan Melaka)

BICARA IMAM GHAZALI

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya :

Soalan pertama
Imam Ghazali : Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?
Murid 1 : Orang tua
Murid 2 : Guru
Murid 3 : Teman
Murid 4 : Kaum kerabat
Imam Ghazali :Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita
ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran:185).

Soalan kedua
Imam Ghazali : Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?
Murid 1 : Negeri Cina
Murid 2 : Bulan
Murid 3 : Matahari
Murid 4 : Bintang-bintang
Iman Ghazali : Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, teta! p kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.

Soalan ketiga
Iman Ghazali : Apa yang paling besar didunia ini ?
Murid 1 : Gunung
Murid 2 : Matahari
Murid 3 : Bumi
Imam Ghazali : Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.

Soalan keempat
Imam Ghazali : Apa yang paling berat didunia ?
Murid 1 : Baja
Murid 2 : Besi
Murid 3 : Gajah
Imam Ghazali : Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah(pemimpin) di duni! a ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.'

Soalan kelima
Imam Ghazali : Apa yang paling ringan di dunia ini ?
Murid 1 : Kapas
Murid 2 : Angin
Murid 3 : Debu
Murid 4 : Daun-daun
Imam Ghazali : Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat '

Soalan keenam
Imam Ghazali : Apa yang paling tajam sekali didunia ini ?
Murid- Murid dengan serentak menjawab : Pedang
Imam Ghazali : Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri"

(kiriman blog ustaz hanafi rahman fesfaanji :Labels: Tazkirah)

Wednesday, April 14, 2010

KERTAS KERJA Y.BHG. DATO' DR HARON DIN (...siri AKHIR)

CABARAN DAN KEPALSUAN

Banyak cabaran yang mendepani sistem rawatan Islam dari dahulu sehingga kini, sama dengan Islam itu sendiri terpaksa berhadapan dengan cabaran dari segenap penjuru, sepertimana firman Allah s.w.t. dalam surat Al Baqarah ayat 120 yang bermaksud:

“ Dan tidak akan redha orang-orang Yahudi dan Nasrani dengan kamu sehingga kamu menurut telunjuk mereka ( memeluk agama mereka). Katakanlah kepada mereka sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk yang sebenar dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah keterangan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong mereka”

Islam itu dicemuh oleh musuhnya, bukan kerana mereka tidak mengetahui ianya benar, akan tetapi kerana iri hati dan degil atas sikap buruk musuh-musuh, menolak dengan angkoh sesuatu yang benar.

Allah menceritakan hal mereka seperti didalam ayat 146-147 surah al Baqarah :

Orang-orang Yahudi dan Nasarani yang telah kami turunkan al kitab (Taurat dan Injil) kepada mereka amat mengenali (Nabi) Muhammad seperti mana mereka mengenali anak-anak mereka sendiri dan sesungguhnya sebahagian diantara mereka menyembunyikan kebenaran padahal mereka mengetahui”

Kebenaran (alhaq) itu adalah dari Tuhanmu kerana itu jangan sekali-kali kamu termasuk kedalam golongan orang yang ragu.”

Di zaman ini Islam diperangi dalam berbagai-bagai bentuk dan cara. Media dipergunakan untuk memerangi Islam. Fitnah demi fitnah ditaburkan untuk memburuk-burukkan Islam. Umat Islam dikatakan militant, ganas mengganas, bunuh membunuh, yang buruk-buruk diletakkan keatas Islam dan umatnya. Sehingga umat Islam diperangai dibunuh di usir dari tanahair mereka

Demikian itulah rawatan Islam, terpaksa berhadapan dengan berbagai-bagi cabaran. Sehingga nama rawatan Islam itu sendiri tidak ada dalam senarai rawatan penyakit. Seperti yang disebut diawal-awal tadi. Jangan hendak dikatakan pengiktirafan terhadap rawatan Islam, menyebut namanya pun tidak dilakukan.

Mutakhir ini, satu lagi apisod sedemikian berlaku yang merupakan suatu cabaran. Kementerian Kesihatan Malaysia telah menubuhkan satu bahagian dalam kementerian atas nama : Sebahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari Kementerian Kesihatan Malaysia.

Bahagian itu telah menghubungi saya dan telah berlaku beberapa pertemuan dan perbincangan serius baik di Bangi mahupun di Kementerian. Malah saya telah diminta menyediakan kertas kerja untuk suatu Seminar Perubatan atas tajuk Konsep dan amalan dalam perubatan Islam. Kertas itu telah dibentangkan di Kementerian tersebut dan diterima dengan baik.

Pada mulanya Kementerian Kesihatan menerusi bahagian perubatan tradisional itu amat berminat hendak menyenaraikan rawatan Islam menjadi salah satu jenis rawatan didalam bahagian tersebut.

