FOLLOWERS

Tuesday, May 4, 2010

AS-SYIFA' : LAMBAT JODOH

AS-SYIFA’ MELAKA : 013-2006363

Masalah lambat jodoh seolah-olah menjadi trend orang muda zaman ini terutama sigadis yang mencapai umur 25-40 tahun.. Ada yang belum bersedia, tidak mahu terikat bila berkahwin, tidak sanggup menjaga komitmen pada suami atau isteri dan anak-anak, malah ada juga yang memang suka hidup bebas bersendirian. Segala kebisingan daripada keluarga terutamanya daripada emak sendiri menjadi halwa telinga setiap hari. Namun apakandaya ada juga yang benar-benar ingin berumahtangga namun masih tidak menemui jodoh atau jodoh itu sendiri belum datang merisik sigadis.

Benarkah sigadis terlalu idamkan ‘MrRight’atau inginkan bakal suami yang kaya raya, atau yang sudah berputus-asa atau belum sampai seru atau kawan yang terhad atau penampilan diri yang konservatif atau tiada langsung ilmu perkahwinan atau memang tiada nafsu nak berkahwin atau terlalu memilih yang bersangatan atau apa jua alasan yang diberikan. Namun ada juga yang tidak berhajat kepada semua di atas namun itulah yang dikatakan rezeki dan anggaplah lambat jodoh ini sebagai ujian daripada Allah kepada makhluknya jua.

Jodoh pertemuan adalah rezeki diberikan oleh Allah kepada makhluknya. Namun kita dinasihatkan berusaha mendapatkan jodoh kerana manusia hidup dalam dunia yang ada undang-undang dan sebab-musababnya. Wanita yang ingin bertemu jodoh perlu banyak berdoa kepada Allah s.w.t. memohon dipertemukan jodoh yang baik dan soleh.

Amalan mandi bunga sebenarnya tidaklah terdapat dalam sunnah kerana tiada hadis sahih terhadapnya namun besar kemungkinan apa yang berlaku ialah dengan tujuan untuk mengambil sempena seri bunga yang berwarna-warni dan berbau wangi bunga tersebut dan tidak lebih daripada itu. Berdoalah kepada Allah dengan membanyakkan solat tahajjud dan solat hajat.

Semua ayat Al-Quran adalah penawar dan ubat, bacalah mana-mana dari ayatnya. Besar kemungkinan juga jodoh seorang wanita itu lambat kerana terkena sihir dan rasa sakit hati seseorang. Dalam kaedah pengubatan Islam pula terdapat himpunan ayat serta doa pilihan untuk diamalkan setiap gadis yang lambat jodoh agar dipermudahkan usaha memperolehi jodoh. Berikut diturunkan keadah pengubatan Islam oleh As-Syifa’ Melaka, mudah-mudahan dengan sedikit pengalaman serta usaha kita semua akan dimakbulkan doa bagi mereka yang berhajat.


DOA YANG DIBACA :

1. Al-Fatihah
2. Disiplin Asas 10
3. Al-Anbiya' : 89

4. Thoha : 131-132
5. Doa :
"Ya Allah, jadikanlah dia (sebut nama orang yang inginkan jodoh) dikasihi pada hati-hati mereka yang beriman dan gembirakanlah dia (sebut nama orang yang inginkan jodoh) dengan kekayaan sehingga seratus dua puluh kebaikan. Allah adalah sebaik-baik pemelihara dan Dia amat mengasihi daripada segala-galanya."

BAHAN-BAHAN RAWATAN

1. Air
2. 7 jenis bunga yang wangi
3. Atau inai (dibuat pada sehari sebelum harijadi sigadis)


KAEDAH RAWATAN

Dibacakan ayat serta doa kepada bahan yang dibawa. Pertamanya dapat di”scan” sama ada wanita tersebut ada gangguan jin/syaitan/sihir yang menghalang, jika demikian perlulah membawa limau dan air. Jika tiada maka bolehlah mandi bunga selama 3 pagi berturut di rumah dan perlu diingatkan sekali lagi mandi bunga ini sempena mengambil seri bunga yang mempunyai khasiat alam. Yang paling utama berdolah kepada Allah s.w.t. setiap masa dan bermunajat dimudahkan rezeki jodoh si wanita. Perlulah berjumpa ustaz untuk mengetahui kaedah pengubatan yang tertib.

As-Syifa’ Melaka
013-2006363

1 comment:

  1. assalamualaikum ustad..
    saya hendak bertanya boleh diselesaikan masalah yang saya hadapi..saya berkenalan dengan seorang gadis melalui fb..dan telah bercinta dengannya selama 2 tahun dan hanya berhubung melalui telefon dan msg..melihat gambar...msalah saya..apabila saya hendak berjumpa dengan dia..seringkalai tidak dapat dan pelbagai alasan diberikan...adakah cara untuk membuat dia ingin berjumpa dengan saya..saya ingin mnjadikan dia isteri saya...ikhlas berkawan dengannya...harap boleh tolong

    ReplyDelete

Man Ana ???

My photo
Melaka, Malaysia
Pengembaraan Insan Tiada Noktah Tanpa Syarat Meniti Kebahagiaan. Email : iq_insan@yahoo.com

Popular Posts

CAPAIAN BLOG