FOLLOWERS
Wednesday, June 30, 2010
TIDAK ADA BUKTI JIN DIUTUSKAN UNTUK MEMBANTU MANUSIA TIDAK KIRA SAMA ADA JIN ISLAM ATAU KAFIR. (Isu Pengubatan Islam Penjelasan;Dato' Dr.Amran Kasimin
Bapa saudara saya seorang guru agama yang juga mengubat orang secara tradisional dan mengaku bersahabat dengan jin Islam. Beliau menuntut ilmu ini dari seorang guru di utara semenanjung dengan amalan; berpuasa mutih, pati geni dan berkhalwat, lalu akhirnya dia bersahabat dengan jin tadi.
Beliau selalu menekankan apa yang dilakukan adalah untuk membantu orang lain. Di sini saya menjadi keliru, tidak mungkin apa yang dilakukan olehnya salah, kerana beliau seorang guru agama dan tahu hukum. Apa salahnya bersahabat dengan jin Islam, sama kita bersahabat dengan manusia, malah dalam keadaan tertentu saya perhatikan, manusia berkelakuan lebih jahat daripada jin-jin, merogol, membunuh dan membakar mangsa. Bapa saya tidak meminta apa-apa bayaran daripada pertolongan yang dilakukannya.
JAWAPAN:
Memang benar manusia ada kalanya lebih jahat daripada jin-jin seperti yang saudara katakan, dan itulah di antara peristiwa yang berlaku di kalangan manusia. Mereka inilah yang dikatakan sebagai manusia yang berkelakuan seperti jin ataupun syaitan, malah mereka ini lebih bahaya daripada jin-jin, terutamanya di kalangan mereka yang mempunyai kuasa, kekuatan, kekayaan dan sebagainya. Kejahatan jin-jin boleh diatasi apabila seseorang itu kuat imannya, mempunyai roh yang kuat dan dia memohon perlindungan daripada Allah.
Perlu difahami, bahawa orang yang mempunyai latar belakang agama tidak semestinya tahu hal yang berkaitan dengan jin-jin, makhluk halus dan sebagainya. Mempelajari ilmu fikah, ilmu tauhid, tafsir, tasauf, nahu, sifir dan sebagainya tidak ada kaitan dengan hakikat kehidupan makhluk-makhluk halus. Dalam Islam, mempelajari ilmu sihir itu adalah ditegah, sihir itu boleh menyebabkan syirik, iaitu menyekutukan Allah, tetapi apa yang dikatakan sebagai sihir itu tidak diajar di sekolah-sekolah, tidak menjadi sebahagian daripada kurikulum pembelajaran sama ada di sekolah menengah, universiti, di Malaysia, atau di mana-mana universiti. Dengan itu, ungkapan untuk menyatakan bahawa seorang guru agama yang tahu hukum hakam, dan mengajar agama itu memahami hal-hal yang berkaitan dengan ilmu ghaib ataupun ilmu kebatinan adalah satu anggapan yang meleset.
Penerangan tentang ilmu kebatinan atau hal-hal yang berkaitan dengan alam ghaib terdapat dalam buku-buku sampingan, bercampur aduk dengan penerangan yang karut-marut. Mereka yang terlibat dengan amalan kebatinan sebahagian daripadanya adalah orang yang expert, kerana mereka adalah orang yang mengamalkannya secara praktikal, namun demikian, oleh kerana ilmu tersebut sesuatu yang tersembunyi, rahsia, ia tidak mudah dicungkil atau diberitahu kepada orang ramai, biarpun untuk mengungkapkan atau mengkajinya bukan sesuatu yang mustahil. Berdasarkan hujah saudara, memang tidak salah bersahabat dengan jin Islam.
Dalam pemikiran saudara mungkin tercanang, bahawa bersahabat dengan jin itu lebih baik daripada bersahabat dengan manusia yang menghisap dadah, menjadi bapa ayam, penjual video lucah, perogol, pembunuh yang diakhiri dengan amalan membunuh dan sebagainya. Kenapa saudara bandingkan jin tadi dengan manusia yang jahat, yang tidak beriman kepada Allah, dan kenapa saudara tidak membandingkan jin tadi yang dipercayai sebagai Islam itu dengan manusia yang baik-baik.
Di Malaysia ini terdapat lebih daripada 20 juta manusia, dan apabila terdapat sebanyak 10 atau 15 kes yang melibatkan kejahatan manusia, kenapa saudara borong seolah-olah manusia ini semuanya sudah menjadi jahat, lalu saudara merajuk tidak mahu bersahabat dengan manusia, lalu akhirnya berkiblat, mahu bersahabat dengan jin-jin. Saudara perlu kembali kepada sejarah di mana Allah pernah murka, melaknat, dan menghalau iblis daripada syurga dalam keadaan hina hingga hari kiamat, dan akan dimasukkan ke dalam neraka kerana keengganannya sujud kepada Adam, sebagai menghormati kejadian Allah.Apabila ini terjadi, iblis bersumpah yang dia akan menipu dan mengganggu manusia, membolehkan mereka dibawa ke dalam neraka bersama. Allah menjawab, menyatakan bahawa iblis dan syaitan juga konco-konconya tidak berupaya atau tidak mempunyai kekuatan terhadap manusia kecuali di kalangan mereka yang mengikuti jejak langkah iblis dan syaitan, yang terdiri daripada mereka yang sesat. Dalam al-Quran dijelaskan bagaimana iblis menipu Adam dan Hawa sehingga mereka terkeluar dari syurga, menipu Qabil dan Habil menyebabkan mereka bunuh-membunuh, menyakiti Nabi Allah Ayyub, menyakiti tubuhnya, juga memusnahkan harta benda, begitu juga ketika berlaku ribut taufan Nabi Noh, peristiwa sihir di zaman Nabi Allah Musa, sehingga ke zaman Nabi s.a.w. iaitu sebelum berlaku peristiwa Hijrah, peristiwa sihir yang berlaku ke atas Nabi s.a.w. dan sebagainya.
Tunduk
Iblis menipu manusia menyebabkan manusia tunduk kepada nafsu, merogol, membunuh, rasuah, menipu, menyalahgunakan kuasa, pecah amanah dan sebagainya, yang kesemuanya melibatkan dosa-dosa; dosa kecil atau dosa besar, untuk jangka masa pendek atau panjang. Satu trend yang paling memberi kesan, yang tidak mudah disedari oleh manusia ialah menjadikan Islam, atau unsur-unsur Islam itu sebagai jalan untuk menipu manusia, menyebabkan manusia menganggap jin-jin yang didampingi, yang dipohon pertolongannya itu sebagai jin-jin Islam, yang dituntut, dipelajari dengan cara Islam, yang melibatkan amalan yang mempunyai ciri-ciri Islam, lalu ia didatangi oleh makhluk yang dianggap sebagai jin Islam, seperti yang terjadi ke atas bapa saudara yang saudara sebutkan.