Kesudahannya perubatan Islam tidak disenaraikan sebagai suatu kaedah rawatan tersendiri. Kementerian memutuskan ada tujuh (7) badan pengamal perubatan untuk mewakili ahli masing-masing yang diikhtiraf. Dalam tujuh itu tidak ada rawatan Islam secara tersendiri

Salah satu dari tujuh yang di ikhtiraf itu ialah PUTRAMAS, Putramas adalah sebuah badan perubatan yang mewakili pengamal-pengamal pengubatan Melayu dan juga kaum peribumi Sabah Sarawak. Persatuan Kebajikan dan Pengubatan Islam Malaysia (PKPIM) yang selama ini menaja dan mempromosikan rawatan Islam, telah diminta oleh kementerian, bernaung dibawah PUTRAMAS. Dengannya rawatan Islam menjadi satu cabang dari cabang-cabang rawatan tradisional Melayu dan kaum pribumi.

Surat kementerin kepada kami (PKPIM)
Bil (6) dlm. KKM/207/02/14-9.7.2008 atas tajuk

Pengubatan Islam dalam satu cabang perubatan tradisional dan kontemporari

Adalah jelas sejelas-jelasnya

Kami memohon dan mendesak agar rawatan Islam dijadikan satu badan khusus tersendiri yang tidak diletakkan dibawah mana-mana perubatan. Apatahla lagi perubatan tradisional Melayu. Rawatan Islam adalah tersendiri dengan asas dan konsep yang kukuh seperti yang dibentangkan diawal-awal tadi.

Malang bagi rawatan Islam, kami diberi jawapan setelah membantah dan mengemukakan tujuh alasan jitu mengapa rawatan Islam perlu bersendiri. Kementerian menjawab :

“ Buat masa ini Kementerian (Kesihatan) tidak bercadang untuk meningkatkan bilangan badan pengamal. Masa kini pengubatan Islam dikelompok bersama dengan perubatan tradisional Melayu yang juga merangkumi amalan-amala oleh kaum pribumi”





Kepalsuan dapat dilihat dari tanggapan umat Islam itu sendiri yang melihat perubatan Islam itu tarafnya lebih rendah daripada rawatan tradisional melayu dan amalan pribumi Sabah dan Sarawak. Setidak-tidaknya dianggap rawatan Islam itu tidak layak menjadi sistem tersendiri. Yang layak hanya diletak dibawah rawatan tradisional.

Yang ketara pada kita rawatan Islam adalah bersumberkan wahyu dan amat dilarang didalam perubatannya perkara yang berlawanan dengan syarak. Sumber utama rawatan adalah Al Quran dan As Sunnah. Sedangkan keseluruhan rawatan tradisional Melayu dan pribumi bersumberkan apa?

Didalam rawatan tradisional apa pun, sumbernya adalah manusia itu sendiri. Kepandaian dan kebolehan yang didapati dari pengamalan yang terbatas. Terdapat didalam rawatan itu sebahagiannya amalan-amalan yang bercanggah dengan Islam seperti amalan syihir, nujum, tilik-menilik, tuduh-menuduh (orang itu buat), tangkal menangkal, azimat, menurun, khadam, bersahabat dengan syaitan, pukau memukau dan berbagai yang dilarang oleh Islam.

Kalau itulah hakikatnya maka bagaimana boleh rawatan Islam digolongkan kedalam golongan itu dan disamakan dengan semuanya. Malah diletak semuanya itu sebagai induk dan rawatan Islam tidak lebih dari hanya satu cabang daripadanya sahaja.

Banyak pengamal rawatan di Malaysia khususnya yang mendakwa mereka beramal dengan amalan rawatan Islam atau di kenali sebagai perubatan Islam, akan tetapi mereka tidak terlatih dengan betul sebagai perawat Islam. Malah berlaku campur aduk antara rawatan Islam dengan yang bertentangan dengan Islam. Itulah yang menimbulkan masalah tercemarnya nama baik Islam itu sendiri.

Untuk mudah mengenali perubatan Islam yang sebenar dari yang palsu, Ulamak terdahulu hingga kini telah menetapkan bahawa keharusan mengubati penyakit dengan menggunakan kaedah Ruqyah mestilah memenuhi tiga (3) syarat utama :

1. Mambaca doa atau menjampi hendaklah dengan ayat-ayat al Quran yang betul bacaannya atau hadith-hadith nabi atau doa-doa yang makthur dan sahih.

2. Boleh menggunakan jampi dengan apa bahasa pun akan tetapi hendaklah difahami makna. Tidak bercanggah dengan hukum syarak.

3. Mestilah pengamalnya beri’tikad yang bulat bahawa penyembuh sebenarnya hanya Allah s.w.t sahaja.

Tiga syarat tersebut telah menjadi Ijmak Ulamak mengharuskan perubatan Islam melalui kaedah ruqyah. Sebarang penyelewengan dari tiga tersebut akan terkeluar dari rawatan Islam

PENUTUP

Perubatan Islam adalah manifestasi dari system rawatan rabbani yang berteraskan Al-Quran dan As-Sunnah. Ianya meliputi segala bidang rawatan yang dapat dikembangkan oleh manusia muslim demi mengharapkan redho Allah. Ianya suatu ibadah.

Allah menjadikan penyakit dan dia juga menjadikan untuknya ubat. Manusia disarankan berusaha mencari ubat, apabila sesuai ubat dengan penyakit untuk sembuh maka disembuhkanlah oleh Allah. Adapun metodnya terserahlah kepada kebijaksanaan mereka dengan berpandukan petunjuk Allah.

