FOLLOWERS

Monday, June 21, 2010

AS-SYIFA' MELAKA : PAGAR RUMAH

Kaedah berikut adalah salah satu daripada banyak kaedah dalam bidang pengubatan Islam yang dilakukan untuk mendinding rumah dan kawasannya juga tempat-tempat lain.


Usaha untuk memagar rumah adalah ikhtiar manusia yang memohon perlindungan daripada Allah s.w.t. dengan niat memagar rumah daripada gangguan jin dan manusia dengan pelbagai niat. Usaha ini hendaklah dimulakan dari bahagian kanan rumah.

Mula-mula pacakkan teras kayu asam jawa disatu penjuru rumah (sebelah kanan) dan ketuk dengan pemukul besi hingga tenggelam paras bumi. Pijak tunggu tadi sambil mengadap ke penjuru lain yang di tuju dan baca Doa Nabi Sulaiman :-


Ini kota Nabi Sulaiman , didalam kota diluar lautan,
Barang siapa masuk di dalam kota,
Umpama ia berenang dalam lautan.



BAHAN:-

1. Kayu teras asam jawa.

2. Garam kasar

3. Air (jika perlu)

KAEDAH :-

1. Baca doa di atas

2. Tiup menghala penjuru yang hendak dituju.

3. Baca bimillah dan Al-Fathihah

4. Surah Yasin dari awal hingga ayat ke 9
(penggunaan kayu teras asam jawa paling popular dalam ikhtiar ini/boleh didapati di As-Syifa' Melaka setelah menerima pemberian salah seorang pesakit di Pahang)

Kemudian berjalan menuju ke arah penjuru lagi satu dengan membaca ayat ini berulang-ulang. Sambil membaca, Air Yasin di renjiskan disepanjang jalan ke penjuru yang dituju. Apabila tiba dipenjuru yang dituju, paku satu lagi teras kayu asam jawa seperti yang dilakukan sebelum ini.

Kemudian berdiri diatasnya sambil memandang penjuru yang berikutnya. Buat seperti tadi ke penjuru ketiga, kemudian seterusnya kembali ke penjuru yang mula-mula tadi. Setelah menanam kesemua empat teras batang kayu asam jawa yang disediakan, pijaklah teras kayu asam jawa yang pertama tadi kemudian buat lingkungan di bahagian atas seluruh kawasan yang dipagar tadi, dengan isyarat tangan. Untuk tujuan ini, Air Yasin atau garam boleh digunakan untuk melinkungi bahagian atas rumah tadi.

Sekiranya terdapat penceroboh yang berniat buruk memasukki kawasan yang telah dipagar ini, nescaya ia akan rasakan bagai berada di tengah-tengah lautan yang luas, terkapai-kapai berenang unutk menyelamatkan dari lemas.

Seperti yang dimaklumkan di atas tadi bahawa ini adalah salah satu cara paling kerap diamalkan dengan tidak menolak cara serta kaedah lain selagimana ia tidak bertentangan dengan hukum syarak.

As-Syifa' Melaka : 013-2006363)

14 comments:

  1. kalau rumah teres macamana nak jalan dari satu penjuru kesatu penjuru sebab kiri kanan rumah jiran- keduanya yg dimaksud sebelah kanan tu kita mengadap kerumah atau kita membelakangkan rumah yg hendak dipagar.

    ReplyDelete
  2. Salam. Buat saudara yang bertanya, bagi rumah teres atau flat atau apartment dsb, boleh diletakkan dipenjuru atas bumbung, jika tidak sekadar membaca dengan isyarat tangan tanpa menggunakan bahan tadi. Ada juga yang meletakkan garam di dalam 4 bekas untuk 4 penjuru. Ini bergantung kepada kesesuaian bentuk rumah mengikut pengalaman para perawat. InsyaAllah dengan usaha dan ikhtiar ini Allah akan memelihara kita daripada kejahatan manusia dan jin.

    ReplyDelete
  3. Kalau 'TERAS' itu maksudnya batang utama pokok asam tu la kan.. kalau cuba boleh dapatkan dahan2 sebab pokok asam sudah besar dan tua.. Boleh ke digunakan?

    ReplyDelete
  4. wslm. TERAS maksudnya lapisan kayu paling dalam pada sebatang kayu. Umpama batang pisang, kita perlu buka/kupas satu persatu lapisan kulitnya sehinggalah kita dapat batang terakhir dalam sebatang pisang. Pokok asam jawa sangat besar dan kayunya juga sangat keras, setelah ditebang dengan batang gergaji maka hendaklah dipotong kecil dahulu, kemudian dipotong lapisan kayu pokok sehinggalah mendapat teras paling dalam pokok asam jawa tersebut. Ustaz baru memperolehi teras ini dengan pertolongan salah seorang keluarga pesakit yang sanggup bersusah payah mendapatkannya. Boleh kita sama-sama gunakannya, tidak salah berikhtiar kerana Allah Maha Mengetahui hajat hambanya.

    ReplyDelete
  5. Jadi boleh ke kita dapati teras itu pada dahan2nya [yang besar2] sahaja.. atau perlu juga utk kita tebang batang utama pokok asam jawa tersebut??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hanya mereka yang berilmu bab kayu teras asam jawa yang tahu melaksanakan dalam semua bab di atas. Kita serhakanlah kepada mereka yang berilmu ye.

      Delete
  6. Assalamualaikum Ustaz,

    Saya nak bertanya bagaimanakah untuk memulihkan pencuri yang mencerobohi rumah seseorang didalam keadaan terkapai-kapai seperti dilautan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm. Anda pernah mengalami situasi seperti ini atau sekadar ingin bertanya? Ust pun tak pernah alami situasi di atas. Apapun jika ingin jugak tahu bolehlah hubungi ust secara terus ye.

      Delete
  7. saya baru sahaja memagar ruma dgn cara di atas yg dijalankan oleh seorang ustaz.kos keseluruhan rm1500.adakah itu kos yg wajar?

    ReplyDelete
    Replies
    1. No komen. Anda sendiri sudah bersetuju dengan khidmat yang ust tersebut berikan.... . Kalau perawat berada berdekatan rumah anda, upah tersebut agak tinggi,...yang sebenarnya jika anda ada lafaz akad dgn kadar upah, maka selesailah. Apa yang boleh ust katakan. Rezki datangnya dari Allah swt.

      Delete
  8. Salam ustaz, saya nak 8 pasak teras asam jawa tu... Berapa maharnya
    Hubungi saya esok ptg 0198612015,
    awangmbakridullah@rocketmail.com
    Tmpt saya selalu ada kecurian.. Ustaz .saya minta pertolongan..
    Saya buat sendiri..pagar rumah wasalam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm. Maaf, jika berhajat, tuan sendiri perlu hubungi ust. Kan kaedahnya pesakit cari doktor bukan doktor cari pesakit.

      Delete
  9. RM1,500? Ustaz yg buat? mcm x wajar....apa kata ustaz?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui. Jika sudah berlaku dengan ke22 pihak sudah berakad maka sahlah.............. Jika dah tahu mahal carilah perawat lain, senang je. Jika dia kenakan upah sebanyak itu tanpa bagi tau awal, ust pun susah nak komen. Sepatutnya anda bertanya awal.

      Delete

Man Ana ???

My photo
Melaka, Malaysia
Pengembaraan Insan Tiada Noktah Tanpa Syarat Meniti Kebahagiaan. Email : iq_insan@yahoo.com

Popular Posts

CAPAIAN BLOG