Di antara kaedah untuk bersahabat dengan jin, yang dianggap sebagai jin Islam ialah dengan berkhalwat, di satu tempat yang dianggap bersih, dalam keadaan berwuduk, bersih tubuh dan pakaian. Puasa beberapa hari tertentu, yang dimulai pada hari-hari tertentu menurut ajaran guru. Kemudian membaca surah Al-Ikhlas seribu kali, surah Yasin, surah Ad-Dukkhan, surah As-Sajdah dan Tabaraka, sekali setiap surah. Pada hari terakhir, pada kebiasaan setelah seminggu beramal demikian, ia hendaklah menjauhkan diri daripada manusia, beramal yang dimulakan pada tengah malam, iaitu selepas pukul 12 malam, ataupun selepas pukul 3 pagi. Pada malam terakhirnya ini ia tidak boleh tidur. Inilah malam yang penting, menentukan sama ada ilmu yang dituntut itu berjaya atau gagal.
Ia akan didatangi oleh makhluk, iaitu dalam keadaan sedar, berjubah hijau atau putih, menghulur tangan, bertanya apa yang diperlukan oleh manusia. Ia hendaklah memberitahu apa yang dihajati olehnya, iaitu untuk bersahabat dengan jin berkenaan.
Dalam masyarakat Melayu, terlalu banyak kaedah yang berbeza yang dilakukan dalam usaha bersahabat dengan jin-jin, yang ada kalanya diisytiharkan sebagai ``jin Islam'', ``rijalul ghaib'', ``roh-roh'', ``khadam ayat'' dan sebagainya.
Makhluk yang diseru datang, berdampingan dengan manusia inilah yang dikatakan boleh membantu manusia untuk melakukan rawatan, menjaga rumah ketika tuannya berpergian, menjaga harta benda, melindungi diri dan sebagainya. Perlu dijelaskan bahawa manusia tidak boleh memohon perlindungan atau pertolongan selain daripada Allah, kerana ini boleh menyebabkan syirik. Satu dosa yang tidak diampuni oleh Allah. Adalah di luar kemampuan manusia untuk menentukan jin yang datang itu Islam atau kafir. Memang tuntutan yang dilakukan untuk bersahabat dengan makhluk ini mengandungi unsur-unsur Islam, termasuk ayat-ayat yang dibaca, berwuduk, puasa dan sebagainya, tetapi, makhluk yang datang itu bukan semestinya Islam. Sesungguhnya tipu daya iblis dan syaitan itu terlalu tinggi, di luar kemampuan manusia mengatasinya kecuali dengan ihsan Allah jua.
Dijelaskan (An-Nisa':3 , bahawa barang siapa menjadikan syaitan itu teman, maka makhluk ini adalah seburuk-buruk teman. Allah melarang menyeru atau menyembah makhluk yang tidak memberi manfaat atau mudarat. Sekiranya manusia berbuat demikian, mereka termasuk dalam golongan orang yang zalim
(Yunus: 106). Memang ada manusia yang memohon perlindungan jin-jin. Jin-jin itu akan menambah lagi mereka dosa dan kesalahan
(Al-Jinn: 6). Berbanding dengan jin-jin, manusia adalah khalifah di muka bumi ini. Kerana kemuliaannya, Allah mengutus nabi dan rasul dari golongan manusia, bukan dari golongan jin.
Jin berguru kepada Nabi s.a.w. Guru lebih berilmu, mempunyai keistimewaan berbanding dengan murid. Kerana itu manusia tidak perlu bersahabat atau berguru dengan jin untuk memperoleh pertolongan. Adalah di luar kemampuan manusia untuk memastikan agama yang dianuti oleh jin-jin. Terlalu banyak helah dan tipu daya boleh dilakukan terutamanya oleh jin-jin dalam usaha memesongkan iktikad manusia, termasuklah menggunakan ayat-ayat al-Quran, dalam tuntutan seperti yang dijelaskan.
Dalam Islam tidak ada puasa mutih, Islam mempunyai puasa Ramadan, puasa Nabi Daud, puasa Khamis dan puasa nazar, tetapi dalam amalan kebatinan Melayu, memang ada puasa dalam beberapa hari ganjil, yang hanya boleh memakan nasi tanpa lauk, atau lauk yang terdiri daripada benda tidak bernyawa. Dalam Islam setiap yang halal boleh dimakan oleh mereka yang berbuka puasa, begitu juga dengan pati geni.
Dalam Islam tidak ada ibadah puasa dalam hari tertentu, selama seminggu, lima atau tiga hari, yang diakhiri pada malam terakhirnya dengan berjaga sepanjang malam, tidak boleh tidur sehingga fajar menyingsing. Rasulullah s.a.w. pernah berkhalwat di Gua Hira', tetapi baginda berbuat demikian bukan mengikut ajaran guru, di mana baginda akan didatangi oleh makhluk jin, atau mana-mana makhluk tertentu, secara sengaja, seperti yang banyak terjadi di kalangan mereka yang mempelajari ilmu kebatinan, yang dipercayai sebagai roh-roh, rijalul ghaib, khadam ayat, wali Allah dan sebagainya, yang sebenarnya makhluk ini adalah daripada jin-jin, yang akhirnya dikatakan boleh membantu untuk melakukan rawatan, dalam keadaan menurun, untuk menjaga harta benda, rumah, kebun, anak isteri dan sebagainya ketika orang yang mempunyai ilmu ini berpemergian.
Tidak terdapat bukti daripada mana-mana sumber, sama ada daripada al-Quran, hadis, amalan sunah, para sahabat dan sebagainya memperlihatkan bahawa Allah mengutus jin-jin itu untuk membantu manusia, tidak kira sama ada jin Islam ataupun bukan Islam.
Walaupun demikian, terdapat banyak amaran Allah agar manusia menjauhkan diri daripada iblis dan syaitan, jangan bersahabat dengan syaitan, biar dalam keadaan apa sekalipun, kerana syaitan itu adalah musuh yang nyata. Seperti yang dijelaskan bahawa iblis pernah memohon agar dipanjangkan nyawanya sehinggalah hari kiamat, untuk menyesat dan menipu manusia, dan permintaan ini diperkenankan oleh Allah.
Di antara jalan, atau tipu helah iblis dan syaitan terhadap manusia, yang tidak mudah disedari oleh manusia ialah dengan menonjolkan unsur Islam menyebabkan seseorang itu menganggap makhluk yang mendampinginya itu adalah terdiri daripada jin Islam, yang datang membantu manusia, pada hal hakikat sebenarnya hanya diketahui Allah.
Sesungguhnya syaitan itu pernah bersumpah di hadapan Allah, yang menyebut, ``Demi kemuliaan-Mu, sesungguhnya aku tidak akan berpisah daripada anak Adam, sehinggalah roh anak Adam itu berpisah daripada jasadnya''. Bermaksud bahawa makhluk ini sentiasa berusaha menyesatkan manusia, daripada awal kelahirannya, sehingga mati. Ketika itu makhluk ini akan pergi, meninggalkan manusia, sama ada mati dalam keadaan beriman ataupun dalam keadaan kufur.