Terlalu banyak ikhtiar menyembuhkan penyakit. Salah satu cabangnya menggunakan ayat-ayat Al-Quran atau doa-doa disamping bahan-bahan pengubatan yang diketahui kemujarabannya dari penelitian dan penyelidikan yang dijalankan.

Islam menggalakkan penyelidikan-penyelidikan dan pengubatannya, terutama penyakit-penyakit kerohanian yang jauh tertinggal di belakang berbanding dengan kejasmanian. Contoh yang boleh dilihat di serata dunia pada hari ini terutama di barat; hospital-hospital dan klinik-klinik rawatan adalah tertumpu kepada penyakit-penyakit fizikal. Penyakit-penyakit kerohanian kurang mendapat perhatian.

Darussyifa’ Bandar Baru Bangi dan seluruh cawangannya di beberapa buah negeri di Malaysia sentiasa menerima pengunjung yang sentiasa bertambah, terutamanya yang bermasalah spiritual. Majoriti pesakit yang datang ialah pesakit kronik yang memerlukan rawatan secara kerohanian. Oleh sebab itu rawatan secara ruqyah didapati berkesan dan dapat membantu pesakit-pesakit berkenaan,

Wallahu aklamu bissawaab

HARON DIN
DARUSSYIFA’
BDR BARU BANGI SELANGOR
November 2008

Kertas Kerja ini telah dibentangkan oleh YBhg.Tuan Guru Dato’ Dr.Haron Din Dalam Seminar Rawatan Islam pada 16 Disember 2008 bertempat di Dewan Kuliah Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Anjuran IQ INSAN TRAINING & CONSULTANCY.

Tuesday, April 13, 2010

KERTAS KERJA Y.BHG. DATO' DR HARON DIN (...siri 4)


SIHIR DAN PENGUBATANNYA

Sihir wujud dan telah lama bertapak di alam manusia. Ianya amat terkenal pada zaman Nabi Musa (a.s) dan terus wujud hingga ke zaman Nabi Muhammad (S.A.W). Seorang ahli sihir Yahudi bernama Labeed bin Aksam telah cuba mensihirkan Nabi, lalu Jibrail turun mengubatinya dengan menggunakan RUQYAH.

Al-Quranulkarim menceritakan perihal sihir dalam surah Al_Baqarah :102 yang bermaksud:
“Akan tetapi sebenarnya syaitanlah yang kufur kepada Allah, merekalah yang mengajar manusia ilmu sihir”

Manusia-manusia itu mempelajari ilmu sihir yang akan memudaratkan mereka dan tidak mendapat apapun manfaatnya ” . Keseluruhan AL-Quran didapati tidak kurang daripada 27 Surah yang membicarakan sihir, melibatkan 57 ayat Allah menceritakan segala hal mengenai sihir dan pengubatannya.

Ulamak-ulamak terdahulu seperti Al-Faraabi, Al-Kindi, Al- Ghazali, Ibnu Sina, Ibnu Rushd, Fahru Razi, Ibnu Kasir, Al-Alusi, Ibnu Khaldun dan lain-lain lagi telah banyak mengulas perihal sihir dalam karya-karya mereka.

Keseluruhan mereka telah mengertikan sihir itu dengan pendekatan masing-masing, bolehlah disimpulkan seperti berikut :

Sihir adalah suatu ilmu untuk melakukan kerja jahat secara tersembunyi dengan menggunakan perantara makhluk halus yang jahat bertujuan jahat, untuk mengganggu akal mangsa, atau rohnya, atau jasmaninya, atau semuanya, bagi tujuan memporak-porandakannya dan menghapuskannya.

Ibnu Sina amat mengenali permasalahan sihir dan telah menulis sebuah kitab mengenainya yang diberi judul “ Rasaail As-Sihri” yang bererti “ suratan-suratan tentang sihir”.

Oleh kerana ilmu sihir ini ialah ilmu jahat, Islam amat melarang umatnya daripada mempelajari sihir, mengamal sihir dan mendekati ahli sihir. Jika disabitkan seorang itu ahli sihir maka hukuman ke atasnya adalah bunuh.

Untuk menjaga diri dari sihir dan merawatinya, Rasullullah (S.A.W) mengesyorkan bacaan beberapa ayat Al-Quran dan Zikir khusus untuk berlindung dan berserah diri kepada Allah.

