FOLLOWERS

Wednesday, May 12, 2010

AS-SYIFA' : LUMPUH : As-Syifa' Melaka 013-2006363

Penyakit lumpuh adalah sakit yang menyebabkan sebahagian anggota badan seseorang manusia tidak dapat bergerak atau separa bergerak dan sebagainya mengikut jenis kategori sakit yang mereka hadapi. Ada yang dipanggil stroke, ada juga digelar Parkinson, ada dikelaskan primer atau sekunder dan ada disebabkan sakit tua atau sakit fizikal atau perlakuan sihir atau gangguan jin dan syaitan.

Kaedah rawatan yang ingin dikongsikan ini bukan jaminan pesakit akan boleh terus berjalan secara automatik selepas menjalani rawatan kerana doktor yang pakar pun tidak dapat memberikan jaminan yang sama. Yang penting kita semua berikhtiar untuk kesembuhan penyakit yang dialami kerana Allah jualah yang menjadi penyembuh segala penyakit.

DOA YANG DIBACA

1. Disiplin Asas 10 (akan dipaparkan dalam blog ini)
2. Surah Al-An’am : Ayat 36
3. Surah Al-Anbiyaa’ : 30

Terjemahan Al-Anbiyaa':30 : Apakah orang-orang kafir tidak tahu bahawasanya langit dan bumi itu kedua-duanya dahulu adalah suatu yang padu, kemudian Kami pisahkan antara keduanya. Dan daripada air Kami jadikan segala sesuatu yang hidup. Maka kenapakah mereka tidak juga beriman?.
4. Doa pilihan
5. Tambahan doa rihul ahmar

BAHAN RAWATAN 1

1. Lada hitam (1/2 kilo)
2. Akar betik (9 potong setiap 1 inci)
3. Pasir pantai (1/2 kilo)
4. 3 beg uncang kain

KAEDAH RAWATAN 1

Dibacakan doa pada bahan rawatan, kemudian lada hitam,akar betik dan pasir yang ada dibahagikan sama rata kepada 3 bahagian. Masukkan setiap bahagian ke dalam 3 uncang kain yang disediakan tadi. Sediakan dapur api/gas yang dialas dengan penutup periuk dengan api yang perlahan. Hendaklah meletakkan ketiga-tiga uncang tersebut di atas tudung periuk yang agak panas tadi. Kemudian ambillah secara bergilir-gilir setiap uncang yang dipenuhi tiga bahan campuran rawatan tadi untuk dituamkan/disapukan pada bahagian tubuh yang mengalami sakit lumpuh satu persatu, lakukanlah dalam tempoh masa setengah jam pagi dan malam setiap hari.

BAHAN RAWATAN 2

1. Halia (besar penumbuk)
2. Lengkuas (besar penumbuk)
3. Minyak tanah (botol kecil anggaran 15ml)

KAEDAH RAWATAN 2

Halia dan lengkuas hendaklah dikisar halus menggunakan blend untuk mendapatkan pati minyak yang boleh ditapiskan terlebih dahulu. Pati minyak daripada tapisan kedua-dua bahan tadi perlu dicampurkan dengan sedikit minyak tanah untuk dijadikan minyak sapuan kepada bahagian tubuh yang lumpuh. Hendaklah disapukan setiap pagi,petang dan malam pada kadar yang berpatutan supaya tidak terlalu panas atau memudaratkan fizikal pesakit pula.

As-Syifa’ Melaka : 013-2006363

3 comments:

  1. Salam...

    di sini ingin di kongsikan bagaimana mereka hadapi cabaran sakit lumpuh dan dengan izin Allah sihat kembali pulih atau setidak-tidaknya berlaku perubahan besar kembali sihat semenjak lumpuh.
    sila klik link di bawah:

    http://kedai24online.blogspot.com/2013/02/susu-igg-plus-klik-sini.html#

    ReplyDelete
  2. lumpuh akibat kemalangan jalan raya boleh ke ust?

    ReplyDelete
  3. Lumpuh akibat sihir boleh ke ustaz?

    ReplyDelete

Man Ana ???

My photo
Melaka, Malaysia
Pengembaraan Insan Tiada Noktah Tanpa Syarat Meniti Kebahagiaan. Email : iq_insan@yahoo.com

Popular Posts

CAPAIAN BLOG