Mingguan Malaysia 27/7/03
http://grenbara.bravejournal.com/entry/17910
Tuesday, June 29, 2010
AS-SYIFA' MELAKA : DOA PENAHAN. (Amalan Memohon Berhentikan Haid DLL)

Alhamdulillah, dalam usaha untuk memberikan ketenangan jiwa dan keselesaan kepada jemaah wanita mengenai masalah haidh ketika mengerjakan ibadah umrah atau haji, beberapa orang tuan guru telah menganjurkan suatu amalan yang boleh diamalkan oleh para jemaah wanita selepas solat lima waktu semasa dalam ihram atau selepas haidh.
Kaifiat amalan:
1. Diamalkan selepas haidh terakhir.
2. Baca selepas setiap kali solat. Sediakan air berdekatan untuk mudah ditiup selepas membaca amalan ini.
3. Apabila membaca ayat no. 2, 3, dan 4 hendaklah menekan lidah ke langit-langit, tarik dan tahan nafas selama 5 saat kemudian hembus ke dalam air. Air digunakan untuk minum. InsyaAllah
Doa di atas dipanggil doa penahan. Ia juga boleh digunakan untuk menahan darah akibat luka, muntah yang tidak berhenti dan sebagainya. InsyaAllah, amalkan dengan yakin semoga mujarab. Kita hanya berusaha. Setelah berusaha, serahkan segala-galanya kepada Allah s.w.t.
Sekiranya Allah mengizinkan, maka kitaran haidh si pengamal akan beranjak kebelakang ke suatu masa yang hanya Allah sahaja yang mengetahuinya. Jadi untuk mengembalikan semula kepada kitaran yang normal, maka bacalah doa Nabi s.a.w. seperti pada ayat 80 surah Isra'.
Semoga entri ini dapat memberi manfaat kepada jemaah wanita. Amiin ya Rabb al-'Alamiin.
Jazakallahu Khairan kathira.
Monday, June 28, 2010
AS-SYIFA' MELAKA : SAWAN TANGIS. Bayi menangis dari malam hinggalah ke waktu subuh.
- Haru-biru, Gombak, Selangor.
Jelas menunjukkan bahawa emosi ibu mempunyai hubungan terus pada bayi dalam kandungan. Ibu yang menghadapi tekanan dan menyebabkan rasa tidak tenang kemungkinan besar akan melahirkan bayi yang banyak menangis, lebih daripada biasa, tidak nyenyak tidur, meragam dan sebagainya.
Gangguan emosi yang dialami oleh ibu juga menyebabkan pergerakan bayi bertambah dengan lebih kerap. Semakin lama gangguan yang dialami, maka semakin banyak lagi berlakunya gerakan anak. Ia juga menyebabkan terganggunya kemampuan meresapkan makanan. Tekanan emosi yang teruk juga menyebabkan kehilangan kalsium, kehilangan fosfat dan nitrogen.
Perlu difahami bahawa bayi dalam kandungan berupaya berfikir, mendengar dan berperasaan. Dengan itu, emosi atau perlakuan ibu yang menyebabkannya rasa kurang selesa akan melahirkan tindak balas bayi. Pada kebiasaannya bayi yang mencapai umur enam bulan dalam kandungan sudah mempunyai daya ingatan dan memperlihatkan kebolehan menyerapkan maklumat-maklumat untuk menjalani hidupnya setelah dilahirkan. Kerana itu, emosi ibu ketika itu memainkan peranan besar dalam tujuan mencorakkan perwatakan bayi dalam kandungan dan seterusnya akan terbawa hingga dewasa kelak.
Ketegangan yang diingini oleh seorang wanita yang bakal menjadi ibu itu sukar diperoleh sekiranya faktor-faktor luaran mempengaruhinya, menyebabkan emosinya terganggu, terutamanya oleh suami. Kerana itu, kita di sini diperlihatkan bahawa pasangan yang sesuai dan bertimbang rasa itu perlu dalam usaha mencari jodoh. Ketika inilah suami perlu memperlihatkan sifat-sifat kejujuran dan bertimbang rasa, membolehkan penderitaan daripada kandungan yang semakin membesar itu hanya terasa pada bahan fizikal sahaja.
Selain daripada faktor makanan yang perlu diambil kira kebersihan tempat kediaman, terutamanya bilik tidur itu perlu. Udara yang cukup dan selesa memainkan peranan penting dalam usaha memperolehi ketegangan, terutamanya selepas menunaikan tugas harian.
Tangisan yang berpanjangan dalam masyarakat Melayu dikenali sebagai sawan tangis. Ada bayi yang tidur nyenyak di siang hari, tetapi mula menangis pada masa-masa tertentu terutamanya di tengah malam tanpa sebab-sebab yang jelas. Sawan tangis tidak semestinya kerana bayi lapar, dahaga, kesejukan, panas, berubah tempat tidur atau kehilangan orang yang selama ini berada di sampingnya.
Tangisan biasa selalunya mempunyai sebab-sebab yang jelas seperti sembelit, tercucuk pin, pakaian terlalu ketat, lampin basah, rasa sakit perut, dahaga, kesepian dan sebagainya. menangis bagi bayi merupakan satu perkara biasa, bukan semestinya kerana kelalaian ibu. Malah menangis merupakan satu penyataan bayi gantian daripada pertuturan yang tidak dapat dilakukan terhadap sesuatu yang berlaku.
Ada orang yang mengaitkan sawan tangis ini dengan rasukan ataupun gangguan makhluk-makhluk halus, yang juga melibatkan makhluk yang diistilahkan sebagai qarin. Perkataan qarin adalah berasal daripada bahasa Arab, yang bererti teman, atau pasangan. Istilah qarin bererti roh-roh jahat, yang terdiri daripada makhluk-makhluk halus yang sentiasa mendampingi manusia sejak seseorang itu dilahirkan sehinggalah seseorang itu meninggal dunia.
Allah SWT menjadikan manusia itu daripada dua unsur utama, iaitu jasad dan roh. Islam mengajar agar anak yang baru dilahirkan itu diazankan di telinga kanan dan dikamatkan di telinga kirinya. Itulah ajaran yang awal yang perlu diperhatikan dan dituruti sebaik-baik sahaja seorang bayi itu dilahirkan, dengan tujuan agar bayi itu mendengar kalimah Allah sebaik-baik sahaja dilahirkan. Pencipta yang melahirkan bayi yang baru dilahirkan, yang akan memberi rezeki dan membesarkannya yang akhirnya akan mematikannya, untuk menemui-Nya.