Antara ayat-ayat RUQYAH yang disarankan untuk di amalkan bagi tujuan pengubatan adalah seperti berikut :

1. Surah Al-Fatihah

2. Surah Al-ikhlas, Surah Al-Alaq, Surah An-Nas.

3. Ayatul Kursi

4. Sebelas ayat dari Surah Al-Baqarah (1,2,3,4,5) (255,256,257)
(284,285,286)

5. At-Taubah 14.

6. As-Syuaara’ 80

7. Yunus 57

8. An-Nahl 69

9. Al-Isra’ 82

10. Fussilat 44

11. Al-Mukminun 115,116,117 dan 118

12. Al-Hasyr 21,22,23,dan 24

Dan lain-lain lagi

...bersambung ke (siri 5)

KERTAS KERJA : Y.BHG UST MOKHTAR KASAN (Pakar Pengubatan Santau Darussyifa')

SANTAU



KURSUS RAWATAN SANTAU.
Anjuran : IQ INSAN TRAINING & CONSULTANCY


B. APA ITU SANTAU

KONBINASI DARI 3 PERKARA:

· RAMUAN
· SIHIR
· MAKHLUK HALUS

SANTAU TERDIRI DARI BEBERAPA JENIS. SEBAHAGIAN DARINYA

· SANTAU ANGIN
· SANTAU TUJU
· SANTAU MAKAN DAN MINUM
· SANTAU LANGKAH

C. TUJUAN MEMBUAT

· AMALAN DIRI
· PERTAHANKAN DIRI
· MEMBALAS DENDAM
· KEBANGGAAN UNTUK DI HORMATI ATAU DITAKUTI

D. RAMUAN SANTAU

· AIR ULAT SINTUK ATAU ULAT GONGGOK YANG BERWARNA KEHITAM-HITAMAN
· SEGALA JENIS MIANG TERMASUK MIANG BULUH
· SUMBU PELITA MINYAK TANAH
· HEMPEDU KATAK PURU
· KACA BOTOL ATAU KACA LAMPU
· KUKU
· RAMBUT
· TALI SABUT
· BISA BINATANG SEPERTI ULAR, LIPAN, KALA JENGKING
· KACANG BABI
· TEMBIKAR YANG LAMA
· BARANG YANG KOTOR
· TULANG BINATANG YANG MATI BERANGAN
· BARANG YANG GATAL-GATAL
· SABUT PADA BATANG POKOK ENAU
· LIPAS . DAN LAIN-LAIN

E. TANDA TERKENA SANTAU

· BATUK
· MUNTAH DARAH
· RASA TERCUCUK DALAM BADAN SEPERTI ADA JARUM
· DEMAM PANAS
· SAKIT KEPALA
· LEMAH SENDI DAN ANGGOTA BADAN
· TIADA SELERA MAKAN
· BADAN SUSUT
· SUKAR TIDUR MALAM
· KERAP MENGANTUK
· GATAL-GATAL BADAN
· PEMARAH
· PELUPA
· RESDONG
· BARAH
· KAYAP
· LUMPUH
· GILA
· LEMAH TENAGA BATIN
· KUDIS
· PENYEDIH
· PENAKUT
· HILANG KEYAKINAN
· PEMBENCI
· PEMALAS
· FIKIRAN TIDAK TENTERAM
· SUKA BERSENDIRIAN
· SAKIT PERUT SAKIT BELAKANG
· DAN LAIN-LAIN

F. KESAN DARI TERKENA ( AKIBATNYA )

· MEROSAKAN ROHANI DAN JASMANI
( RASA TAK TENTERAM )
· MEROSAKAN RUMAH TANGGA
· MEROSAKAN ORGAN-ORGAN DALAMAN
· MEROSAKAN FIKIRAN

G. CARA MERAWAT (KELUARKAN & DOA & MAKAN UBAT )

· TEPOK DI BELAKANG
( KEADAAN SEPERTI MERANGKAK )
· DOA PADA PESAKIT, AIR DAN BAHAN UBAT
· MERAWAT MENGIKUT KEADAAN PESAKIT

· DOA : -
v AL-FATIHAH
v SALAWAT SYIFA
v SURAH MARIAM AYAT 17
v BISMILLAH 5
v LAU ANZALNA
v AYAT KURSI
· DOA YANG LAIN-LAIN


H. PESAKIT YANG TAK BOLEH DIRAWAT ( SECARA TEPOK )

. MUNTAH DARAH BERTERUSAN
· WANITA BERBADAN DUA MELEBIHI 3 BULAN
· PESAKIT TERSANGAT UZUR
· PESAKIT MENGALAMI GANGGUAN ( HISTERIA )
· PESAKIT YANG TERSANGAT LAPAR, LETIH DAN MENGANTUK

I. ALAT –ALAT UNTUK RAWATAN

· DAUN NANGKA
· LAMPU SULUH
· KERTAS ALAS ( KERTAS TADAHAN & LAPIKNYA)
· SEPIT RAMBUT
· CERMIN KANTA
· GETAH GELANG
· BANTAL
· PISAU

J. BERPANTANG MAKAN ( TAK BOLEH MAKAN LANGSUNG )

· LIMAU ( SEMUA JENIS LIMAU TERUTAMA LIMAU
NIPIS & LIMAU KASTURI )
· CUKA
· NENAS
· REBUNG

KURANGKAN MAKAN

· MAKANAN YANG PEDAS
· MAKANAN YANG BERMINYAK
· AIR BATU
· BUAH YANG MASAM & BERJERUK
· TAK BOLEH KERJA KUAT & ANGKAT BARANG YANG BERAT
· TENANGKAN FIKIRAN ( BACA AL-QURAN BERTERUSAN )

NOTA DISEDIAKAN OLEH :

TN.HJ.MOKHTAR BIN KASAN (DARUSSYIFA’)
dan disalin semula oleh Iq Insan Training & Consultancy
bagi nota Kursus Rawatan Santau pada 21 Disember 2008.

