FOLLOWERS

Friday, May 14, 2010

AS-SYIFA' : AMALAN MURAH REZEKI (As-Syifa' Melaka : 013-2006363)



Kehidupan ini bergantung sepenuhnya kepada-Nya kerana Dialah Tuhan yang Maha Kaya. Apa jua yang dimiliki oleh hamba-Nya hanyalah semata-mata pinjaman daripada-Nya. Hambanya tetap fakir kepada-Nya. Moga dengan keberkatan amalan yang diamalkan oleh mereka yang terdahulu akan memperolehi limpahan rezeki melalui kaedah-kaedah diakui keberkesanannya.

“Allah meluaskan rezeki dan menyempitkannya bagi siapa yang Dia kehendaki”. (Ar-Ra’d:26)
AMALAN 1.
Setelah mendirikan solat Tahiyatul Masjid, hendaklah ia membaca Bismillah sebanyak 112 kali. Bacaan perlu dihabiskan sebelum azan pertama solat jumaat. Ketika khatib memulakan bacaan doa di khutbah yang kedua, hendaklah ia membaca Bismillah sekali lagi dan berdoa dengan apa yang dihajatkannya; antaranya agar dimurahkan rezeki. Cara kedua pula dengan membaca sebanyak 113 kali BIsmillah dan berdoa ketika khatib sedang duduk antara dua khutbah.

AMALAN 2
Sesiapa yang membaca Bismillah sebanyak 300 kali semasa matahari mula terbit dengan menghala muka ke arahnya sambil berselawat 300 kali ke atas Nabi Muhammad, insyaAllah direzekikan kepadanya oleh Allah Ta’ala dengan tidak terkira pada hari tu.

AMALAN 3
Apabila dibaca sebanyak 41 kali Al-Fatihah beserta Bismillah sesudah mengerjakan solat sunat Subuh dan sebelum solat fardhu Subuh, insyaAllah akan dimurahkan rezeki, hutang dapat dilangsaikan dan sakit akan disembuhkan.

AMALAN 4
Sesiapa yang membiasakan membaca surah Al-Fatihah beserta Bismillah sebanyak 7 kali sesudah mengerjakan solat Fardhu lima waktu maka Allah Ta’ala akan membukakan untuknya pintu-pintu kebaikan selama masih terus beristiqamah mengamalkannya.

…siri 1 : Petikan dari buku sahabat baikku Ust.Hanif Hj.Ghazali, Mudir Madrasah Zubaidiyah Merbok Kedah bertajuk “ 101 Amalan Pemurah Rezeki & Pelaris”.

2 comments:

  1. Alhamdulillah, apa yang Ana cari selama ini telah Ana temui di blog ini..syukur kehadrat Allah...

    ReplyDelete
  2. Saya ada masalah kewangan dimana saya amat memerlukan duit dengan kadar segera..memang agak terlambat,namun boleh tak ustaz beri cadangan apakah doa yang sesuai untuk atasi masalah ini?Mohon ustaz reply dengan kadar segera...terima kasih

    ReplyDelete

Man Ana ???

My photo
Melaka, Malaysia
Pengembaraan Insan Tiada Noktah Tanpa Syarat Meniti Kebahagiaan. Email : iq_insan@yahoo.com

Popular Posts

CAPAIAN BLOG