Sekiranya diperlakukan demikian, insya-Allah, bayi berkenaan tidak akan diganggu oleh ummu s-sibyan iaitu sejenis makhluk halus yang sering mengganggu bayi, yang boleh menyebabkan pelbagai masalah kepada bayi, termasuk gangguan tidur di waktu malam yang akhirnya boleh menyebabkan pelbagai masalah, termasuk demam panas ataupun sawan.
Seperti yang dijelaskan, bayi yang mengalami masalah menangis tiada semestinya berlaku akibat kehendak- kehendak tabiinya tidak dipenuhi. Lebih memelikkan lagi, bayi atau kanak-kanak tadi menangis pada waktu-waktu tertentu seperti selepas tengah malam sehingga berjam-jam. Pada waktu-waktu lain, anak tadi tidur dengan nyenyak dan tidak ada tanda-tanda menunjukkan ia terganggu apabila diperiksa doktor.
Latar belakang demikian membuktikan bahawa roh bayi tadi mungkin terganggu akibat gangguan yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar, ataupun melalui eksperimen teknologi moden. Dalam masa tertentu, bayi tadi kadang-kadang memperlihatkan reaksi luar biasa, dengan wajah yang ketakutan seolah-olah sedang melihat satu objek yang menggerunkan di hadapannya.
Mungkin sukar untuk menjelaskan bagaimana gangguan yang tidak dapat dilihat itu boleh menganggu bayi menyebabkannya tidak berhenti-henti menangis, terkujat-kujat dan terketar mulut sehingga tidak terdengar suara tangisannya.
Bayi di bawah umur tiga bulan selalu menangis di waktu senja yang dikenali sebagai evening colio. Setelah berhenti dia akan menangis semula. Demikianlah halnya, yang kadang-kadang memakan masa berjam-jam menyebabkan ibu merasa gelisah dan letih yang amat sangat.
Sukar untuk membuktikan bahawa sawan tangis boleh terjadi akibat gangguan seperti yang dijelaskan.
Walaupun demikian, peristiwa-peristiwa yang dijelaskan oleh hadis berikut mungkin boleh dijadikan alasan atau pengajaran, bahawa gangguan seumpama itu memang pernah berlaku,
Hurairah r.a. berkata, bahawa Khalid bin al-Walid r.a. telah mengadu kepada Nabi SAW dan berkata: Ya Rasulullah, aku tidak dapat tidur malam kerana al-araq. Nabi SAW berkata: Apabila engkau baring di atas tempat tidur bacalah: Ya Allah, Tuhan pemelihara langit yang tujuh dan apa yang dilindungi-Nya, Tuhan pemelihara langit yang tujuh dan apa yang dilindungi-Nya. Tuhan pemelihara segala bumi dan apa yang terkandung di dalamnya, dan Tuhan pencipta syaitan dan apa juga yang tersesat kerananya. Jadikanlah daku terpelihara daripada kejahatan makhluk-Mu semua, daripada melampaui salah seorang daripada mereka mengalahkan daku dan berbuat alim. Muliakanlah pemeliharaan-Mu, maha besar pujian-Mu, tidak ada Tuhan selain daripada Engkau.
Dalam hadis ini Rasulullah SAW mengajar Khalid bin al-Walid doa agar dia terlepas daripada sakit al-caraq (tidak boleh tidur malam). Doa yang diajarkan tersebut terkandung dalam terjemahan di atas. Setelah Khalid membacanya, beliau dapat tidur seperti biasa dengan kehendak Allah.
Tidak dapat tidur malam berpunca daripada sebab yang banyak; mungkin berpunca daripada runsing akibat masalah yang berpanjangan, masalah di tempat kerja dan lain-lain masalah, ataupun kerana terlalu gembira. Selain daripada itu, tidur lewat juga boleh menyebabkan seseorang itu sukar hendak tidur.
Sebab-sebab lain mungkin kerana gangguan makhluk-makhluk halus. Dalam doa yang diterjemahkan di atas disebut jelas tentang syaitan yang menyesatkan manusia. Untuk merawat bayi, ibu atau bapa boleh membacakan doa tersebut dan ditiup pada ubun-ubun bayi, atau pada air yang digunakan untuk mandi.
Di sebalik ketentuan tersebut. Sesuatu yang kamu tidak sukai itu mungkin lebih baik bagi kamu, tetapi kamu tidak tahu. Sebaliknya sesuatu yang kamu sukai itu mungkin buruk bagi kamu. Ketika itu kesabaran paling perlu. Allah SWT memberi ganjaran tanpa hisab bagi mereka yang bersabar.
Dr. AMRAN KASIMIN
AS-SYIFA' MELAKA : DOA NABI-NABI DALAM AL-QURAN
1. Doa Nabi Adam AS
قَالَا رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ “
Ya Tuhan Kami, Kami telah Menganiaya diri Kami sendiri, dan jika Engkau tidak mengampuni Kami dan memberi rahmat kepada Kami, niscaya pastilah Kami Termasuk orang-orang yang merugi.”(Surah Al A’raaf :23)
2. Doa Nabi Nuh AS
قَالَ رَبِّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ أَنْ أَسْأَلَكَ مَا لَيْسَ لِي بِهِ عِلْمٌ ۖ وَإِلَّا تَغْفِرْ لِي وَتَرْحَمْنِي أَكُنْ مِنَ الْخَاسِرِينَ
“Ya Tuhanku, Sesungguhnya aku berlindung kepada Engkau dari memohon kepada Engkau sesuatu yang aku tiada mengetahui (hakekat)nya. dan Sekiranya Engkau tidak memberi ampun kepadaKu, dan (tidak) menaruh belas kasihan kepadaKu, niscaya aku akan Termasuk orang-orang yang merugi.”(Surah Hud :47)
3. Doa Nabi Hud AS
إِنِّي تَوَكَّلْتُ عَلَى اللَّهِ رَبِّي وَرَبِّكُمْ ۚ مَا مِنْ دَابَّةٍ إِلَّا هُوَ آخِذٌ بِنَاصِيَتِهَا ۚ إِنَّ رَبِّي عَلَىٰ صِرَاطٍ مُسْتَقِيمٍ
”Sesungguhnya aku bertawakkal kepada Allah Tuhanku dan Tuhanmu. tidak ada suatu binatang melatapun melainkan Dia-lah yang memegang ubun-ubunnya. Sesungguhnya Tuhanku di atas jalan yang lurus.”(Surah Hud :56)
4. Doa nabi Ibrahim AS
رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلَاةِ وَمِنْ ذُرِّيَّتِي ۚ رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاءِ رَبَّنَا اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ
5. Doa Nabi Yusuf AS
رَبِّ قَدْ آتَيْتَنِي مِنَ الْمُلْكِ وَعَلَّمْتَنِي مِنْ تَأْوِيلِ الْأَحَادِيثِ ۚ فَاطِرَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ أَنْتَ وَلِيِّي فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ ۖ تَوَفَّنِي مُسْلِمًا وَأَلْحِقْنِي بِالصَّالِحِينَ
6. Doa Nabi Ayub AS
أَنِّي مَسَّنِيَ الضُّرُّ وَأَنْتَ أَرْحَمُ الرَّاحِمِينَ
“Wahai Tuhanku,sesunguhnya aku telah di timpa penyakit dan Engkau Yang Maha Penyayang di antara semua penyayang”.(Surah Al-Anbiyaa’:83)
7. Doa nabi Yunus AS
لَا إِلَٰهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ
“Bahwasanya tiada Tuhan yang patut di sembah melainkan hanya Engkau,Maha Suci Engkau,sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim
(Surah Al-Anbiya’:87).