(...kertas kerja sebagai teori pengenalan ilmu. Sesiapa yang berminat mengikuti kursus merawat santau anjuran Iq Insan pada siri yang akan datang, sila hubungi Ust Zaini untuk tempahan nama sebagai peserta...)

KERTAS KERJA Y.BHG. DATO' DR.HARON DIN (...siri 3)

METODOLOGI PENGUBATAN ISLAM

Penyakit-penyakit fizikal telah diisyaratkan pengubatannya oleh Rasullullah (S.A.W) dalam hadithnya yang bermaksud ,
“ daripada Ibnu Abbas (r.a) katanya Rasullullah (S.A.W) mengatakan : Kesembuhan penyakit berada pada berbagai-bagai cara penyembuhannya, antaranya:

1. Makan ubat (Madu Lebah sebagai contoh sahaja)
2. Pembedahan ( pisau tukang bedah)
3. Besi panas (Al-kay)

DOA SEBAGAI SATU CARA (METOD)

Terlalu banyak hadith-hadith yang menerangkan doa sebagai suatu rawatan antaranya Rasullullah (S.A.W) sendiri mendoakan :
“ Saya mohon dari Allah yang Agung Tuhan Arash yang agung agar disembuhkan penyakit ini.
(Sahih At-Tirmizi)

Rasullullah mendoakan Saad bin Abi Waqas ketika sakitnya:
“ Ya Allah sembuhkanlah Saad ( 3 Kali)”
(Sahih Al-Bukhari)

Aishah (r.a) meriwayatkan hadith bahawa Rasullullah (S.A.W) telah mengubati keluarganya yang sakit dengan cara meletakkan tangannya di tempat sakit dan membaca doa:
“Ya Allah Tuhan Manusia, sembuhkanlah sakit ini, kamu sahajalah (ya Allah) penyembuh, tidak ada kesembuhan melainkan kesembuhan darimu, kesembuhan yang tidak meninggalkan keburukannya.”


Abdullah Amru ibnu Al–‘As menceritakan bahawa Rasullullah (S.A.W) menyuruh penziarah orang sakit agar mendoakan kepadanya:
“YA Allah , sembuhkanlah hambamu ini agar dia boleh memererangi musuh Mu atau bolehlah dia berjalan untuk menunaikan solat”
(Sahih Abu Daud)
Membaca ayat Al-Quran untuk penyembuhan
(Al-Isra’ ayat 82, Fussilat 44, At-Taubah 14, Yunus 37 dan lain-lain)

Rasullullah merestui sahabat-sahabat menggunakan ayat-ayat Al-Quran untuk mengubati penyakit.

Rasullullah (S.A.W) membenarkan pengunaan ruqyah (jampi) yang pernah digunakan sebelum Islam (Zaman Jahiliyyah) dengan syarat tidak ada kesyirikan padanya

PENGGUNAAN BAHAN-BAHAN RAWATAN

Ayat-ayat AL-Quran dan juga doa-doa sebagai bahan rawatan yang digunakan semasa merawat adalah sabit dari As-Sunnah seperti yang diperjelaskan sebelum ini. Adapun penggunaan bahan-bahan yang lain bersama air juga sah dan boleh diguna pakai.

Perihal AIR, Allah s.w.t. menyebut tentangnya yang bermaksud :
“dan dari air kami jadikan segala sesuatu yang hidup, maka mengapakah mereka tiada juga beriman” (Al-Anbiya’ 30 )

“dan Allah menurunkan dari langit hujan untuk menyucikan kamu (Liyuthohhirakum) dan dengan air hujan itu BOLEH MENGHILANGKAN DARI KAMU GANGGUAN-GANGGUAN SYAITAN DAN UNTUK MENGUATKAN HATIMU DAN MENEGUHKAN PENDIRIANMU.” (Al-Anfal 11)

Perkataan “Liyutohhirokum” dari akar kata Tahara dan Tahuur. Telah digunakan oleh Rasullullah (S.A.W) dalam hadithnya “Tahurun Insyaalah” yang bermaksud sembuhlah segala penyakit dengan izin Allah.

Dalam ayat itu juga Allah mengisyaratkan dengan jelas air khasnya air hujan boleh menyembuhkan masalah gangguan syaitan dan boleh mengubati sikap diri yang negatif kepada positif.

Perkataan Tahur digunakan Allah dalam Al-Quran : “ dan Kami turunkan dari langit air yang tahur” ( Al-fFUrqan 48)

Tahur bermakna suci bersih ,ia juga bermakna penyembuh penyakit dengan izin Allah.

“ Dan sesungguhnya kami tuiunkan dari langit air yang banyak barakah”

Barakah disini bermaksud banyak kemanfaatannya kepada manusia. Salah Satu dari kemanfaatannya ialah untuk menjadi bahan pengubatan, setelah di doa dan dibaca ayat-ayat penyembuh.