8. Doa Nabi Musa AS
قَالَ رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي يَفْقَهُوا قَوْلِي
Nabi Musa berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku, dadaku; “Dan mudahkanlah bagiku, tugasku; “Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku, “Supaya mereka faham perkataanku; ( Surah Taha : 25 -27 )
9. Doa nabi Sulaiman AS
رَبِّ أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِي أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَىٰ وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَدْخِلْنِي بِرَحْمَتِكَ فِي عِبَادِكَ الصَّالِحِينَ
Wahai Tuhanku,berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmatmu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada kedua ibu bapakku dan untuk mengerjakan amal sholeh yang Engkau redhai dan masukkanlah aku dengan rahmatMu kedalam golongan hamba-hambaMu yang soleh”.( Surah,An-Namlu : 19 )
10. Doa Nabi Zakaria AS
قَالَ رَبِّ إِنِّي وَهَنَ الْعَظْمُ مِنِّي وَاشْتَعَلَ الرَّأْسُ شَيْبًا وَلَمْ أَكُنْ بِدُعَائِكَ رَبِّ شَقِيًّا وَإِنِّي خِفْتُ الْمَوَالِيَ مِنْ وَرَائِي وَكَانَتِ امْرَأَتِي عَاقِرًا فَهَبْ لِي مِنْ لَدُنْكَ وَلِيًّا يَرِثُنِي وَيَرِثُ مِنْ آلِ يَعْقُوبَ ۖ وَاجْعَلْهُ رَبِّ رَضِيًّا
Dia merayu dengan berkata: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya telah lemahlah tulang -tulangku, dan telah putih melepaklah uban kepalaku; dan aku – wahai Tuhanku – tidak pernah merasa hampa dengan doa permohonanku kepadaMu. Dan sesungguhnya aku merasa bimbang akan kecuaian kaum kerabatku menyempurnakan tugas-tugas ugama sepeninggalanku; dan isteriku pula adalah seorang yang mandul; oleh itu, kurniakanlah daku dari sisiMu seorang anak lelaki. Yang layak mewarisi daku, juga mewarisi keluarga Nabi Yaakub; dan jadikanlah dia – wahai Tuhanku seorang yang diredhai serta disukai”.
( Surah Maryam : 4-6 )
11. Doa Nabi Isa AS
قَالَ عِيسَى ابْنُ مَرْيَمَ اللَّهُمَّ رَبَّنَا أَنْزِلْ عَلَيْنَا مَائِدَةً مِنَ السَّمَاءِ تَكُونُ لَنَا عِيدًا لِأَوَّلِنَا وَآخِرِنَا وَآيَةً مِنْكَ ۖ وَارْزُقْنَا وَأَنْتَ خَيْرُ الرَّازِقِينَ
12. Doa Nabi Muhammad s.a.w
َا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا ۚ لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ ۗ رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذْنَا إِنْ نَسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا ۚ رَبَّنَا وَلَا تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِنَا ۚ رَبَّنَا وَلَا تُحَمِّلْنَا مَا لَا طَاقَةَ لَنَا بِهِ ۖ وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا ۚ أَنْتَ مَوْلَانَا فَانْصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ
“Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir”.
( Surah al-Baqarah : 286 )
Petikan dari web pondok pasir tumbuh kelantan : http://www.al-bakriah.com.my/index.php?option=com_content&view=article&id=124:doa-nabi-nabi-dalam-al-quran&catid=12:doa&Itemid=30
AS-SYIFA' : HIDUP RUKUN SUAMI ISTERI
Melaluinya juga setiap pasangan suami isteri akan dapat menyalurkan perasaan kasih sayang dan memenuhi keinginan nafsu syahwat mengikut saluran yang sah dan halal di sisi agama.Selain itu, perkahwinan juga adalah jalan penyelesaian bagi masalah dan jenayah sosial dalam masyarakat seperti khalwat, zina, rogol dan sebagainya.
Hakikatnya terdapat banyak dalil al-Quran yang menyentuh peri penting perkahwinan bagi manusia. Salah satunya bermaksud: Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri daripada jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan berasa tenteram kepadanya, dan dijadikan di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir. (ar-Rum: 21)
Namun, setiap pasangan inginkan rumah tangga aman tanpa sebarang masalah. Apakah penyebab timbulnya masalah dalam rumah tangga?
Berikut adalah lapan konflik menjadi punca pertengkaran dan cara mengatasinya.
Penyelesaian: Walaupun pendapatan isteri lebih besar daripada suami, cuba bersikap bijaksana dan tetap menghormatinya sebagai ketua keluarga. Hargai dirinya walau berapa pendapatan suami. Jika anda berterusan mempersoalkan pendapatannya, lama kelamaan dia bosan dan akan timbul pertengkaran.
2. Anak Ketidakhadiran anak dalam keluarga juga sering menimbulkan konflik berpanjangan antara pasangan. Mungkin selepas lima tahun perkahwinan, suami selalu menyalahkan isteri sebagai pihak yang mandul. Padahal, suami tidak mahu mendapatkan rawatan untuk mengetahui siapa yang bermasalah.
Penyelesaian: Berbincang secara baik dengan suami dan bersama-sama membuat pemeriksaan. Jika doktor mengatakan anda dan suami sihat, kenapa harus saling menuding jari? Mungkin Tuhan masih belum mahu memberikan rezeki kepada anda. Tuhan juga ingin menguji kesabaran anda dan pasangan. Jika masih juga belum dikurniakan cahaya mata sehingga 10 tahun atau lebih, berbincanglah untuk mengambil anak angkat.
3. Campur tangan keluarga Kehadiran orang ketiga, misalnya adik ipar atau saudara-mara dalam keluarga kadang kala menimbulkan konflik dalam rumah tangga. Hal kecil yang sepatutnya tidak menjadi masalah berubah menjadi besar. Misalnya soal pemberian wang saku kepada adik ipar atau wang kepada ibu bapa.
4. Seks Masalah seks turut menjadi titik bengik dalam perkahwinan. Biasanya suami sering mengadu mengenai ketidakpuasan selepas melayan isteri. Suami umumnya bersikap ego dan tidak mahu tahu. Pada hal, banyak perkara menyebabkan isteri bersikap seperti itu. Contohnya letih, tertekan dengan kerja di pejabat atau hamil.