Merujuk perihal nabi Allah Ayub (a.s) yang mengalami kesakitan kronik. Baginda merayu kepada Allah dengan pengaduannya yang terkenal :

“Dan Ingatlah akan hamba kami Ayub ketika dia menyeru Tuhannya seseungguhnya aku diganggu syaitan dengan kepayahan dan kesiksaan yang bersangatan.”
Lalu Allah mengkabulkan permohonannya dengan firman Allah kepadanya yang bermaksud:
“ Hentakkanlah kakimu ke bumi (keluar daripadanya) itu air sejuk untuk dimandi dan diminum dan kami menanugerahinya (kesembuhannya) “

Dalam kitab Tafsir Al-Maraaghi disebut yang bermaksud: Allah meyuruh Nabi Ayub mendapatkan air dari bumi dengan menghentak kakinya kuat-kuat sehingga mengeluarkan air dan menggunakan air itu untuk dimandi dan diminum maka akan sembuh penyakit fizikalnya.”

Penggunaan air untuk ikhtiar menyembuhkan segala macam penyakit sabit dari hadith Rasullullah (S.A/W) daripada Abi A’sim Daripada Rasullullah (S.A.W) sabdanya yang bermaksud : “ Rasullullah meminum air dalam suatu bekas minuman dangan bernafas sebanyak 3 kali sambil berkata “ia adalah enak, nyaman dan kesembuhan dari penyakit.”

Dalam suatu hadith mengenai air zam-zam Rasullullah (S.A.W) bersabda yang bermaksud “ Air Zam-zam itu berguna sepertimana niat peminumnya” Jika diminum untuk menyembuhkan penyakit Allah akan menyembuhkannya” (Riwayat ad-daruqutni)

Selain daripada air, banyak bahan-bahan rawatan yang merupakan ramuan ubat-ubatan yang dianjurkan oleh Rasullullah (S.A.W) untuk digunakan. Baginda sendiri pernah mengubati sakit kepalanya dengan daun inai. Antara bahan-bahan lain yang pernah disebut dalam hadith yang banyak : madu lebah, jintan hitam, susu unta, daun bidara, tamar madinah (kurma ajwah), tumbuh-tumbuhan yang disebut Assina , assanut , bawang putih, bawang merah, lemak di ekor kambing dan berbagai-bagai lagi.
...bersambung (siri 4)

Sunday, April 11, 2010

YBHG.TG. DATO DR.HARON DIN : ASAS DAN KONSEP PENGUBATAN ISLAM (...siri 2)




AS-SUNNAH DAN PENGUBATAN PENYAKIT (...siri 2)

Keseluruhan kitab-kitab Hadith tidak pernah ketinggalan daripada peruntukan satu bab yang disebut sebagai “Bab Pengubatan Penyakit dari As sunnnah” Dalam bab itu diperturunkan hadith-hadith sahih yang menunjukkan Rasullullah (S.A.W) mengubati sakit dalam beberapa peristiwa yang berlaku berkait dengan pengubatan.



Umum mengetahui bahawa Rasullullah bukanlah seorang pengubat (Tabib) seperti yang dikenali pada hari ini. Muhammad adalah Rasullullah (S.A.W). Tugas asasinya adalah menerima wahyu dan menyampaikan kepada umatnya. Segala perintah Allah dilaksanakan sepenuh kehendaknya. Baginda adalah contoh utama dalam semua hal penghidupan untuk diikuti oleh sekelian umatnya .
Islam yang dibawa Rasulullah (S.A.W) adalah suci dan lengkap sempurna (Syumul) maka dengan sendirinya difahami bahawa Al-Quran dan As-Sunnah memberi petunjuk dalam semua hal penghidupan manusia termasuk perubatan kerana ianya adalah salah satu keperluan asasi manuasia.

Layak sebagai seorang Rasul bahawa ianya dikenali sebagai Rasulullah sahaja. Mengatasi segala gelaran-gelaran lain yang dimiliki oleh manusia dari zamannya kerana hingga keakhirannya tidak ada yang bergelar Rasullullah melainkan baginda seorang sahaja.

Dalam hal pengubatan, baginda memberi tunjuk ajar dengan menyebut dan mengamalkan asas-asas umum sebagai panduan dengan meletakkan garis-garis utama yang harus dan tidak harus; Yang halal untuk diikuti dan yang haram untuk dijauhi.

Keseluruhan as-Sunnah yang dapat diteliti maka dapatlah disimpulkan bahawa Rasullullah (S.A.W) menunjuk ajar umatnya perkara-perkara berikut:-

1. Rasullullah mengubat.

Rasullullah mengubat pesakit yang datang kepadanya memohon diubati
Hadith Usman Bin Al-As

2. Rasullullah menyuruh pesakit memakan ubat sahaja
Hadith Abu Said Al-khudri

3. Rasulullah tidak merawat sebaliknya mengajar pesakit itu bacaan-bacaan Ruqyah untuk orang itu menjadi perawat
Hadith Usman bin AlAs.

4. Rasullullah tidak merawat malah menyuruh pesakit pergi menemui perawat yang mahir (pakar) yang terdapat di zamannya
Hadith Jabir bin Abdullah.