5. Keyakinan Pasangan yang sudah berikrar untuk sehidup semati tidak mempersoalkan mengenai keyakinan mereka untuk mengharungi bahtera kehidupan. Namun, banyak persoalan timbul selepas berumah tangga sehingga penyebab berlakunya pergaduhan.
6. Mentua Kehadiran mentua dalam rumah tangga sering menjadi masalah. Ini kerana ada anak yang terlalu mengikut cakap mentua sehingga mengabaikan isteri.
7. Ragam berbeza Menyatukan dua hati, bererti menyatukan dua peribadi dan selera yang tentu saja berbeza. Misalnya suami seorang pendiam, sementara isteri peramah dan cerewet dan belum termasuk soal hobi atau bersukan serta pelbagai benda yang ketara perbezaannya. Penyelesaian: Terima pasangan seadanya. Jika suami anda seorang pendiam, anda harus peramah. Cuba selami minat pasangan anda.
Penyelesaian: Sesibuk mana pun anda dan suami, tetapkan waktu untuk komitmen bahawa bersama keluarga adalah hal paling penting. Cari juga waktu bersama keluarga misalnya bersarapan dan makan malam bersama. Demikian juga dengan hari berhibur. Usahakan untuk menikmatinya bersama keluarga. Walaupun anda dan suami bekerja seharian di luar rumah, namun keluarga tidak terabai sebaliknya keluarga dan karier harus seimbang.
Cara lain untuk mendamaikan suami isteri ialah melalui kaedah pengubatan Islam.. Perkara seperti salah faham, pertengkaran, tiada kerukunan dalam rumahtangga dan sebagainya boleh diikhtiarkan dengan kelebihan ayat Al-Quran.
DOA YANG DIBACA
1. Al-fatihah
2. Asas 10
3. Al-A’raf : Ayat 43
4. Al-Baqarah : Ayat 74
5. Doa-doa pilihan
KAEDAH
Mutiara Doa Pasangan Suami Isteri
1. Doa ketika hendak berjimak dengan isteri
“Ya Allah, Ya Tuhanku, hindarilah kami daripada syaitan dan singkirkan syaitan itu daripada apa yang Engkau rezekikan kepada kami (anak).”
2.Doa mengekalkan kasih sayang suami isteri
“Wahai orang yang beriman, sabarlah dan cukupkanlah kesabaran dan perteguhkanlah kekuatanmu dan patuhlah kepada Allah supaya kamu beroleh kemenangan.” (Surah al-Imran ayat 200)
“Aku berlindung kepada Allah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui, daripada gangguan syaitan yang terkutuk, tipuan, bisikan dan godaannya.”
4.Doa menghindarkan diri daripada perangai dan nafsu jahat
“Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada perangai buruk, dan kerakusan hawa nafsu.”
“Ya Allah, janganlah Engkau pesongkan hati kami sesudah Engkau memberi kami petunjuk, berilah kami rahmat dari sisi-Mu, sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia (banyak memberi rezeki).”
As-Syifa' Melaka : 013-2006363
Sunday, June 27, 2010
AS-SYIFA' MELAKA : WANITA MANDUL AKIBAT GANGGUAN JIN.
Saya telah berumah tangga lebih daripada 12 tahun, tetapi masih tidak mendapat zuriat. Puas berubat berjumpa doktor pakar, tetapi masih tidak berhasil. Doktor kata, semuanya tidak ada masalah, sama ada dari pihak saya atau suami. Suami saya seperti biasa biarpun kami masih tidak ada cahaya mata setelah berkahwin begitu lama. Namun jauh di sudut hati, saya merasakan ada sesuatu yang tidak lengkap dalam kehidupan kami.
Persoalan yang perlu saya kemukakan, adakah berkemungkinan ada punca lain yang menyebabkan kami tidak mempunyai zuriat? Pernah dua kali saya seperti mengandung selama lebih kurang tiga bulan, tetapi tidak lama lepas itu, saya seumpama keguguran. Sebelum keguguran saya selalu mengalami mimpi yang pelik-pelik, juga sukar tidur malam.
JAWAPAN:
Kemandulan boleh berlaku, sama ada pasangan yang terlibat tidak mendapat anak sejak berkahwin (mandul primer), ataupun berlaku di mana mereka pernah mendapat cahaya mata (mandul sekunder). Hal demikian boleh terjadi di atas sebab yang berbeza, sama ada melibatkan pihak lelaki atau perempuan ataupun kedua-duanya sekali.
Kemandulan yang berlaku akibat gangguan jin mempunyai tanda-tanda tertentu, antaranya:
2. Kusut fikiran.
3. Sakit di bahagian tulang-tulang belakang.
4. Mengigau ketika tidur.
5. Bermimpi dengan mimpi yang menakutkan.
Gangguan seperti ini menurut pengalamannya boleh dirawat atau diatasi menurut kaedah yang dijelaskan. Termasuk dalam hadis Safiyah binti Huyay bahawa Rasulullah bersabda: Sesungguhnya syaitan itu berjalan dalam tubuh anak Adam melalui pembuluh darah - Riwayat Al-Bukhari dan Muslim.
Al-Qadi Badruddin. Abi Abdullah dalam bukunya bertajuk, Garaibu wa Ajaibu `l-Jinn (1983:144-145) menjelaskan tentang satu hadis riwayat oleh Abu Daud, Imam Ahmad dan At-Tarmizi, yang menyatakan tentang seorang perempuan bernama Hamnah binti Jahah yang mengadu meminta petua kepada Rasulullah kerana mengalami masalah turun haid yang begitu lama. Baginda menyuruhnya agar menggunakan kapas. Hamnah menjawab mengatakan yang dia telah berbuat demikian. Baginda menyuruhnya agar menggunakan kain yang agak tebal. Apa yang disuruh oleh baginda juga telah dilakukan olehnya. Akhirnya baginda bersabda: Bahawa darah istihadah itu adalah sepakan daripada sepakan-sepakan syaitan - Riwayat At-Tarmizi. Wahid Abdul Salam Bali (1412H:113) juga menjelaskan kaedah untuk merawat mereka yang mengalami masalah kemandulan akibat gangguan jin seperti dijelaskan di bawah ini:
Amalan ini hendaklah dilakukan selama tiga bulan di samping mengamalkan suruhan syariah agar ia menjadi mukmin yang sebenar, yang disembuhkan oleh Allah bertepatan dengan firmannya (Isra': 82) Dan Kami turunkan daripada al-Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi mereka yang beriman.
Untuk memperkuatkan tubuh pesakit, madu asli yang dicampur dengan jintan hitam diminum pada waktu pagi, sebelum sarapan dan sekali pada waktu malam sebelum tidur. Bacakan bahan tadi dengan bacaan surah Yasin dan surah al-Jin.
Jin-jin suka mendatangi perempuan yang suka bersolek berlebih-lebihan, yang tidak menjaga sembahyangnya, tidak membaca al-Quran, tetapi gemar mendengar nyanyian ataupun muzik keterlaluan, suka membuka aurat, juga gemar duduk bersolek di hadapan cermin.
Untuk merawat pesakit seperti ini, selain daripada kaedah yang dijelaskan di atas, kaedah berikut hendaklah diikuti:
Andainya pesakit menjadi tidak menentu, menggigil tubuh, sesak nafas, sakit dada ataupun sakit pada bahagian mata, suruh pesakit
1. Mendengar ayat-ayat al-Quran terus-menerus, terutamanya surah al-Baqarah, yasin, as-Saffat, ar-Rahman, ad-Dukkhan dan surah al-Jin tidak kurang daripada enam jam setiap hari.
2. Menjaga sembahyang pada waktunya, juga sentiasa berzikir.
3. Membaca surah Yasin ketika berada di tempat pembaringan dan tidur mengiring sebelah kanan dalam keadaan berselimut, membaca dua kalimah syahadah dan berdoa: Tuhanku, sesungguhnya kutumpukan wajahku pada-Mu, andainya Kau matikan daku pada malam ini, matikanlah daku dalam keadaan Islam, dan andainya Kau hidupkan daku, maka hidupkanlah aku untuk mengingati akan Dikau.
Kerana itulah maka apabila seseorang itu diganggu oleh makhluk ini, ia akan menghadapi masalah ketika tidur. Syeikh Salam Bali (1992:73) membahagikan tanda-tanda gangguan tersebut kepada dua bahagian, iaitu ketika tidur dan ketika dalam keadaan jaga. Gangguan ketika tidur sering berlaku apabila seseorang itu hendak terlena, juga ketika sedang tidur nyenyak. Mungkin seseorang itu terasa perutnya ditusuk dengan jarum, lembing atau benda tajam yang tidak kelihatan, dilanggar kenderaan menyebabkan darah kelihatan bertaburan, diterkam oleh makhluk yang menakutkan dan sebagainya sebaik-baik sahaja hendak terlena.
Terasa seolah-olah berada di awang-awangan, di tempat tinggi, di gunung ataupun hutan lalu jatuh ke bumi. Hadis daripada Jabir r.a menceritakan tentang seorang Badui telah datang menemui Nabi lalu berkata: Ya Rasulullah, aku bermimpi, kepalaku seolah-olah dipukul bergulung-gulung, kesan pukulan itu sungguh menyakitkan sekali. Rasulullah berkata kepada Badui tadi: Jangan kau ceritakan kepada orang lain tentang permainan syaitan terhadapmu ketika tidur.
Thursday, June 24, 2010
AS-SYIFA' MELAKA : AYAT-AYAT MANZIL
Manzil (penawar dan ubat)
Tulisan mengenai MANZIL ini mengandungi beberapa ayat Al-Qur’an yang telah diajar oleh Rasulullah saw kepada sahabat r.a sabagai syifa’ (penawar dan ubat) dari beberapa jenis penyakit rohani dan jasmani serta sebagai pelindung dari sihir.
Hadith sahih mengenai amalan ini terdapat di dalam kitab HAYATUS-SAHABAH [jilid 3 ,m.374] yang dikarang oleh As-syeikhul kabir Maulana Mohammad Yusuf rah.a ibn Maulana Ilyas rah.a .hadist tersebut dikeluarkan oleh Imam Ahmad,Hakim, dan Tarmidhi rah.a.
Ubai bin Kaab r.a. telah meriwayat kan ;
”sewaktu kami bersama Rasulullah saw se orang badwi telah datang kepada Baginda dan berkata;”Ya Rasulullah saw saya ada seorang saudara yang telah ditimpai penyakit.” Baginda saw telah bertanya; ”penyakit apa?” jawab nya;”sejenis gila,” Rasulullah saw menyuruh orang itu membawa saudara nya.
Bacaan 6: Surah AlImran (Surah 3) ayat 18.
Bacaan 7: Surah AlImran (Surah 3) ayat 26-27.
Bacaan 9: Surah AlIsraa' (Surah 17) ayat 110-111.
Bacaan 10: Surah Surah Al Muminuun (Surah 23) ayat 115-118.

Bacaan 14: Surah Al Jinn (Surah 72) ayat 1 4.
Wednesday, June 23, 2010
AS-SYIFA' MELAKA : GERHANA BULAN SEPARA SABTU INI 27.6.2010
Orang ramai berpeluang menyaksikan gerhana bulan separa antara pukul 7.22 malam hingga 10.20 malam Sabtu ini.![]() “Tetapi orang ramai tidak dapat melihatnya disebabkan bayangan penumbra bumi yang kurang gelap dan bulan belum terbit dari ufuk. Ia hanya boleh dilihat apabila bulan mulai terbit pada pukul 7.22 malam,” tambah kenyataan itu. Pada amnya, gerhana bulan akan berlaku ketika fasa bulan penuh dan pada masa sama bulan melintasi bayang Bumi. ![]() “ANGKASA akan menyediakan beberapa teleskop untuk orang awam menyaksikan gerhana bulan separa secara percuma dari jam 8 malam hingga 10 malam di Planetarium Negara,” tambah kenyataan itu lagi. Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi Planetarium Negara di talian 0322734301/4303/5484 atau layari laman web www.angkasa.gov.my/planetarium. Sumber : www.Malaysiakini.com |
Tuesday, June 22, 2010
AS-SYIFA' MELAKA : BARAH (Artikel 2). Mengenali Barah Payudara.