5. Rasulullah membaca ruqyah (doa penyembuhan) dan merujukkanya kepada pengubat mahir (pakar)
Hadith Ismail bin Muhammad bin Said bin Abi Waqas

1. Rasullullah sendiri sakit , Allah mendatangkan Jibrail kepadanya untuk merawat baginda.
(Hadith Abi Said Alkhudri)

2. Rasullullah sakit Aishah binti Abu Bakar mengubatnya
(Hadith Aishah)

8. Rasullulllah mengarahkan seorang pesakit makan ubat berulang kali hingga sembuh
(Hadith Abu Said Al-Khudri)

9. Rasullullah menyuruh sahabat memastikan punca penyakit “Al-Ain” dan disuruh yang menyebabkan penyakit itu merawatnya dengan air wudhu’nya”
(Hadith Ibnu Abbas)

10. Rasullullah merestui pengubatan dengan “ruqyah” Al Fatihah ke atas seorang yang di sengat kala jengking.
(Hadith Abi Said Al-Khudri)

11. Rasullullah melarang ubat-ubat yang haram.
(Hadith Abu Daud, daripada Abi Darda’)

12. Rasullullah bersabda kepada pengubat : Sesiapa yang boleh menolong penyakit untuk kesembuhan maka lakukanlah.
(hadith Jabir)

13. Abu Said Al-Khudri merawat seorang yang disengat kala jengking dengan membaca Surah Al-Fatihah dan sembuh serta merta dan mengambil upah daripada perbuatannya; telah direstui oleh Rasullullah dan meminta satu saham dari upah tersebut.
(Hadith riwayat Bukahri dan Muslim)

Kepelbagaian petunjuk membuktikan Rasulullah amat peka dalam hal pengubatan penyakit dan disarankan berbagai-bagai cara pengubatan sesuai dengan baginda sebagai pembawa hidayah dan meluaskan bidang-bidang yang boleh diterokai oleh umatnya dalam menangani permasalahan penyakit.

Hadith –hadith yang tersebut tadi adalah panduan umum yang merupakan petunjuk Rasulullah dalam pengubatan. Ianya amat berguna untuk menjadi panduan perawat dalam menangani masalah kesihatan manusia.

Thursday, April 8, 2010

AS-SYIFA' IQ INSAN MELAKA : TANDA-TANDA DIRASUKI JIN

A. TANDA-TANDA DIRASUKI JIN

Tanda-tanda yang menunjukkan seseorang itu dirsuki jin adalah banyak dan tidak sama dialami oleh setipa orang. Namun begitu senarai tanda-tanda yang dilampirkan di bawah ini adalah berdasarkan pengalaman ust. Zaini sendiri yang telah melalui pengalaman dalam usaha mengubati pesakit,digabungkan juga dengan ilmu dalam nota pengubatan islam serta pengalaman oleh perawat-perawat yang lain.

1. Pesakit menjadi malas, badan cepat letih,kurang tenaga, rasa tak bermaya sama ada untuk bersolat, ke masjid atau surau, pergi pejabat untuk bekerja atau sebagainya.

2. Pesakit cepat mengantuk tidak kira berada di mana sekalipun, dan apabila tidur akan terasa seperti ditindih,sukar bernafas, rasa terkejut, selalu terbangun di waktu malam dan sebagainya.

3. Akan mengalami mimpi yang buruk seperti mimpi ular,kala jengkin,anjing yang semuanya berwarna hitam, kadangkala mimpi tersebut akan berlaku berulangkali. Juga bermimpi jatuh dari tempat yang tinggi atau mimpi diiring ke kubur,tempat sampah atau jalan yang mengerikan.

4. Pesakit akan hilang selera makan menyebabkan berat badan yang menurun.

5. Batuk atau selsema yang berpanjangan,kadang-kadang selama berbulan-bulan.

6. Dada atau jantung akan jadi berdebar-debar secara kerap.

7. Pesakit suka termenung, bersendirian, sedih, rasa gelisah dan rasa ‘kosong’.

8. Selalu pening kepala, sakit perut umpama gastrik dan seumpamanya.

9. Terdapat kesan-kesan lebam dibadan seperti dipeha,betis dan lengan.

10. Terasa sesuatu yang bergerak-gerak dalam badan.

11.Malas berzikir dan malas sembahyang.

12. Sakit pada sesetengah anggota badan sehingga doktor tidak boleh mengubatinya.

13. Tidak sedarkan diri atau hilang kawalan diri pada masa tertentu.

14. Melihat binatang berbisa didalam rumah seperti lipan,kala jengking atau ular.

15. Gangguan ketika beribadah seperti lupa baca ayat al-Quran/doa yang telah dihafal.

16. Kerap was-was sehinggakan terpaksa ambil wuduk berulang-ulangkali atau takbirratul ikhram dalam masa yang lama diulang

17. Terdengar bunyi suara yang menakutkan atau ternampak sesuatu yang pelik.

18. Terhidu bau yang busuk di dalam rumah seperti darah, nanah, bangkai, kemenyan dan sebagainya.

19. Mudah menjadi marah, suami isetri cepat bertengkar walau pada perkara yang kecil secara tiba-tiba.

20. Ulat bulu, langau, lalat hijau, kupu-kupu banyak dalam rumah.

21. Sangat susah tidur di waktu malam, jika dapat tidurpun dalam keadaan yang sudah lama bersusah payah untuk melelapkan mata.