Barah merupakan antara kumpulan penyakit yang terjadi daripada tindakan sel yang bertindak di luar tabiat asalnya. Tahukah anda bahawa setiap organ pada tubuh badan kita terbentuk daripada pelbagai jenis sel? Pada kelumrahan serta sifat sedia asalnya, sel-sel ini akan membuat pembahagian dengan kadar yang terkawal serta dihasilkan mengikut keperluan tubuh seseorang individu.Apabila kadar penghasilan sel melebihi keperluan, ianya akan menghasilkan lebihan tisu. Lebihan tisu ini jugalah yang dikenali sebagai ketumbuhan. Ketumbuhan ini boleh dibahagikan kepada dua jenis ketumbuhan iaitu benign(tumor bukan barah) dan malignan(tumor jenis barah). Jenis ketumbuhan yang pertama iaitu benign adalah merupakan ketumbuhan yang tidak membahayakan nyawa para penghidapnya. Hampir 80 peratus daripada para pengidap ketumbuhan payudara adalah dari kalangan mereka yang mengalami ketumbuhan jenis ini. Barah payudara adalah merupakan ketumbuhan malignan yang terjadi daripada tindakan sel yang bermula dari bahagian payudara. Ianya berkembang melalui proses pembahagian yang melebihi kadar keperluan organ serta seterusnya menyerang organ serta tisu-tisu yang berhampiran. Sel-sel barah ini juga mampu untuk membebaskan dirinya daripada ketumbuhan asal sekaligus memasuki saluran darah serta sistem perlimpahan (Lymphatic system). Inilah juga cara serta kaedah penyakit barah payudara menyerang bahagian-bahagian organ lain para penghidapnya. Proses penjangkitan ini juga dikenali sebagai metastasis. | ||||
Apakah Yang Menyebabkan Barah Payudara?Setakat ini, bagaimana barah payudara boleh timbul belum diketahui lagi. Penyelidik-penyelidik telah membuat kesimpulan bahawa punca utama menyebabkan penyakit barah adalah gandingan faktor keturunan (faktor genetik) dan persekitaran (faktor alam sekeliling). Apa yang kita tahu hanyalah faktor risiko. Faktor risiko merupakan suatu perkara yang akan menentukan risiko seseorang terhadap sesuatu penyakit. Contohnya, merokok adalah faktor risiko kanser paru-paru atau penyakit lemah jantung. Risiko seorang individu terhadap sesuatu penyakit tidak mudah ditentukan kerana pengaruh faktor-faktor risiko berbeza. Seorang wanita seharusnya mengetahui dan memahami apakah faktor-faktor yang akan mempengaruhi risikonya terhadap kanser payudara. Kami belum lagi dapat memahami mengapa adanya mereka yang mempunyai faktor risiko seperti riwayat keluarga (pertalian keluarga dengan penghidap penyakit barah) dan terdedah kepada risiko pengambilan bahan serta sumber berasaskan tembakau, bebas daripada serangan penyakit ini. Manakala, mereka yang daripada kumpulan berisiko rendah pula tidak terlepas daripada menghidap penyakit ini. Pertalian adalah kompleks dan mungkin dipengaruhi faktor-faktor lain yang tidak ternyata. Untuk seketika ini misterinya akan terus berpanjangan serta menjadi tanda tanya.
|
Man Ana ???
- Md Zaini Zainal
- Melaka, Malaysia
- Pengembaraan Insan Tiada Noktah Tanpa Syarat Meniti Kebahagiaan. Email : iq_insan@yahoo.com
Popular Posts
-
Abstrak : Saka adalah perkataan yang sangat ditakuti kini dalam masyarakat kita berbanding dengan perkataan pusaka. Saka lebih sinonim den...
-
Ibnu Sina merupakan doktor Islam yang terulung. Sumbangannya dalam bidang perubatan bukan sahaja diperakui oleh dunia Islam tetapi juga oleh...
-
Khidmat Rawatan Islam di Pahang akan diteruskan seperti biasa. Buat semua pesakit yang berhajat mendapatkan rawatan sila bu...
-
As-Syifa' Melaka : 013-2006363 Antara penyakit-penyakit yang sering diadukan kepada perawat ialah masalah sukar untuk tidur malam atau...
-
SOALAN: Saya sering menghadapi masalah tidur. Sekiranya baru balik dari berjalan jauh, deruan dan bunyi hon kenderaan akan datang menerjah ...
-
PENDAHULUAN Ilmu pengubatan adalah ilmu Allah s.w.t. Ulama’ sepaka t berpendapat bahawa mempelajari ilmu pengubatan itu hukumnya fardu ki...
-
SOALAN Ada bomoh di tempat saya mengubati pesakit atau yang berhajat sesuatu, ditolongi dengan jampi mantera menggunakan bahasa Jawa. Say...
CAPAIAN BLOG
-
▼
2010
(212)
-
▼
June
(36)
- TIDAK ADA BUKTI JIN DIUTUSKAN UNTUK MEMBANTU MANUS...
- AS-SYIFA' MELAKA : DOA PENAHAN. (Amalan Memohon Be...
- AS-SYIFA' MELAKA : SAWAN TANGIS. Bayi menangis dar...
- AS-SYIFA' MELAKA : DOA NABI-NABI DALAM AL-QURAN
- AS-SYIFA' : HIDUP RUKUN SUAMI ISTERI
- AS-SYIFA' MELAKA : WANITA MANDUL AKIBAT GANGGUAN JIN.
- AS-SYIFA' MELAKA : AYAT-AYAT MANZIL
- AS-SYIFA' MELAKA : GERHANA BULAN SEPARA SABTU INI ...
- AS-SYIFA' MELAKA : BARAH (Artikel 2). Mengenali Ba...
- AS-SYIFA' MELAKA : PAGAR RUMAH
- AS-SYIFA' MELAKA : LELAH
- INFO DAN KAEDAH RAWATAN PENYAKIT SUSAH KENCING: Sa...
- IBLIS BOLEH MENIRU RUPA MANUSIA KECUALI MENYERUPAI...
- AS-SYIFA' MELAKA : PERSOALAN ADAKAH SELAWAT SYIFA ...
- SIHIR PELALAU : HILANG NAFSU KAHWIN (As-Syifa' Mel...
- TOYOL : DEFINISI ILMU KEBATINAN MELAYU (As-Syifa' ...
- TIDUR KENA TINDIH : Mimpi Buruk Semasa Tidur
- KAEDAH-KAEDAH MERAWAT PESAKIT : Petikan Rencana Mi...
- TAZKIRAH : DOSA-DOSA FACEBOOK (Peringatan Sebagai ...
- ASMAUL HUSNA : 99 NAMA ALLAH
- AMALAN MELAWAN SIHIR : KAEDAH UNTUK MERAWAT PESAKI...
- SIHIR PELALAU : Penghalang Jodoh Seorang Wanita (A...
- AS-SYIFA' MELAKA : SANTAU : Pengalaman Pesakit Mel...
- HUKUM MANUSIA BERKAHWIN DENGAN JIN? Bolehkah manus...
- PERBOMOHAN DAN AZIMAT : Edisi Ilmiah Sebagai Rujuk...
- AS-SYIFA' : HUKUM MENGGUNAKAN TANGKAL (As-Syifa Me...
- FATWA MENGENAI HUKUM MERAWAT DENGAN AYAT-AYAT AL-Q...
- CERPEN : CINTA ITU BUTA, BISU DAN PEKAK (As-Syifa'...
- AS-SYIFA' : MUNTAH DARAH ( As-Syifa' Melaka : 013-...
- EDISI KHAS : AIR MATA PALESTIN ( Dedikasi khas As-...
- BAGAIMANA MENCUCI HATI : MOTIVASI OLEH DATUK DR.FA...
- AS-SYIFA' : PENYAKIT GATAL-GATAL KULIT (As-Syifa' ...
- QARIN? PENDAMPING MANUSIA. Hakikat Kejadian & Kemb...
- PUKAU : PENGAMAL PUKAU BERSEKONGKOL DENGAN JIN, IB...
- AS-SYIFA' : ANAK MENANGIS MALAM @ SAWAN TANGIS (As...
- TAZKIRAH 7 : CINTA MENURUT PANDANGAN IMAM AL-SYAFI...
-
▼
June
(36)