22. Apabila tidur akan berlaku gesera antara gigi geraham sehingga menimbulkan bunyi yang boleh didengari ahli rumah yang lain.

23. Berjalan sendiri semasa tidur tanpa sedar.

24. Bermimpi melihat hantu.
Ini hanyalah sebahagian tanda-tanda dirasuki jin secara umum. Mungkin ada lagi penambahan lain berdasarkan pengalaman yang dilalui mereka-mereka yang pernah mengalaminya. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui.
(...suntingan oleh Ustaz Md Zaini Zainal : As-Syifa' Iq Insan Melaka)

Tuesday, April 6, 2010

CERPEN MISTIK

As-Syifa Iq-Insan Mela.ka : Salam ukhuwwah untuk semua pengunjung blog ini. Bagi memenuhi idea bernas dari sebilangan pengunjung maka suatu ruangan cerpen mistik yang bertemakan kisah benar usaha pengubatan Islam untuk dipaparkan dalam ruangan blog ini.
Semua kisah dalam penceritaan cerpen mestilah kisah benar yang pernah dilalui oleh penulis ataupun insan yang menyampaikan kepada mereka. Namun watak, nama mestilah tiada kaitan sesama insan sama ada yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia. Segala kisah cerpen ini hendaklah di emailkan ke alamat berikut : iq_insan@yahoo.com Hanya cerpen yang memenuhi syarat dan berunsurkan kebaikan sahaja akan diterima. Semoga mendapat kerjasama semua pengunjung...
Wassalam.....Ustaz Zaini (As-Syifa Iq Insan Melaka)

Sunday, April 4, 2010

As-Syifa.' Melaka : SEBAB-SEBAB GANGGUAN JIN

SEBAB-SEBAB DIRASUKI JIN
Banyak sebab yang membolehkan jin merasuki dalam tubuh manusia. Cara rasukan ini berbeza juga mengikut manusia tersebut. Berikut adalah diantara beberapa sebab manusia dirasuki jin.
1. Meninggalkan solat atau jauh daripada mentaati Allah.
2. Menyanyi atau mengangkat suara dalam bilik air atau tidak membaca doa masuk tandas.
3. Memang kerja jin bersumpah untuk menyesatkan manusia.
4. Membuang air panas ke dalam bilik air.
5. Terdapat di rumahnya alat-alat musik yang melalaikan seperti kaset-kaset nyanyian dan alat-alat musik.
6. Menangis dan merintih sebelum tidur.
7. Suka bergaduh suami isteri.
8. Suka marah tak tentu pasal.
9. Terlalu takut.
10. Suka ikut syahwat atau nafsu.
11. Terdapat gambar-gambar/patung di dalam rumah.
12. Masuk rumah yang kosong atau sudah lama terbiar.
13. Terdapat salib di rumah sama ada yang terlukis di lantai, atap, sejadah atau langsir.
14. Suka duduk dalam gelap.
15. Duduk lama dalam tandas.
16. Adanya majlis yang tidak menyebut nama Allah.
17. Perempuan yang suka bersolek dan membuka aurat.
18. Suka ketawa terbahak-bahak.
19. Kencing di dalam lubang / tengah jalan dan sebagainya.
20. Berlakunya sihir iaitu adanya perjanjian diantara tukang sihir dan jin supaya jin itu masuk ke dalam badan seseorang.
21. Membaca kitab sihir dan sering mengulanginya.
22. Membunah ular hitam (mungkin jin) di dalam rumah sebelum bertanyakan sama ada ia ular atau jin.
23. Ada amalan ilmu yang diragui dalam ilmu kebatinan mempertahankan diri, menurun, ilmu kebal dan susuk yang dipakai.
24. Manusia menyakiti jin menyebabkan jin merasuki manusia terbebut.
25. Melalui saka iaitu proses mewarisi jin kepada waris berikutnya apabila pengamalnya mati.
26. Memuja jin melalui mentera.
27. Berubat atau pergi mengurut dengan pengamal yang menggunaka khidmat jin.
28. Jin disakiti oleh manusia dan ingin membalas dendam.
29. Sedih yang amat bersangatan.
30. Sebab ada ruang dalam tubuh manusia yang boleh dimasuki oleh jin akibat antara sebab-sebab yang di atas.
31. Pernah dialami jin lelaki jatuh cinta kepada orang perempuan atau jin perempuan jatuh cinta kepada manusia lelaki.
(Suntingan oleh : Ust.Zaini Zainal/As-Syifa Melaka)

Man Ana ???

My photo
Melaka, Malaysia
Pengembaraan Insan Tiada Noktah Tanpa Syarat Meniti Kebahagiaan. Email : iq_insan@yahoo.com

Popular Posts

CAPAIAN BLOG